Followers

Saturday 30 April 2016

4 Perkara Kenapa RAYER CELAKA Tidak Patut Di Bebaskan !!


Bertempik soraklah suku sakat DAP semalam apabila ADUN Seri Delima , R.S.N Rayer dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah seksyen daripada pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut dalam ceramahnya di Pulau Pinang dua tahun lalu.

Sebagai warga Malaysia , MMI hormati keputusan mahkamah namun sebagai rakyat MMI juga punya hak untuk mengulas dan memberikan pandangan berdasarkan kes tersebut kerana kesan selepas keputusan dibuat dan kesan selepas kejadian sewajarnya menjadi sebahagian daripada perkara penting yang perlu diberikan perhatian khususnya para hakim yang mengadili proses penghakiman tersebut.

Sebelum itu jom kita review sikit apa sebenarnya yang berlaku sehingga mahkamah membuat keputusan semalam.

Pada 27 Ogos 2014, Rayer mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut pada ceramahnya di Taman Permainan Kanak-kanak, Jalan Delima Island Glades, Jelutong di sini pada pukul 10 malam, 22 Mei 2014.

Dia didakwa menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan.

Rayer turut didakwa atas pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota UMNO dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh memecahkan keamanan awam, di tempat dan pada masa serta tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Setelah proses penghakiman berjalan maka Hakim Roslan Hamid membuat keputusan dan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, di akhir kes pendakwaan.

Roslan dalam penghakimannya berkata perkataan yang digunakan oleh tertuduh tidak membuktikan kecenderungan untuk menghasut.

"UMNO bukanlah satu kaum, tetapi merupakan sebuah parti politik, dengan ini mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie dalam kes di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948," katanya.

Hakim itu turut melepaskan dan membebaskan Rayer yang juga seorang peguam daripada pertuduhan pilihan yang dihadapinya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana pihak pendakwaan turut gagal membuktikan elemen menghasut yang dibuat oleh tertuduh.

Sekarang MMI ulas apakah keputusan membebaskan R.S.N Rayer itu satu keputusan yang tepat !

PERTAMANYA tindakan Rayer mengeluarkan perkataan CELAKA itu adalah jelas ditujukan bukan sahaja kepada parti UMNO tetapi juga kepada pimpinan UMNO ! Malahan ianya dibuat secara berulang-ulang iaitu di dalam Sidang DUN dan juga dalam siri ceramahnya.

Lihat video di bawah ,





Bagaimana pula keputusan pihak terbabit boleh menidakkan cercaan Rayer terhadap pemimpin UMNO yang berbangsa Melayu ? 

KEDUANYA keputusan yang mengatakan bahawa parti UMNO bukan satu kaum tetapi merupakan sebuah parti politik !

Sedarkah mereka-mereka itu bahawa UMNO adalah parti politik yang mempunyai keahlian 3 juta orang ahli dan kesemuanya terdiri daripada bangsa Melayu ? Dalam konteks ini , menghina dan mencerca UMNO samalah seperti mana menghina dan mencerca orang-orang Melayu !

Dan sesuatu yang pasti KEPUTUSAN ini secara tidak langsung telah memberikan ruang dan peluang kepada semua pihak untuk menghina dan mencerca parti-parti politik lain dengan ungkapan dan perkataan yang mungkin sama dengan apa yang R.S.N Rayer lakukan atau jauh lebih teruk dari itu.

Jadi adakah ianya memberikan satu kebebasan kepada mana-mana pihak sekalipun selepas ini untuk menghina pula parti-parti politik yang lain ?

KETIGA sedarkah pihak tersebut bahawa apa yang dilakukan oleh R.S.N Rayer itu merupakan tindakan menghasut dan kesannya telah menyebabkan berlakunya cercaan dan penghinaan daripada pihak lain pula ?


Malah dalam contoh diatas pihak yang sebelum itu tidak terbabit sudahpun dibabitkan seperti penggunaan perkataan SULTAN , ORANG MELAYU dan semua yang berlaku itu atas kapasiti penghasut memainkan sentimen CELAKA UMNO yang tidak merujuk kepada satu-satu kaum seperti mana yang diputuskan oleh pihak mahkamah ! 

Apakah itu benar ?

KEEMPAT disebabkan penghinaan dan cercaan tersebut , sebahagian daripada orang-orang UMNO dan MELAYU telah merasai kesannya.Dalam kontkes ini ia telah mengakibatkan wujudnya rasa tidak senang dan selesa malah timbul rasa marah yang telah menyebabkan kehidupan seharian mereka terganggu.

Kesemua rasa dan perasaan itu juga adalah kesan daripada tindakan CELAKA R.S.N Rayer sehingga menyebabkan Rayer di cabar di Sidang DUN !



Tahukah para hakim bahawa kejadian diatas berlaku akibat daripada tindakan R.S.N Rayer ? Insiden dalam rakaman diatas tidak akan berlaku sekiranya ADUN terbabit faham dan menghormati parti UMNO dan sensitiviti satu-satu kaum.

Dan sesuatu yang seharusnya difahami oleh pihak penghakiman adalah R.S.N Rayer merupakan seorang ahli politik dan beliau sememangnya tahu dan sedia maklum bahawa penghinaan sedemikian akan mengundang kepada rasa marah pihak-pihak terlibat.

Kenapa masih lakukannya ? Simple , untuk menghina orang Melayu !

Apa pun yang berlaku , keputusan membebaskan Rayer amat tidak relevan apatah lagi dalam tempoh masa 5 ke 10 tahun kebelakangan ini , Malaysia secara sedar ataupun tidak telah berdepan dengan ancaman manipulasi maklumat sehingga mampu menjejaskan reputasi sesuatu pihak apatah lagi dalam soal melibatkan sensitiviti kaum.

Soal sensitiviti kaum adalah satu isu besar yang tidak seharusnya diambil mudah ! Jika kita membebaskan seseorang yang secara terang-terangan bertindak sedemikian kita sebenarnya sedang mengundang malapetaka yang jauh lebih dasyat dari itu.

Kes ini perlu di buka semula !

MMI

4 comments:

  1. Hakim tu yg celaka sebenar..melayu yg tidak mempunyai jati diri...entah entah bapanya memang PENYOKONG pembangkang..SIAL punya hakim

    ReplyDelete
  2. khianat dan derhaka ape beza?????? bahalu lah!!!!!

    ReplyDelete
  3. Tak payah layan sicelaka tu...
    Klu dh melampau sgt....tebas jer

    ReplyDelete
  4. Nampak muka pun menyampah... berbalik lah celaka kpd empunya diri ...

    ReplyDelete

Labels