Followers

Tuesday, 21 April 2015

Cikgu @dzaidisaid Optimis Untuk Melakar Sejarah Di Permatang Pauh !! @dzainalabidin @NajibRazak

Jika kita amati Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh hari ini , kita akan dapat merasai denyut nadi warga Permatang Pauh itu sendiri.

Datuk Mohd Zaidi Said atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zaidi merupakan seorang pemimpin yang bermula daripada bawah.

Beliau yang kini menggalas tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh di lihat sebagai pencetus kepada proses tranformasi yang sedang digerakkan oleh barisan kepimpinannya semenjak dipilih sebagai Ketua Bahagian.

Malah beliau yang mudah mesra dengan sesiapa jua telah memperlihatkan kesungguhannya memimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh apabila berjaya mendekati rakyat dan dalam masa yang sama memahami realiti sebenar penduduk Permatang Pauh dan bersikap optimis dalam merangka dan merencanakan sesuatu.

Tidak mudah melatah dan bersikap tenang mendepani sesuatu isu telah meletakkan Cikgu Zaidi sebaris dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih lama daripada beliau.

Bukan mengangat atau mengampu Cikgu Zaidi , hakikat ini diterjemahkan oleh beliau melalui jawapan yang dilontarkan sewaktu menjawab soalan-soalan berkaitan PRK Permatang Pauh.

UTUSAN: Sejauh manakah perse­diaan jentera UMNO menjelang PRK Parlimen Permatang Pauh?

MOHD. ZAIDI: Jentera di semua peringkat sudah cukup bersedia. Jika melihat kepada maklum balas daripada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turun padang baru-baru ini pun, mereka menilai ini pertama kali UMNO Bahagian membuat persiapan pada tahap terbaik dalam berdepan PRK. Saya sendiri pun melihat tidak banyak lagi tugas yang perlu kita laksanakan sebaliknya hanya menunggu masa untuk turun berkempen mulai 25 April ini.

Adakah UMNO Bahagian berani menjanjikan kemenangan di kerusi itu nanti?

Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR. Jadi saya perlu mengakui sangat sukar untuk kita menang di kerusi ini. Tetapi ada beberapa faktor yang menambah serta meningkatkan keyakinan ahli-ahli UMNO bahawa kita boleh melakukan kejutan.

Ia termasuklah dari segi ge­rak kerja membantu rakyat tanpa mengira latar belakang agama atau kaum. Bantuan sama ada dalam aspek pendidikan atau kebajikan itu kita usahakan secara berterusan.

Kejayaan paling besar kita setakat ini adalah mendapatkan peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk membina 11 buah dewan terbuka di sekolah-sekolah sekitar Parlimen ini seperti diumumkan Muhyiddin baru-baru ini. Selain itu kita juga memberi sumba­ngan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Parlimen ini antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap tahun. Sebelum ini, PIBG tidak pernah menerima sumbangan secara tetap daripada UMNO Bahagian.

Kita juga berjaya mendapatkan peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur dan membantu golo­ngan miskin.

Ada yang beranggapan UMNO tidak mempunyai peluang jika PKR mencalonkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi? Apa pandangan Datuk?

Saya yakin jika PKR mencalonkan Wan Azizah sekali lagi kali ini, ia akan memberi bonus kepada UMNO. Sebab penduduk di sini sudah mengetahui tentang rekod Wan Azizah mengosongkan kerusi yang ditandinginya untuk memberi laluan kepada orang lain. Apatah lagi sekarang Wan Azizah juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang. Jadi bagaimana beliau dapat memberi tumpuan kepada permasalahan penduduk di Parlimen ini?

Apa pula yang boleh diharapkan daripada calon UMNO nanti?

Saya boleh beri jaminan semua pihak akan terkejut sebaik sahaja kita mengumumkan calon UMNO bagi kerusi ini yang dijangka pada Khamis ini. Malah, pembangkang terutama PKR pun akan terkejut dengan calon kita.

Ini kerana calon kita jauh lebih muda selari dengan proses peremajaan parti yang sedang kita lakukan. Selain itu, calon itu juga merupakan anak tempatan selain mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

Apa kebimbangan utama UMNO menjelang PRK berkenaan?

Kebimbangan kita adalah kemampuan parti-parti komponen BN membantu menarik pengundi. Dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh terdapat kira-kira 30 peratus pengundi Cina dan India. Dari segi pengundi India, kita mempunyai keyakinan mampu menarik kira-kira 50 peratus undi mereka. Tetapi situasi agak sukar bagi pengundi Cina kerana kita memahami sentimen politik mereka. 

Sebab itu meskipun kita menyasarkan menarik 30 peratus undi masyarakat Cina, namun bagi saya angka itu juga sebenarnya agak sukar. Sebab itu kita mengharapkan parti-parti komponen BN dapat menyusun strategi yang benar-benar berkesan dalam menarik sokongan masyarakat Cina. -Utusan

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels