Followers

Tuesday 21 April 2015

BARUA-BARUA Dalam PAS Makin PANAS ??

Apa benar yang MMI dengar petang tadi ? Katanya barua-barua dalam PAS kini semakin tidak senang duduk dan mula terasa panas apabila PAS Permatang Pauh membuat ketetapan (walaupun MMI masih sangsi) untuk tidak membantu kempen PKR selagi mana mereka tidak memohon maaf kepada Hadi Awang.

Isu barua ni memang dah disebut sebelum ni dan untuk rekod bukan MMI yang sebut tapi Nik Abduh sendiri yang kata.Tengok gambar sebelah!

Malah kalau semua masih ingat , Hadi Awang sendiri pun pernah menyebut perkara yang sama sewaktu kempen PRK Pengkalan Kubor sebelum ini.

Ianya berkisar kepada isu Menteri Besar Selangor sehinggakan Hadi di cabar untuk membuktikan kata-katanya oleh orang sendiri.Baca Sini 

Macam-macam kan ? Nah kini perkara yang hampir sama berlaku lagi , cumanya ia agak berlainan sedikit.seorang pemimpin PAS dari Selangor hari ini menyatakan bahawa PAS selepas muktamar tahun ini akan berubah wajah dan menjadi lebih ekstrem seterusnya lari daripada prinsip dan dasar yang dipersetujui bersama dalam Pakatan Haprak.

Kononnya PAS ini tidak bijak dan langsung tak mau berkawan !!! Ish sampai macam tu ka ??

Jom kita tengok apa kata Khalid Samad ...

Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad.

“Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti.

“Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar ‘Jebon’ dan ‘Parasit’,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang, walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR di situ.

Sokongan kepada PKR untuk memilih calon mereka dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberi kata dua sehingga hari penamaan calon, 25 April supaya PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu enakmen jenayah syariah Kelantan.

“Jika bersetuju, kami PAS kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini.

“Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAS kawasan itu.

Kenyataan dikeluarkan Yusni sebelum ini juga menuntut PKR memohon maaf mengenainya.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata sokongan kepada calon PKR dalam PRK ini adalah tanpa syarat.

Bagi Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, apa yang berlaku di Permatang Pauh juga akan berlaku di peringkat pusat jika “wajah-wajah baharu PAS” ini mengambil alih parti Islam itu di peringkat pusat.

“Saya yakin inilah sikap yang akan diambil oleh orang-orang yang selama ini memburuk-burukkan kami sebagai liberal, Anwarinas dan berwala’ pada Pakatan Rakyat (PR) jika mereka terpilih dalam muktamar PAS nanti sebagai AJK PAS Pusat,” kata Khalid.

“Sikap mereka keras dan tidak berhemah. Tiada unsur ingin berkawan dan tiada kebijaksanaan berpolitik. PAS akan kembali bersendirian, terpinggir dari politik arus perdana,” kata Khalid yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987.

Bagi Khalid, sikap ditunjukkan PAS Permatang Pauh dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah wajah “ekstrem” yang mula wujud selepas muktamar pada 2011 lalu.

“Ia tanpa sifat keterbukaan dan menggunakan pendekatan paksa dan ugut,” kata Khalid dan menambah, “Ianya PAS Ekstrem”.

Beliau mempersoalkan sama ada pendekatan itu membolehkan PR terus wujud.

“Bolehkah PR survive dengan dipilihnya PAS Ekstrem? Cakap lain buat lain? Nak PR tetapi asyik gaduh? Syadid,” kata Khalid yang turut menyebutnya melalui Twitter beliau.

Beliau berharap, semua ahli PAS dapat melihat nasib parti Islam itu nanti dengan apa yang sedang berlaku di Permatang Pauh sekarang.

“Hala tuju PAS, masa depan PAS. Permatang Pauh sebagai saksinya,” kata Khalid.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tiga nama besar PAS dijatuhkan oleh kawasan masing-masing dalam pemilihan kali ini.

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dijatuhkan di Kampar, Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari dijatuhkan di Alor Gajah dan yang terbaharu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dijatuhkan di Kapar, Selangor sebagai yang dipertua PAS kawasan masing-masing. -malaysianinsider

Hmm betul ker apa yang Khalid Samad kata tu ??

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

4 comments:

  1. Berjuang untuk mengembalikan maruah TG Presiden dan parti PAS secara meminta maaf terbuka dan memberi sokongan RUU di anggap ekstrim? Khalid nie pemimpin Pas ker atau ahli CEC DAP? Ini Khalid atau keldai?

    ReplyDelete
  2. Khalid Samad dok nampak Pas Pematang Pauh enggan beri kerjasama saja, Dap & Pkr tolak hudud dia buat dono, sebaliknya dituduhnya Pas Ekstrem & Syadid, orang mcm ne x bolih pakai, Parti sendiri pun dia cerca, Dap & Pkr dia jilat, ini lah yg dikatakan BARUA sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. kalau dah suka dok dlm pas masuk je dap..dap tu tengah tunggu tu.memang diaorg nak betul puak2 liberal ni utk sesatkan org Islam

    ReplyDelete
  4. Kalid lupa nk tgk rupa dia sendiri...so maafkanlah dia....padahal dia jgk yg mintak agar ahli2 pas menukar kepimpinan...tapi bila geng2 dia kene tukar...dia melenting plak...so again maafkanlah dia...klu bkn islam nk guna nama allah..dia pertahankan....klu bkn islam nk besar kandang babi pun dia pertahankan...klu bkn islam nk buat pesta arak...dia pertahankan...klu bkn islam nk buat majlis dgn pakaian x senonoh...dia pertahan dia buang kopiah utk join sekali...tapi bila islam nk dikembangkan...dia bkn saja xnk pertahankan...dia bangkang..so maafkanlah dia

    ReplyDelete

Labels