Followers

Tuesday 3 February 2015

PEMUDA SARANKAN BOIKOT PENIAGA TAMAK @RRAFIZAL


Usaha Menteri Pertanian untuk melihat sikap adil dikalangan pemborong dan peniaga terhadap pengguna terus mendapat sokongan daripada banyak pihak.Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang antara yang terus menyokong dan memberikan sokongan mereka.

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI 

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang merasakan sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia bersatu hati bagi mempertahankan hak kita sebagai pengguna.

Pengguna seolah-olah hilang arah dan merasakan kita tiada pilihan apabila harga dinaikkan oleh para peniaga.

Kita juga terpaksa menelan hakikat bahawa harga barangan terpaksa dinaikkan disebabkan kos bahan api yang meningkat. Oleh kerana kita adalah pengguna prihatin terhadap nasib peniaga, maka pengguna Malaysia seakan-akan redha dan sanggup berkongsi kesusahan dengan peniaga. Menanggung kenaikan harga barangan bagi mengelakkan kerugian peniaga.

Namun keadaan berlaku sebaliknya, apabila harga minyak turun sehingga mencecah RM1.70 seliter, peniaga tiada pula rasa kasihan kepada pengguna.

Alasan yang diberikan tetap sama, mereka adalah peniaga kecil saja, pembekal tidak turunkan harga. Pembekal pula menyalahkan pemborong, pemborong menyalahkan pedagang.

Jika ini adalah senarionya, maka benarlah saranan YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani agar para pemborong dan pedagang harus diboikot agar mereka sedar bahawa, hakikatnya kuasa adalah di tangan pengguna, bukannya mereka.

Oleh itu, pedagang dan pemegang kartel tanpa mengira bangsa harus dijadikan sasaran. Apabila mereka menurunkan harga, maka yang lain lain akan juga menuruti langkah tersebut

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang

Baca artikel berkaitan di SINI 

No comments:

Post a Comment

Labels