Followers

Saturday, 14 March 2015

PKR & Pimpinan Pro ANWAR Terus CELARU !! Part 2

Gambar sebelah dirakamkan oleh portal pro-pembangkang sewaktu sidang media yang diadakan oleh keluarga Anwar satu ketika dulu.

Kalau semua masih ingat sebahagian daripada sidang media itu Azizah disoal oleh wartawan berkenaan jam omega , dimanakah jam omega milik Anwar ?

Ingat lagi apa reaksi anak-beranak ni ?  Klik Sini 

Dalam masa yang sama satu perkara yang menarik tentang gambar ini adalah keadaan Ram Karpal Singh seolah-olah sedang memikirkan sesuatu di belakang Azizah.Agaknya apa yang difikirkan oleh beliau ? Hmm ada betol ka ini worang ? Haha melawak ja , masing-masing fikirlah no..

Seingat MMI lah , sampai ke hari ini jam omega kekal menjadi satu misteri kepada kita semua.Secara logik akallah kalau si Azizah ni tunjukkan jam omega terbabit pasti keadaan sedikit sebanyak akan berubah dan pasti ianya boleh dijadikan alibi untuk keluarga politik ini menempis tuduhan daripada pihak-pihak di luar.

Tapi tak boleh tunjuk sebab jam tu ada pada orang lain ! Kalau semua masih ingat jam omega terbabit sudah pun ditunjukkan oleh seorang kenalan rapat Anwar Ibrahim , Datuk Eskay sewaktu mendedahkan video chinadoll !! Tak percaya ?


Dan seingat MMI juga , tidak ada satu pun tindakan saman dibuat terhadap Datuk Eskay ! Kenapa ??

Inilah antara rentak kecelaruan yang sering kali berlaku dalam parti PKR dan pimpinan pro Anwar.Pembangkang secara umumnya melalui Pakatan Haprak walaupun dilihat senada dalam beberapa perkara tetapi lebih kepada hal masing-masing.

Pakatan yang diwujudkan itu hanyalah satu imej hologram yang kehadirannya dirasai tetapi GAGAL bertindak kerana tidak punya roh dan jasad.Atau kehadiran roh itu dalam bentuk yang pelbagai tanpa jasad yang tetap , kadang-kadang menjadi pensyarah kemudiannya jadi mufti dan ada kalanya menjadi perogol dan peliwat bersiri !

Semua pasti sedar hasil daripada kecelaruan sebeginilah maka keakraban 3 parti dalam Pakatan Haprak semakin lama semakin goyah.PAS antara parti yang paling terkesan hasil daripada hubungan ini malah sudah sampai ke tahap berulat daripada dalam.

Pendirian dan prinsip kadang-kalanya harus dikorbankan semata-mata demi seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.Di tambah pula kehadiran rakan cauvinis DAP maka segala perancangan PAS sering kali tergendala.

Hari ini jauh lebih teruk hinggakan DAP berani menuding jari dan menghalau PAS keluar dari Pakatan Haprak.

Kadang-kadang terfikir apa untungnya PAS kekal bersama Pakatan Haprak ?? Kita tahu sejak sekian lama hudud merupakan agenda mereka dan adakah sejak itu PAS telah mengotakan janjinya ? Apakah pimpinan dalam Pakatan Haprak benar-benar faham dan difahamkan oleh PAS berkaitan agenda tersebut ?

Terkini Azizah selaku presiden PKR masih lagi berdiam diri tanpa menunjukan penerimaannya terhadap cadangan dan agenda PAS , keadaan yang hampir sama sejak tahun-tahun sebelum ini.

KUALA LUMPUR 12 Mac - Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengakui telah mendapatkan penjelasan dari wakil PAS mengenai enakmen kanun jenayah syariah (hudud) yang akan dibentangkan parti Islam itu kelak.

Walaubagaimanapun, beliau enggan memberikan jawapan samaada partinya menyokong pindaaan enakmen tersebut setelah ianya dibentangkan rakan komponen Pakatan Rakyatnya (PR) itu kelak.

"Ya, kita ada berbincang mengenai perkara tersebut. Perbincangan berjalan lancar,"katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat bersama wakil kerajaan Kelantan.sumber 

Kalau perbincangan berjalan lancar kenapa takut untuk menyatakan "Kami SETUJU" ? Haha jangan silap sebab perkara itu akan dibawa mengadap Dinasti Lim !!

Selain dari itu kita juga mendengar tentang perbuatan atau tindakan berbau RASIS ! Ungkapan ini selalunya akan dituding kepada UMNO walaupun ianya tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Malah kalau kita perhatikan khususnya di Pulau Pinang , DAP lah yang menjadi dalang dan bapak kepada segala RASIS yang ada di bumi mutiara ini.Lihat sahaja tindakan double standard rejim DAP terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang ? Sikap pimpinan DAP yang jelas BIADAP contohnya sikap Ng Wei Aik atau lebih dikenali sebagai YB tong gas dan beberapa polisi kerajaan DAP Pulau Pinang yang jelas tidak mesra penduduk telah menyebabkan orang-orang Melayu marah.

Dalam masa yang sama tuntutan di peringkat nasional khususnya melibatkan agama Islam seperti isu kalimah Allah bukan sahaja membuktikan mereka-mereka ini biadap tetapi langsung tidak menghormati sensitiviti orang Islam.

Maka kerana itu bangkitlah orang-orang Melayu menyatakan ketidakpuasan hati mereka dan dalam masa yang sama beberapa pimpinan negara memberikan pandangan serta nasihat agar Malaysia terus aman dan makmur.

Namun pandangan serta nasihat itu ada kalanya dianggap sebagai rasis hanya kerana membandingkan peristiwa 13 Mei yang kita tahu tercetus disebabkan hilangnya rasa hormat sesama kaum dalam negara kita.

Apa yang pimpinan pembangkang lakukan ?


Pandangan dan nasihat di balas dengan CABARAN ! Lihatlah kecelaruan mereka yang cukup membahayakan , bayangkan apa yang mungkin berlaku jika cabaran ini bersahut ?

Contoh yang terakhir pula adalah tindakan Ahli Parlimen PKR sewaktu dalam Dewan Rakyat.Mereka tanpa sedikit pun rasa bertanggungjawab dan rasa hormat secara terang-terangan menghentam sistem perundangan negara kita hanya kerana Anwar Ibrahim di dapati bersalah MELIWAT Saiful Bukhari.

Doktrin menyalahkan orang lain yang kemudiannya merubah menjadi satu kecelaruan yang begitu JIJIK telah ditunjukkan oleh Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim.

Kita tahu warga Malaysia berhak untuk bersuara tetapi dengan syarat , jangan sampai hak itu mengganggu hak orang lain.Maka dalam situasi ini tindakan Nurul cukup jelas menghina apabila menggelarkan institusi perundangan negara dan hakim sebagai mereka yang terlibat secara langsung dengan SYAITAN ! 


Satu tuduhan yang cukup menghina dan fitnah yang disengajakan tanpa BUKTI dilakukan oleh Nurul Izzah dengan niat.

Antara ungkapa Nurul dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini , “Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, Hakim-Hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”.

“Mereka diberi peluang untuk menebus diri dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik sebagai pembela sebenar keadilan. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan”.

Persoalannya kenapa ungkapan sedemikian di ungkapkan oleh Nurul ?

Bagi MMI semuanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang kini sedang merengkok dalam penjara Sungai Buloh untuk tempoh 5 tahun.

Kerana tindakan tersebut maka satu laporan Polis sudah pun dibuat KLIK SINI dan semalam diberitakan pihak Polis sudah pun bertindak.

Jadi jelas KECELARUAN itu sudah menguasai bukan sahaja minda penyokong-penyokong PKR dan mereka yang pro kepada Anwar tetapi sudah menjalar kepada barisan pimpinan mereka sendiri.Dengan sikap dan pendirian bercelaru ini sudah barang pasti mereka mampu melakukan jauh lebih dasyat dari apa yang telah mereka lakukan hari ini.

Akhir kalam kepada mereka yang kini masih bersama Pakatan Haprak yang jiwanya masih bertahan dan mampu membezakan yang hak dan batil , KEMBALILAH kepada jalan yang benar !

Tidak ada jalan lain lagi yang boleh dipintas untuk menggapai matlamat selagi mana ianya tercemar dengan kecelaruan yang wujud dalam Pakatan Haprak.

Percayalah bahawa perpaduan itu mesti disirami dengan sikap dan toleransi yang baik serta membuang jauh-jauh perkara-perkara yang boleh menyesatkan kita dikemudian hari.

Jika itu jalan yang kita pilih , MMI yakin masyarakat Malaysia akan terus berjaya dan menikmati hasil dari kejayaan bersama !

Baca juga artikel berkaitan Part 1 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels