Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini membuat satu laporan Polis berhubung satu tuduhan liar yang dilemparkan oleh Ketua Pemuda DAP Pulau Pinang terhadap Pemuda UMNO negeri kononnya pergerakan itu melakukan tindakan vandalism terhadap pejabat-pejabat DAP.
Melalui satu kenyataan yang disiarkan oleh MalayMailOnline , Ketua Pemuda DAP secara terang dan jelas telah membuat satu tuduhan terhadap pemuda UMNO dan berusaha untuk meyakinkan pihak Polis bahawa tindakan vandalism yang berlaku di pejabat DAP baru-baru ini didalangi oleh pemuda UMNO.
Satu tuduhan yang dilakukan tanpa bukti dan dilihat lebih kepada emosi politik DAP untuk menghasut rakyat agar membenci UMNO.
Justeru itu , Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang di ketuai oleh Saudara Rafizal Abdul Rahim hari ini hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut petang tadi bagi membuat laporan polis.
Laporan Polis ini dibuat adalah berkenaan dengan suatu artikel didalan MalayMailOnline yang diterbitkan pada 23.06.2015 yang membawa tajuk "After Flag Burning DAP Youth Blames UMNO for office vandalism" oleh Opalyn Mok.
Di dalam artikel tersebut Ng Wei Aik yang merupakan Ketua Pemuda Sosialis DAP (Democratic Action Party Socialist Youth Head) mencadangkan bahawa UMNO merupakan dalang dibelakang kejadian vandalisma di tiga pejabat DAP baru-baru ini berikutan kejadian membakar bendera DAP di Komtar.
Ng Wei Aik menyatakan bahawa disebabkan oleh tindakan membakar bendera DAP tersebut menunjukkan bahawa ahli-ahli UMNO mempunyai kemampuan untuk melakukan vandalisma terhadap pejabat-pejabat DAP.
“This is because the aggressive manner they had acted this morning in burning the DAP flags showed that they are capable of the same vandalism acts against DAP offices,”
Dua perkara ini adalah merupakan kejadian yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan diantara satu sama lain.
Ini adalah merupakan satu usaha untuk memburukkan UMNO dengan menuduh bahawa UMNO yang bertanggungjawab melakukan 'vandalism' terhadap pejabat-pejabat DAP.Ini mungkin juga bertujuan untuk meraih simpati dengan menyalahkan UMNO atas apa yang berlaku.
Ng Wei Aik juga menyatakan bahawa :-
"The Penang DAP Youth will lodge a report tomorrow morning to urge the police to investigate Penang Umno and prove that they are the ones involved in the vandalism acts against the DAP offices"
Ini adalah merupakan satu campurtangan dan ugutan (intimidation) dalam siasatan polis kerana kertas siasatan telah dibuka dan Ng Wei Aik telah mendesak pihak polis untuk membuktikan bahawa UMNO terlibat dalam kejadian vandalisma terhadap pejabat-pejabat DAP.
Kenyataan yang dikeluarkan agar pihak polis membuktikan penglibatan UMNO dilihat sebagai satu usaha untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap UMNO dan untuk menimbulkan kebencian terhadap UMNO.Kenyataan beliau juga dilihat bertujuan untuk mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.
Oleh yang demikian saya membuat laporan ini agar siasatan dapat dijalankan atas Ng Wei Aik kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertujuan untuk memburukkan UMNO dan juga kenyataan beliau yang mencampuri siasatan polis yang sedang dijalankan.
sekian laporan saya
Rafizal Abdul Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang
Sewajarnya tindakan Ng Wei Aik itu disiasat kerana tuduhan berdasarkan emosi sedemikian bukan sahaja tidak mengikut peraturan dan undang-undang tetapi juga mampu mencetuskan suasana yang tidak baik kepada masyarakat.
Malah cubaan menghasut pihak Polis agar mempercayai tuduhan bahawa pemuda UMNO yang bertanggungjawab terhadap tindakan vandalism di pejabat DAP adalah jelas satu kesalahan yang seharusnya tidak dibiarkan.
Tuduhan tanpa bukti sebegini jika dibiarkan mampu mengundang musibah malah mungkin mampu mencetuskan ketegangan antara kaum Melayu dan Cina.
Pihak polis perlu bertindak !
MMI
No comments:
Post a Comment