Followers

Thursday, 23 July 2015

Betul Ker Ramai JANDA Dalam PAS ??

Gambar Hiasan

Pergolakan yang berlaku dalam parti PAS kini sudah sampai ke tahap perpecahan yang mengundang wujudnya parti kedua pimpinan Mat Sabu.Jika diamati penubuhan parti pimpinan Mat Sabu ini lebih kurang sama plot dan jalan ceritanya sewaktu PAS ditubuhkan sebelum ini.

Kedua-duanya kerana masalah kuasa dan kekalahan dalam pemilihan yang sering kali disebut sebagai amat ADIL itu.Dan lebih menarik pergolakan dalaman parti PAS yang diselindung selama ini oleh para pimpinannya tidak lagi mampu mengekang asakan ideologi keparat puak-puak DAP yang begitu galak mewujudkan agen-agennya.

Malahan mereka yang pekak dan buta pun rasanya mampu melihat dan mendengar gerakan-gerakan SULIT yang ditiup ke dalam parti itu sehingga akhirnya wujud pula kumpulan pro ulama dan kumpulan yang kononnya menyokong perubahan (progresif).

Kini setelah kenyataan secara terbuka di buat oleh para pemimpin PAS yang di tolak oleh ahli sendiri dalam pemilihan parti itu baru-baru ini untuk keluar parti setelah parti baru ditubuhkan , banyak pihak kini mula mensasarkan persoalan tentang SUMPAH BAI'AH yang di lafazakan oleh mereka sebelum ini.

Paling menjadi perhatian adalah sumpah bai'ah yang menyebabkan jatuh talak terhadap isteri masing-masing.

Fuh apa ceritanya ? Apa kata puak-puak ni pula ? Spin apa pula yang nak dimomokkan kepada akar umbi ?????

Realitinya, wakil rakyat Pas negeri yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar mengingatkan mana-mana pemimpin Pas Kelantan yang bercadang melompat parti supaya sedar tentang kesan jangka panjang yang bakal berlaku sekiranya melanggar bai’ah yang dipersetujui di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu.
“Apabila perkara ini berlaku dalam hukum Islam (bai’ah), sekali kita sebut akan berpanjangan. Bukan bergantung hari ini dan esok sahaja.
Ahmad mengakui lafaz bai’ah menjatuhkan talak tiga ke atas isteri jika meninggalkan atau melompat parti selepas terpilih menjadi wakil rakyat Pas telah lama diamalkan di negeri itu sejak 2004 Seterusnya 
Mak ai .. Ini bukan main-main ni , ini betul-betul ! Apa sudah jadi dengan puak-puak yang menderhaka dengan PAS sekarang ?

Sama ada jatuh talak atau tidak MMI serahkan kepada pihak yang lebih arif tentang situasi ni , cumanya dalam bab SUMPAH LAKNAT rasanya puak-puak tu dan langgar  sumpah sendiri !

Tak percaya ?? Baca SINI 

Betul ker ramai janda dalam PAS hari ni ?? Mat Sabu jawab sat hihi ..

MMI

1 comment:

Labels