Followers

Sunday 8 March 2015

Portal TMI Minta Maaf Lepas FITNAH , Eh Bukan Sengaja Letak Ker ? #KitaLawan


Dalam keterujaan portal pro pembangkang TMI melaporkan tentang lautan manusia (Azizah kata) yang turun ke jalanraya kononnya nak bersolidariti terhadap KETUM semalam , satu kesilapan telah dilakukan oleh portal terbabit kerana menyiarkan gambar yang telah diedit.

Agak pelik juga kerana portal terbabit boleh pula melakukan kesilapan sedemikian sedangkan selama ini mereka sering kali mencari kesalahan orang lain.Pantang apa jua waima kesilapan kecil pun pasti akan dibesar-besarkan.

Nah kini kesilapan itu berlaku dari dalam , dan ianya sudah sampai ke tahap mereka membuat permohonan maaf kepada parti PAS.


Bagi sesetengah pihak perkara ini dianggap selesai walaupun sebelum ini terdapat laporan mengatakan salah seorang pegawai Hadi Awang siap maki hamun TMI kerana tindakan biadap tersebut.

Namun MMI nak ingatkan kepada ahli-ahli PAS khususnya kepada penyokong-penyokong Hadi Awang bahawa tindakan tersebut sebenarnya MUNGKIN disengajakan.

Bayangkan TMI sebagai sebuah portal yang punya segala kemudahan termasuk kepakaran mereka yang mengaku wartawan dan editor boleh terlepas menyiarkan gambar terbabit ? Ish rasa macam tak masuk akalkan ?

Kemudian kalau kita perhatikan demo #KitaLawan yang GAGAL semalam tu , agenda mereka lebih kepada bersuara untuk seorang PELIWAT dan dalam masa yang sama menghentam Najib dan Rosmah.Walaupun hakikatnya aksi demo semalam lebih terarah kepada usaha untuk menggulingkan kerajaan dan keinginan untuk melihat Najib meletakkan jawatan !

Mana mungkin para wartawan , editor dan semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam TMI boleh terlepas pandang ? Tidak ada sebarang kaitan dengan Hadi Awang kalau kita benar-benar faham dengan agenda demo bodoh lagi lompang tersebut !

So apa yang memungkinkan gambar edit itu boleh terlepas ????

Hmmm barangkali kerana mereka-mereka yang berada di TMI juga adalah mereka yang sama sekali tidak bersetuju dengan pendirian Hadi Awang sejak dua menjak ini dalam menentukan hala tuju parti PAS !

Kalau berdasarkan laporan dah banyak kali kita baca bagaimana hubungan yang tidak menyenangkan sedang berlaku dalam Pakatan Haprak dan kita juga tahu bahawa PAS tidak menyokong demo semalam.

Jika benar telahan ini maka pasti ianya bukan sekadar kesilapan menyiarkan gambar tetapi tindakan yang disengajakan kerana PAS hari ini dilihat sebagai pengacau dalam Pakatan Haprak untuk meneruskan agenda cauvinis dan liberal mereka.

MMI

4 comments:

  1. Tu bukan MUNGKIN tapi memang disengajakan oleh TMI.

    ReplyDelete
  2. Tak mahu ikut cakap mereka, fitnah merata-rata, yang kayu nya ada juga Melayu yang memang barua tak sedar diri.

    ReplyDelete
  3. Apabila kena libas dengan kawan pakatan terus ajer minta maaf. Walaupun disengajakan atas arahan orang yang sangat marah dengan arahan Haji Hadi. Ini lah dia GUNTIMG DALAM LIPAT......atau dalam bahasa inggeris "BACK-STABBING".

    ReplyDelete

Labels