Sebagai sebuah kerajaan sudah semestinyalah banyak perkara perlu dilihat dan diuruskan untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.
Cabaran pasti ada dan disinilah kepakaran serta tahap profesional pimpinan serta seluruh saf pentadbir ditagih.
Bukan mudah sebenarnya dan kerajaan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak dapat lari dari berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.
Dari segi ekonomi , sosial , pendidikan , agama , keperluan asas , pengangkutan , pelaburan , pembangunan , kewangan , infrastruktur , kebajikan dan ratusan lagi keperluan-keperluan yang sewaktu dengannya perlu diurus dengan bijak malahan kadang-kalanya jauh lebih penting daripada politik itu sendiri.
NAMUN kita harus menerima hakikat bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada perang politik yang saban hari dipenuhi dengan pelbagai isu-isu terkini yang kadang-kalanya mampu membuatkan sesetengahnya terkulai di tengah jalan.
Semua sedia maklum bahawa Anwar sudah pun dihumban ke Penjara Sungai Buloh disebabkan perlakuan LIWAT yang telah diBUKTIkan dengan FAKTA di mahkamah oleh pihak pendakwa.Maka serentak dengan itu jugalah maka iklim politik tanahair akan sedikit berubah daripada sebelumnya.
PERUBAHAN yang MMI maksudkan itu bukanlah satu perubahan drastik tetapi ianya sedang berlaku secara perlahan-lahan dan perubahan ini jika tidak ditangani dengan baik mampu menyebabkan PERUBAHAN seterusnya iaitu kekacauan dan boleh menyebabkan situasi politik negara berada dalam keadaan tidak stabil.
Percaya atau tidak perubahan ini sebenarnya berlaku akibat daripada gerakan yang telah disusun sebegitu rupa untuk memusnahkan reputasi kerajaan Malaysia.Malahan gerakan ini sebenarnya mempunyai dalang mahupun sokongan pihak-pihak luar yang mahu melihat Malaysia tunduk kepada KUASA DUNIA.
Secara jujurnya kita harus bersyukur kerana warga Malaysia mempunyai pemikiran dan minda berkelas dunia.Walaupun di tekan dan dilanyak dengan pelbagai tohmahan , ugutan , sabotaj dan lain-lainnya warga kita masih mampu menilai bahawa untuk bertindak melebihi batas-batas kemanusian bukanlah sesuatu yang baik.
Mereka tahu untuk menggulingkan kerajaan melalui jalanraya bukanlah sesuatu yang HALAL !
Merampas kuasa melalui kekerasan mahupun dengan senjata tidak akan mampu memberikan mereka kelebihan kerana telah tercatat negara-negara yang memiliki sejarah ini tidak akan pernah aman !
Mereka juga tahu bersekongkol dengan anasir-anasir luar merupakan mala petaka besar bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara !
Mereka juga sebenarnya tahu malah jauh lebih bijak untuk membezakan antara pembohongan dan realiti !
MAKSUDnya warga Malaysia memiliki kekuatan dan keupayaan MENILAI yang jauh mengatasi bangsa-bangsa lain didunia waima bangsa YAHUDI dan sekutu Uncle Sam sekalipun !
Begitulah hebatnya warga Malaysia yang secara tidak langsung turut sama berganding bahu memajukan bumi Malaysia demi kesejahteraan semua pihak.
Pakatan Haprak Perintah ?
Cuba bayangkan sekiranya hari ini Malaysia diperintah dan ditadbir oleh Pakatan Haprak selepas PRU13 !
Agaknya apa jadi ??????????
Sudah pastilah Anwar Ibrahim tersenyum sumbing menjadi Perdana Menteri dan dengan angkuhnya akan mula melakukan perubahan.
Agaknya perubahan apa yang beliau lakukan ?
Rasanya perkara utama yang pasti beliau lakukan adalah mengotakan janjinya kepada setiap individu yang selama ini bersama-sama dalam perjuangan reformasinya.
Nama-nama seperti Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , Mat Sabu , Wan Azizah , Azmin Ali , Husam Musa , Mahfuz , Ambiga dan lain-lain akan segera mengisi jawatan-jawatan utama dalam pentadbiran negara.
Dan jika itu berlaku barangkali Hishamudin Rais pun dilantik Anwar sebagai Menteri Luar Malaysia !!
Siapa tahu ?
Maka bermulalah era kerajaan Pakatan Haprak di bumi Malaysia dan seluruh rakyat akan diajar bagaimana untuk menjadi seorang warganegara yang baik mengikut acuan mereka.
Kes LIWAT yang membabitkan Anwar selaku PM itu akan terus dianggap sebagai satu KONSPIRASI POLITIK dan rakyat akan disogok dengan pelbagai pembohongan lain untuk meyakinkan mereka bahawa segala yang berlaku itu adalah FITNAH !
Mungkin di kala ini beberapa nama akan segera di sumbat ke dalam dan pelbagai cerita rekayasa akan segera muncul dengan beberapa individu ( yang baki akaun mereka tiba-tiba melonjak) tampil membuat kenyataan kononnya semua yang berlaku itu adalah satu KONSPIRASI menjatuhkan ANWAR IBRAHIM.
Tidak cukup dengan itu SIRUL yang kini berada di bumi Australia akan segera kembali ke tanahair apabila pihak kerajaan memansuhkan hukuman mati.Kepulangan itu pastinya dinantikan kerana disinilah satu pendedahan khas akan dibuat bagi menyabitkan Najib Razak dan beberapa nama lain sebagai terlibat dalam pembunuhan model Monggolia Altantuya.
Tak cukup dengan itu , satu akta baru bagi menggantikan ISA akan segera diwujudkan dan kemungkinan ianya menyamai dengan PATRIOT ACT ( satu akta yang hampir serupa dengan ISA yang wujud di negara Uncle Sam ) kononnya bagi melindungi Malaysia daripada sebarang perlakuan mahupun tindakan yang boleh menggangu-gugat keselamatan negara.
Dan sudah semestinya ramai dikalangan ahli politik khususnya daripada UMNO akan diangkut masuk ke dalam atas pelbagai alasan antaranya menyemai fahaman RASISME !!!!
Kepelbagaian budaya di Malaysia bukan sahaja diteruskan tetapi akan muncul pula hak sama rata yang diperbincangkan diperingkat pentadbiran kerajaan kerana mengambil kira kedudukan bangsa-bangsa lain sebagai warganegara Malaysia.
Maka disaat itu kedudukan agama Islam kemungkinan akan sama tarafnya dengan agama-agama lain dan semua pihak berhak untuk menyebarkan agama masing-masing.Tidak ada lagi nama ISLAM dalam perlembagaan negara dan jika ada sekalipun ianya hanyalah sekadar pelengkap perlembagaan kerana yang jauh lebih penting bagi mereka-mereka ini adalah SAMA RATA !!!!
Tidak akan ada lagi sebarang protes dan rapat umum mahupun demontrasi kerana tindakan sedemikian akan dianggap sebagai perosak perpaduan dan mereka yang terlibat akan ditahan dan dikenakan tindakan yang cukup tegas.
Bayangkan jika kesemua itu berlaku ???
Secara ringkasnya apa yang cuba MMI sampaikan adalah disaat mereka tidak punya kuasa dan menjadi kerajaan pun , gerakan-gerakan mereka ini sebenarnya sudah berlaku !!!
Jangan lupa bagaimana gerakan ini selama tempoh hampir 7 tahun BEBAS bergerak ke mana-mana sahaja dan terus menghasut rakyat agar mempercayai bahawa isu liwat Anwar adalah satu konspirasi !
Tidak ada satu pun FAKTA dikemukakan bagi membuktikan Anwar tidak bersalah sebaliknya mereka asyik dengan tempo KONSPIRASI dan pelbagai cerita rekaaan serta pembohongan untuk memesongkan pandangan rakyat.
KINI setelah Anwar di jatuhkan hukuman sebagai bersalah , kumpulan ini boleh pula mengecam tindakan Pemuda UMNO serta siri jelajah Tan Sri Shafiee untuk menerangkan secara fakta bagaimana proses perbicaraan Anwar mengambil tempat.
Kenapa tindakan ini cuba dihalang oleh mereka ? Sedangkan mereka telah menggunakan tempoh 7 tahun sebelumnya untuk mengadakan siri jelajah yang sama untuk mengaburi mata rakyat ?
Tak perlulah MMI hurai panjang lebar kerana dalam isu ini sahaja kita sudah dapat melihat bagaimana mereka sering kali menghalalkan cara mereka tetapi mengharamkan cara orang lain !!!
Sebab itulah MMI katakan jika hari ini Pakatan Haprak memerintah TIDAK MUSTAHIL bumi Permatang Pauh akan menjadi PUTRAJAYA !!
MMI
No comments:
Post a Comment