DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini di Kelantan jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah.
Peringatan itu dilihat sebagai amaran keras kepada dua sekutu PAS tersebut menjelang pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) yang akan berlangsung pada Isnin.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab DAP dan PKR untuk menolak perlaksanaan hukum Islam itu kerana PAS Kelantan sudah mengambil beberapa langkah yang sewajarnya sebelum ia diteruskan.
“Untuk elak PR (Pakatan Rakyat) pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam entri terbaharu di laman sosial Facebooknya, Ahad.
Selain itu Tuan Ibrahim turut memberi peringatan kepada DAP dan PKR supaya tidak membangkitkan isu kerjasama antara PAS dan UMNO sekiranya enakmen itu mendapat sokongan daripada parti lawan itu.
“Jangan pula bila UMNO menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda UMNO akan bergabung dengan PAS. Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong.
Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Rabu ini.
Persidangan DUN Kelantan akan bermula esok hingga Khamis ini selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.
Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.bnbbc
Satu pihak mencabar dan satu pihak lagi memberikan amaran manakala satu pihak lagi langsung tak sebut apa-apa ! Perkembangan yang harus kita perhatikan , kita tengok apa yang bakal berlaku dalam Pakatan Haprak.
MMI
LAKSANAKANlah. Buat cara betul, jangan sampai ianya nama sahaja Islamic tetapi kaedah & operasinya ikut cita rasa dan tidak adil. Kenapa takut hudud? Tidak adil...cari punca ketidakadilan mengikut kes kes tertentu. Kenapa potong tangan seorang ayah mencuri satu tong (1kg) susu kerana kalau tiada susu anak kelapran dan akan mati. Bagaimana menyiasat & menghukum ahli DAP yang mencuri balak setelah diberi peluang membalak dikawasan terhad. Nilai balak beribi-ribu kali ganda harga 1 kg susu tepong.
ReplyDelete