Followers

Saturday, 30 April 2016

Pembohongan , Kerja Kotor & Fitnah Iringi Kempen DAP Di #PRNSarawak


Suasana kempen kem pembangkang di Sarawak kini dihiasi dengan rasa dengki , marah , dendam , fitnah , pembohongan dan kerja-kerja kotor yang digerakkan oleh jentera parti masing-masing.Sesuatu yang menariknya adalah hampir seratus peratus tindakan-tindakan sedemikian berlaku sesama parti dalam Pakatan Harapan.

Turut sama menerima tempiasnya adalah calon-calon BEBAS yang pada asalnya datang dari parti DAP !

Gambar atas menunjukkan bagaimana kerja-kerja kotor yang dilakukan oleh jentera parti DAP bagi menghalang kempen calon Bebas di DUN Pujut dan ianya diakui sendiri oleh salah seorang bekas ADUN DAP Teratai , Janice Lee .

Dalam kenyataannya Janice berkata taktik kempen DAP cukup kotor merujuk kepada satu insiden ketika beliau berkempen untuk calon bebas DUN Pujut, Fong Pau Teck.

“Malam ini apabila kita berceramah di pentas calon bebas Fong Pau Teck ahli-ahli DAP sengaja datang pasang baner besar dalam jarak 40 meter demi menghalang penduduk mendengar dan melihat muka Fong Pau Teck.

“Kita cakap baik-baik dengan mereka tetapi mereka tidak peduli.

“Dulu BN pun tak pernah buat begitu. Sangat sedih dimanakah quality ahlinya?,”katanya sambil melampir gambar di atas.Baca Selanjutnya 

Tidak cukup dengan itu , DAP turut melakukan pembohongan bersirinya apabila menyatakan kepada warga Sarawak kononnya kerajaan persekutuan akan naikkan kadar GST kepada 10% kalau BN menang di Sarawak manakala mengakui bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak mengenakan GST kepada warganya.

Satu pembohongan dan fitnah yang cukup memualkan !

Untuk makluman warga Sarawak khususnya , kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.

"Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan," katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau hari ini.

Najib yang beberapa hari berada di Sarawak untuk kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau mendengar khabar angin mengenai kenaikan kadar GST dan meminta rakyat tidak terpengaruh dengan pembohongan pihak pembangkang.

"Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik," katanya.sumber Bernama 

Antara yang menarik perhatian MMI adalah pembohongan kononnya kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak mengenakan GST ! Wehhh betul ka tu ????

Mai sini nak habaq bagi di Pulau Pinang sendiri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng yang terbabit dalam skandal pembelian banglo terlajak murah tu , kerajaan DAP dah lama kenakan cukai-cukai lain kepada rakyat di negeri tersebut.

Antaranya adalah CUKAI KATIL dan CUKAI KERUSI ! Itu belum masuk bab kenaikan mendadak 100% harga sewa gerai-gerai milik Majlis Perbandaran yang telah membebankan para peniaga !

Baca artikel berkaitan di SINI dan SINI .

Dalam banyak-banyak perkara kat atas tu , suka untuk MMI ingatkan seorang pemimpin di bawah pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang baru sahaja di sabitkan dengan kesalahan melakukan FITNAH terhadap 4 orang pemimpin UMNO.


Pemimpin tersebut kini telah pun diarahkan supaya membayar ganti rugi dan semua itu berlaku kerana sikap puak-puak pembangkang yang suka MEMFITNAH !

So agak-agaklah nak menipu pun , GST adalah undang-undang peringkat nasional dan Sarawak juga tertakluk seperti mana negeri-negeri lain.

Dan lebih penting MMI tahu rakyat Sarawak tak bodoh macam DAP tu !

Orang Penang kata MUSIBAT punya DAP !

MMI

1 comment:

  1. Kempen dapigs penuh tipu daya dan fitnah.Rasa2nya klu tak menipu tu bukanlah cina dapigs.
    Mrk dulu suruh ikut Singapore(gst) krn lbh telus.Bila dh ikut singapore ..mrk pulak bising.
    Mgkin suku sakat mrk ada yg tak dpt larikan cukai atau sembunyi stok brgn krn semuanya online.Tiada lagi kekayaan luarbiasa yg menyebabkan mrk anti gst.

    ReplyDelete

Labels