Sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan yang dijangka hangat dan memakan masa panjang bagaimanapun selesai dalam tempoh lebih sejam.
Ahli Parlimen, (MP) pembangkang seperti PKR Pandan, Rafizi Ramli dan DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang sebelum ini saban hari lantang mengkritik syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad, (1MDB) sewaktu sesi perbahasan, hilang entah ke mana.
Ramai menjangkakan dua nama terbabit yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kementerian terbabit.
Jadi moralnya, kedua-dua pemimpin pembangkang itu sekadar mempolitikkan isu 1MDB untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha berterusan kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan memajukan negara.
Buktinya, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menjawab bagi pihak kementeriannya dapat menyentuh tiga isu utama iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan, (GST), hutang negara dan 1MDB tanpa mengambil masa panjang.
Persoalan yang diutarakan beberapa ahli parlimen pembangkang mengenai 1MDB semuanya terjawap malah mereka langsung gagal untuk mengemukakan hujahan balas.
Antaranya Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bertanyakan sumber wang RM2 bilion yang digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB, Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin mengenai kegagalan 1MDB bertindak terhadap akhbar yang memfitnahnya serta soalan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.
Semuanya dijawab Ahmad Husni malah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional, (BN) turut berkesempatan mencelah antaranya Bagan Serai, Lipis, Kuala Selangor, Kalabakan dan Kinabatangan yang bertanyakan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan GST.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani pula mengingatkan barisan ahli parlimen pembangkang bahawa kerajaan sedang melakukan kajian forensik audit akaun 1MDB sekaligus tidak wajar mengemukakan soalan-soalan berasaskan laporan media dari sumber-sumber tidak pasti.
Decorum parlimen katanya, sepakat bersetuju hanya akan menggunakan dokumen sah jika mahu membincangkan isu 1MDB.
Sekaligus, senario yang dipertontonkan itu harus diambil iktibar oleh orangramai bahawa pembangkang sedia melakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan kerajaan.
Mereka bagaimanapun hilang bilamana berada dalam situasi sebenar.
Pembangkang lari malah dibuktikan sekadar berpolitik, bukannya demi MEMPERJUANGKAN hak rakyat.
Buktinya jelas, namun pembangkang pasti akan memberikan alasan ketiadaan mereka sewaktu sesi penggulungan itu.
Lantaran itu, sila nilai semula segala dakwaan yang dibuat pembangkang terhadap kerajaan selama ini! -bnbbc
No comments:
Post a Comment