JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) akan terus menawarkan diskaun lima peratus kepada golongan bumiputera bagi rumah-rumah dalam julat harga perumahan mampu milik biarpun harga yang ditawarkan sudah 20 peratus lebih murah daripada pasaran.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman setelah kerajaan negeri Pulau Pinang membuat keputusan untuk tidak lagi memberikan diskaun 5% bagi lot bumiputera untuk rumah kos rendah , kos sederhana rendah dan rumah mampu milik.
Pelbagai pihak tampil menyelar tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang tersebut dan menganggap ianya merupakan satu lagi tindakan berniat jahat khususnya kepada golongan bumiputera.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang melalui ketuanya saudara Rafizal Abdul Rahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata tindakan sedemikian adalah tidak adil, rasis dan mempunyai niat yang jahat terhadap golongan bumiputera terutamanya Melayu di Pulau Pinang. Ini adalah satu lagi bukti penarikan keistimewaan hak bumiputera.
Kami faham bahawa selama ini tiada diskaun 5% untuk kategori kos rendah, kos sederhana rendah tetapi yang menghairankan kenapa diskaun 5% kepada bumiputera ini tidak diberikan kepada rumah mampu milik.
Golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah sekarang ini tidak lagi mampu untuk memiliki rumah dalam kategori rumah mampu milik jika Kerajaan Negeri meneruskan polisi tiada diskaun ini kepada bumiputera.
Tindakan ini sekali lagi membuktikan niat jahat dan sifat rasis Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kami juga amat kesal jika kategori rumah mampu milik tidak diberikan diskaun sebanyak 5% kerana ini akan menghalang aspirasi Kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pemilikan rumah mampu milik oleh rakyat.
Dalam pada itu beliau turut menuntut penjelasan daripada Kerajaan Negeri terhadap 30% kuota bumiputera yang seharusnya diperuntukkan kepada bumiputera, sama ada ianya masih terpakai dan wujud?
Bagi orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang , tindakan sebegini merupakan satu lagi bukti bahawa gerakan secara halus untuk menghakis hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera sentiasa menjadi agenda utama DAP semenjak 2008 yang lalu.
Tak perlu di huraikan panjang lebar kerana telah banyak pendedahan tentang sikap rakus dan bodoh sombong kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng yang sering kali bersikap double standard dalam apa jua tindakan mereka khususnya yang melibatkan orang-orang Melayu telah dilaporkan.
Sehingga kini DAP langsung tidak BERANI untuk menjawab pelbagai persoalan yang melibatkan isu-isu besar di Pulau Pinang.KLIK SINI
Kepada JKP dan PERDA , SYABAS di ucapkan kerana sentiasa meletakkan keutamaan rakyat mendahului perkara-perkara lain.Semoga usaha murni ini mampu memberikan kebaikan buat warga Pulau Mutiara khususnya orang-orang Melayu yang semakin tertindas dek permainan politik menggila DAP dan sekutunya.
MMI
No comments:
Post a Comment