Followers

Thursday, 25 June 2015

Pembelian Hartanah MARA Di Melbourne Di Siasat

Akhbar Australia The Age sebelum ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa "membida lebih tinggi" bagi Dudley International House, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah.

Dan sehingga artikel ini ditulis , Polis Persekutuan Australia sudah pun melancarkan beberapa serbuan di bandaraya Melbourne ekoran penyiasatan ke atas pembelian sebuah hartanah di Australia yang didakwa melibatkan penipuan membabitkan berjuta-juta dolar Australia.

Paling penting apabila ianya di kaitkan dengan agensi milik kerajaan Malaysia iaitu MARA dan 3 individu terdiri daripada seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik maka ianya perlu ditangani dengan baik memandangkan di Malaysia ramai yang lebih terarah kepada spekulasi dan persepsi.

Berdasarkan laporan terbabit yang jelas telah mencemarkan nama baik Majlis Amanah Rakyat (MARA) , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah pun menegaskan bahawa siasatan terperinci akan dilakukan oleh pihak berkuasa agar tindakan dapat diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penyelewengan.

Rasionalnya isu yang diketengahkan oleh The Age ini merupakan isu amalan rasuah yang mungkin berlaku sehingga mengakibatkan berlakunya penipuan dalam proses pembelian hartanah di Melbourne.Dan berdasarkan tindakan kita sudah dapat melihat bagaimana komitmen kerajaan sendiri supaya mereka yang terlibat itu di bawa ke muka pengadilan.

Annuar Musa dalam responnya terhadap tuduhan pembangkang kononnya proses pembelian tersebut diluluskan oleh YAB Perdana Menteri berkata pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) mematuhi tatacara perolehan yang di tetapkan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Tambahnya lagi urusan perolehan itu, turut mendapat kelulusan Majlis Ekonomi Negara (EC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kelulusan dari Perdana Menteri adalah sebahagian dari prosedurnya.

"Selepas cadangan pembelian itu diluluskan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kewangan, EC telah meluluskannya," katanya dalam satu sidang media semalam.



Namun yang jauh lebih menjadi minat dan perhatian sesetengah dari mereka diluar sana adalah usaha untuk cuba mengaitkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa yang MMI gelar sebagai skandal baru yang pastinya cukup penting setelah usaha menyerang institusi kerajaan lain gagal.

Kalau kita perhatikan setelah beberapa siri serangan terhadap 1MDB , Tabung Haji dan KWSP kini serangan nampaknya terarah pula kepada MARA.Malah agakan MMI nampaknya kena apabila Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula menjadi sasaran.

Adakah kerana pendirian Annuar Musa yang sering kali di anggap sebagai pembela Najib itu menjadi salah satu kenapa isu ini perlu diheret dan gembar-gemburkan ? Atau mungkin kerana desas desus yang tercetus sebelum ini kononnya Tan Sri Annuar Musa akan kembali menganggotai kabinet ?

Macam-macam cara dan kaedah digunakan namun kita sebagai rakyat perlu bijak untuk menempatkan diri di antara isu yang sedang berlaku agar ianya tidak merasuki jiwa sebahagian kita seperti mana yang berlaku dalam isu 1MDB sebelum ini.

Hakikatnya jika apa yang dilaporkan oleh The Age itu benar dan sememangnya berlaku amalan rasuah atau penyelewengan maka pihak yang melakukannya itu WAJAR di kenakan tindakan !

Seperti mana yang berlaku dalam isu 1MDB , Perdana Menteri sendiri sudah pun mengarahkan agar siasatan dilakukan supaya pihak yang terlibat dapat di bawa ke muka pengadilan.

Gendang akan tetap di palu kerana misi untuk melemahkan kerajaan pentadbiran Najib belum berjaya ! MMI yakin selepas ini akan ada lagi beberapa siri yang lain kerana mereka-mereka yang terlibat itu tidak akan senang selagi mana Najib dan UMNO terus bertahan ! 

Maka kerana itu adalah lebih baik kita menantikan hasil siasatan daripada menjadi agen penyebar cerita rekayasa tanpa bukti dan fakta !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels