Followers

Sunday, 8 May 2016

PAN Selepas #PRNSarawak Mat Sabu Akan Terus Meraung !


Semuanya sudah selesai dan masing-masing kini sudah boleh mula memikirkan tentang perancangan ke depan.Pastinya Barisan Nasional yang baru sahaja menang dengan 72 kerusi akan terus memperkukuhkan pasukannya di bumi Sarawak apatah lagi dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang sudah pun teruji sebelum ini , rasanya Sarawak akan terus meningkat dalam semua sudut.

Jangan khuatir , kepercayaan yang telah diberikan kepada Barisan Nasional oleh warga Sarawak pastinya akan mendapat pulangan yang menguntungkan semua pihak.Tak perlu MMI ulas panjang lebar kerana sebaiknya episod politik pasca PRN di Sarawak di tutup dan buku baru pula harus di buka untuk segera menyusun gerak membangunkan bumi Sarawak.

Kepada Tan Sri Adenan Satem , TAHNIAH MMI ucapkan ! Teruskan maju ke depan pimpinanlah pasukan kamu sebaik-baiknya.

Dalam masa yang sama kita tidak harus melupakan tragedi yang telah melanda kem pembangkang sehingga menyebabkan mereka hilang arah tuju.Kesepakatan yang cuba ditonjolkan oleh Pakatan Harapan ternyata bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan.Perbezaannya ibarat bumi dan langit , benarlah kata orang tua-tua bercakap itu mudah tetapi melaksanakannya susah !

Situasi ini jelas berlaku dalam kem pembangkang sehingga wujudnya pemberontakan sesama sendiri yang akhirnya mengundang musibah.DAP dan PKR bukan sahaja mendapat malu tetapi diaibkan oleh majoriti pengundi dari semua bangsa akibat daripada tindak tanduk mereka sendiri.Baca sahaja artikel-artikel MMI sebelum ini rasanya banyak yang dah didedahkan.

Kali ini MMI mahu arahkan tumpuan kita terhadap parti PAN !

Parti serpihan PAS yang dikepalai oleh suku sakat mahupun kroni tegar DAP iaitu Mat Sabu ini bukan sahaja terheret dalam kemelut tersebut tetapi keadaan meruncing itu telah menyebabkan cubaan pertama kali PAN bertanding dalam PRN di Sarawak tinggal abu.

Hadir dengan matlamat dan agenda tersendiri walaupun lebih terarah kepada dasar-dasar DAP , PAN ternyata menjadi mangsa keadaan akibat daripada penolakan warga Sarawak terhadap politik membenci dan menghasut.

Semua calon PAN di 13 kerusi gagal untuk meraih sebarang keputusan yang boleh dijadikan sebagai pencetus semangat khususnya dalam tempoh masa mereka berdepan PRU 14.

Kekalahan yang cukup memalukan itu sewajarnya dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan Mat Sabu perlu sedar dan tahu bahawa PAN tidak akan mendapat tempat waima dalam PRU14 sekalipun kerana mereka kini tidak ubah sekadar melukut di tepi gantang.

Dalam kem Pakatan Harapan , kehadiran PAN sebenarnya hanyalah sebagai pengganti parti PAS yang dulunya menjadi jentera utama dalam tiap kempen pembangkang di Malaysia.

Apabila PAS sedar agenda DAP dan PKR untuk merubah dasar dan corak parti itu melalui gerakan bawah tanah yang dipimpin oleh Mat Sabu , maka diketika itulah wajah-wajah mereka yang dulunya bersembunyi di bawah ketayap dan nama Islam Semalaysia bangkit menyerlahkan wajah sebenar yang lebih mirip puak-puak cauvinis dan beragendakan politik duniawi.

Jauh berbeza dengan perjuangan dan dasar PAS selama ini !  

Serentak dengan itu jugalah maka berduyun-duyunlah agen-agen DAP dan PKR dalam PAS bertindak keluar daripada parti itu dan menubuhkan parti PAN.

Termasuklah tindakan terbaru parti PAS yang telah memecat keahlian Husam Musa kerana mengkritik dasar pentadbiran parti tersebut dan Husam dilihat lebih terarah kepada kumpulan Mat Sabu atau pro PAN !

So jangkaan MMI , Husam bakal menyertai PAN dalam sedikit masa lagi ....

Namun begitu hala tuju PAN pasti sukar selepas ini ! Kekalahan dalam cubaan pertama ini bakal memberikan impak yang cukup besar kepada parti serpihan itu memandangkan PAS bakal muncul menjadi pencabar utama kepada calon-calon PAN dalam PRU14 nanti.

Jika PAN mahu mengelak dari bertembung dengan PAS maka mereka perlu menyembah DAP dan PKR untuk memohon laluan kepada calon-calon mereka.

Mat Sabu perlu melutut untuk mendapatkan perkenan DAP dan PKR agar memberikan kerusi-kerusi milik parti itu kepada PAN.

Persoalanya apakah PAN yakin ruang itu akan wujud ? Kalau berdasarkan apa yang berlaku di Sarawak rasanya insiden bertanding sesama sendiri pasti berlaku lagi.

Selain daripada itu PAN khususnya Mat Sabu pastinya akan mempergunakan gerakan kempen Deklarasi Rakyat yang kini sedang bergerak di seluruh negara sebagai medium untuk terus berusaha mendapat sokongan akar umbi.

Hakikatnya kekeliruan sudah pun menjalar di kalangan akar umbi , apakah maksud perjuangan rakyat yang dimomokkan oleh penceramah-penceramah Deklarasi Rakyat sedang realitinya mereka masih berbeza parti dan fahaman politik ?

Apakah gerakan itu mampu muncul sebagai pilihan terkini yang harus rakyat pilih untuk menerajui negara ?

Agenda mereka samar hanya mahu menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri dan bukan mahu menukar kerajaan ! Itu kenyataan dan laungan Mat Sabu sendiri dalam tiap pentas ceramah Deklarasi Rakyat ! 

MMI sudah ikuti dan hadir sendiri dalam ceramah Deklarasi Rakyat dan apa yang dipertontonkan kepada rakyat amat tidak jelas.

Tuduhan mereka tidak relevan malah semua pemimpin pembangkang yang hadir dalam kempen tersebut sebenarnya punya agenda lain yang lebih terarah kepada kepentingan parti masing-masing bukan agenda sebenar untuk rakyat.

Kehadiran Tun Mahathir pun sebenarnya hanyalah sebagai tepung penaik , Tun dilihat lebih dipergunakan untuk menarik kehadiran orang ramai daripada menggunakan pentas Deklarasi Rakyat menjelaskan sejelas-jelasnya tiap tuduhan yang dibuat.

Apa yang boleh MMI rumuskan adalah laungan Deklarasi Rakyat tidak relevan dan ia lebih kepada retorik politik ala-ala gerakan reformasi !

So apa lagi yang ada pada PAN ?

Sesuatu yang rasanya perlu diingatkan adalah di waktu Mat Sabu masih lagi bersama dengan PAS , beliau antara pemimpin PAS yang begitu disayangi oleh DAP bahkan beliau telah diberikan pelbagai keistimewaan oleh DAP melebihi pimpinan-pimpinan PAS yang lain.

Apakah tindakan itu berlaku kerana Mat Sabu jauh lebih baik dari Hadi Awang ?

Haha rasanya tidak ! Semua yang berlaku itu bersebab dan kerana itulah apabila PAS mula sedar tentang gerakan bawah tanah DAP dan PKR yang boleh menggugat dasar dan hala tuju parti itu , manusia bernama Mat Sabu segera bangkit dan bertindak meninggalkan PAS seterusnya menubuhkan PAN yang kita tahu punya bayangan DAP di belakangnya.

Maka jelas agendanya bukan untuk rakyat apatah lagi dasar dan hala tuju yang mendekati Islam tetapi lebih kepada agenda peribadi untuk memastikan kestabilan KEISTIMEWAAN milik beliau kekal dan berterusan.

RM10 untuk perubahan ? Agak-agaklah Mat Sabu ....

MMI

1 comment:

  1. Apa yang anda harapkan daripada parti amanah@ parti badut.Badut mat sabu hanyalah seorang pelawak dan ber IQkan 37.Cuma lebih sedikit daripada chimpanzee yang ber IQkan 35.Jadi,secara logiknya parti amanah yang di tunjangi oleh badut yang di rejectkan oleh parti PAS tidak ada mana mana ruang dan sudut untuk bertanding baik kerusi adun maupin kerusi parlimen.

    ReplyDelete

Labels