Followers

Thursday, 23 July 2015

Siapa Yang Sebenarnya BARUA Negara ? #1MDB #LawanFitnah

Pada ketika pelbagai spekulasi muncul menggigit 1MDB dan kepimpinan YAB Perdana Menteri , rakyat di akar umbi bukan sahaja menjadi mangsa pembohongan bersiri pimpinan pembangkang tetapi turut dihasut sama untuk menyerang kerajaan.

Walaupun serangan berstatus "character assassination" itu benar-benar memberi impak yang cukup hebat kita sewajarnya bersyukur kerana masih ramai lagi diluar sana yang tidak mudah di HASUT malah punya pendirian untuk terus menjadi perisai kepada KEBENARAN !

Pendiriannya mudah , selagi mana tiap tuduhan itu tidak disertakan dengan bukti-bukti yang boleh diguna pakai oleh pihak mahkamah dan saluran undang-undang maka ianya tetap satu tuduhan PALSU dan mungkin lebih dasyat dari itu.Itulah prinsip yang MMI pegang selama ini walaupun ada yang menuduh blog ini di bayar.

Dalam pada itu tindakan yang telah diambil oleh pucuk pimpinan negara sejak isu 1MDB ditimbulkan sebenarnya adalah BUKTI nyata betapa kerajaan selama ini mengamalkan dasar yang terbuka dan punya integriti yang cukup tinggi.

Bila mana laporan audit oleh pihak Delloitte tentang 1MDB diarahkan supaya diteliti serta disiasat oleh Jabatan Audit Negara kemudian keterlibatan daripada PAC dan Bank Negara , ianya secara JELAS sudah menjawab segala persoalan dan fitnah yang di lontarkan selama ini.

Yang menghairankan segelintir warga Malaysia termasuklah dari kalangan mereka yang mengaku pejuang Melayu dan parti UMNO turut sama terkinja-kinja menuntut jawapan sedangkan siasatan sudah pun diarahkan oleh kerajaan.

Kenapa tiba-tiba jadi kelam-kabut ? Sakit perut ker ?

Lebih dangkal mereka boleh pula menolak saluran undang-undang dan lebih suka melihat UNDANG-UNDANG RIMBA digunapakai semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu melihat kerajaan hari ini runtuh.Lebih aneh rata-rata mereka mahu Najib turun tetapi tidak pula mengendahkan siapa bakal pengganti beliau ?

Tak dengar lagilah pembangkang sebut siapa yang mereka mahu dari kalangan UMNO untuk menggantikan Najib ! Dan kalau itu berlaku sekalipun kenapa tiba-tiba ada dikalangan pemimpin UMNO yang pembangkang boleh sokong ? Wahhh kalau macam tu pembangkang dan boleh bubar bro !!

Hihi game apa ni gang ? 

Kini apabila Tony Pua salah seorang wakil dari pembangkang yang menganggotai PAC didakwa terlibat dalam satu perjumpaan dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo di Singapura kenapa puak-puak yang selama ini membuat tuduhan tidak pula mempertikaikan kredibiliti Tony Pua ?

Tony Pua dalam PAC tu gang !!!
KUALA LUMPUR 22 Julai – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua perlu dikecualikan daripada terlibat dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu bagi memastikan kredibiliti PAC tidak dipertikai berikutan terdapat dakwaan Setiausaha Publisiti DAP itu bertemu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo di Singapura.
“Saya awal-awal lagi telah mencadangkan kepada Tony untuk kecualikan dirinya. Saya guna bahasa yang berlapik, saya nampak macam dia tahu begitu banyak tentang soal dan masalah 1MDB.
“Dakwaan terhadap Tony ini melibatkan integriti PAC sebagai jawatankuasa penting dalam Parlimen yang diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan,” katanya kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen di sini hari ini.seterusnya 
Realitinya sejak dari awal lagi Tony Pua sudah pun melakukan satu kesalahan paling besar ! Dakwaan beliau bertemu dengan Xavier Andre Justo di Singapura seharusnya menjadi fokus utama ketika ini kerana selama beliau terlibat dalam PAC tidak sekalipun maklumat ini didedahkan oleh beliau.

Sebagai pemimpin Tony WAJIB membuat pengakuan tersebut kerana ianya bakal melibatkan kredibiliti PAC yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap 1MDB.

Bukankah tindakan Tony Pua itu punya agenda tertentu ?

Di mana kredibiliti pemimpin pembangkang ini dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya terhadap negara ?

Hakikatnya inilah BARUA negara yang sewajarnya dianggap sebagai PENGKIANAT !

Tindakan dan agenda politik jijik seperti ini sebenarnya membuktikan kepada kita betapa negara kini berada dalam keadaan yang tidak selamat ! Mereka menjadi mata dan telinga kepada puak-puak luar yang cuba mengganggu-gugat kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara MERDEKA !

Sewajarnyalah Tony Pua bukan sahaja tidak harus berada dalam PAC , beliau juga perlu dikenakan tindakan .. Tangkap , Tahan & Siasat makhluk-makhluk perosak ini mereka BERBAHAYA !!

MMI

1 comment:

  1. Setuju dengan saranan di atas. Pengkhianat negara patut dihukum berat termasuk buang negara. Tapi Pengerusi PAC pertahan Tony berada dalam PAC kenapa pulak ye?

    ReplyDelete

Labels