Followers

Friday, 13 March 2015

PKR & Pimpinan Pro ANWAR Terus CELARU !! Part 1

Pastinya ramai yang sedia maklum acara membakar lilin dan bersantai di luar penjara Sungai Buloh setelah Anwar Ibrahim disumbat ke penjara kerana kesalahan MELIWAT menjadi antara acara kegemaran saki baki puak-puak pembangkang akhir-akhir ini.

Realitinya warga Malaysia tahu tindakan itu adalah tindakan politik yang kononnya memperjuangkan hak Anwar Ibrahim memandangkan pembangkang tetap tidak mahu menerima kenyataan bahawa terdapat BUKTI-BUKTI yang jelas Anwar MELIWAT ! Alasannya Anwar menjadi mangsa kepentingan politik UMNO , sedangkan UMNO langsung tidak ada kena mengena dengan kes liwat terbabit.

Kecelaruan yang telah didoktrinkan oleh pembangkang kedalam minda tiap penyokong-penyokong mereka sehingga menjadi barah itu amat berbahaya bukan sahaja kepada warga Malaysia lainnya tetapi juga kepada kestabilan politik negara kita.

Bayangkan setelah pihak mahkamah membuat keputusan mengakhiri satu pendengaran kes paling panjang dalam sejarah negara kita , juak-juak pembangkang masih utuh dengan kepercayaan mereka bahawa Anwar adalah mangsa konspirasi politik.

Maka kerana itu mereka yang sering kali mengaku sebagai pejuang keadilan boleh pula membuat satu himpunan secara haram di hadapan Penjara Sungai Buloh.Bukankah himpunan itu sendiri haram sebenarnya ? Mana keadilannya ?

Oh lupa ianya untuk perjuangan membebaskan Anwar dari lanyakan politik UMNO yang suka menghukum sesiapa jua yang menentang mereka.Kepala hotak ampa !! 

Bukan UMNO yang membuat keputusan menghukum Anwar ! Bukan UMNO yang MELIWAT Saiful !

Malah paling kurang ajar , kumpulan terbabit turut mempertikaikan kredibiliti para hakim dan institusi kehakiman negara kita !!!

Pembangkang secara TOTALNYA sudah lama celaru disebabkan oleh seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.Kerosakan yang beliau telah bawa ke dalam pembangkang di Malaysia cukup besar sehinggakan kumpulan terbabit langsung tidak punya integriti sebagai pembangkang yang disegani.

Mereka hilang maruah dan terus-terusan dicelarukan oleh manusia tersebut sehingga akhirnya mereka sendiri dilihat sebagai kumpulan yang mengamalkan sikap double standard , nepotisme , kronisme dan yang seangkatan dengannya.

Sejujurnya jutaan rakyat Malaysia kini tidak lagi punya rasa hormat terhadap pembangkang kerana tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh mereka sendiri.

Lihat sahaja dalam isu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah , peguam pendakwa bagi kes liwat Anwar Ibrahim yang diserang bertubi-tubi oleh pembangkang. 

Kenapa ianya berlaku ? Hanya kerana beliau memberikan penerangan tentang perjalanan kes membabitkan Anwar Ibrahim dalam siri jelajahnya ? Itu pun setelah pihak mahkamah membuat keputusan akhir , persoalan mudah ... salah ker ?

Kecelaruan itu cuba ditutup dengan aksi-aksi bodoh lagi bingai sebahagian daripada kepimpinan pembangkang sendiri apabila mengutuk tindakan Tan Sri Shafee malah ada yang sampai mahu menghadapkannya ke muka pengadilan.

Pengadilan apa lagi yang dituntut mereka ? Pengadilan kerana Tan Sri Shafiee memberikan penerangan kepada rakyat ? Habis selama hampir 7 tahun barisan pembangkang mengasak kerajaan membuat tuduhan terhadap UMNO dan menghina institusi kehakiman negara BOLEH ?

Kerana itulah maka pembangkang dicabar supaya menyaman Tan Sri Shafee. Cabaran itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) kepada Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) yang mempertikaikan tindakan Muhammad Shafee, selaku Ketua Pendakwa Raya, membuat pendedahan maklumat kepada umum berhubung kes liwat Anwar.

Mohamed Hanipa, dalam perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, berkata sebagai pengamal undang-undang Shafee tidak seharusnya membuat perkara itu selepas selesai tugasannya di mahkamah.

"Apa motifnya dia menyertai road show (jelajah) itu...sedangkan bayarannya RM1,000 sahaja. Sepatutnya tugas dia dah berakhir bila kes itu selesai," katanya.

Kritikan itu menyebabkan Abdul Azeez bangkit mencelah dengan menempelak Mohamed Hanipa supaya jangan terlalu angkuh dalam membuat kenyataan."Dalam konteks Shafee, samanlah beliau tentang road show yang dikatakan ada konspirasi politik itu," kata Abdul Azeez sambil menegur Mohamed Hanipa agar tidak bersikap biadap.Berita Harian

Seharusnya pembangkang perlu segera menyaman Tan Sri Shafee kerana mereka begitu bersungguh-sungguh menyerang kredibiliti peguam pendakwa terbabit.Apa lagi yang di tunggu ? Kenapa perlu bimbang ?

Percayalah jika tindakan itu berlaku , maka pembangkang juga perlu bersedia untuk diSAMAN ! Sejak hampir 7 tahun yang lalu dalam setiap siri ceramah pembangkang hampir ada sahaja isu-isu yang dibawa oleh para jurucakap mereka termasuklah dari kalangan peguam pembangkang yang berbicara , mengkritik serta membuat tuduhan dan tohmahan yang pelbagai berkaitan kes liwat Anwar Ibrahim.

Sedarkah mereka bahawa tindakan itu dilakukan pada ketika kes Anwar Ibrahim masih lagi dalam proses perbicaraan !

Pasti ramai bersetuju dengan pendapat ini bahawa jika tindakan Tan Sri Shafee itu dilihat sebagai menghina pihak mahkamah maka tindakan pembangkang termasuk para peguam mereka yang berhujah dipentas ceramah atas kapasiti pembangkang juga jauh lebih HINA kerana ia dilakukan pada ketika kes sedang berjalan !

Pembangkang sedar tentang kecelaruan ini sebenarnya , namun kecelaruan yang telah memakan diri itu tidak lagi mampu diubati.Kecelaruan yang telah berubah menjadi penyakit paling menjijikkan ini tidak sesekali boleh terdedah apatah lagi diketahui oleh para penyokong mereka.

Kerana jika itu berlaku , jangka hayat mereka pastinya tidak akan berpanjangan.

Sambung di part 2

MMI

1 comment:

  1. di malaysia ni penyokong2 tolol dia mati2 tak percaya anwar kaki buntut sedangkan diluar negara mmg dah mengiktiraf anwar sbg biseksual..

    ReplyDelete

Labels