Followers

Wednesday 18 May 2016

Lepas Ceraikan PAS , DAP Gila MEROYAN !!


Kalau orang yang bercerai ni selalunya mereka punya pilihan untuk rujuk kembali kalau keadaan selepas itu dilihat boleh dipulihkan.Dan selalunya mereka-mereka yang punya jiwa dan iman ni tak akan menjadikan nafsu sebagai pedoman dalam membuat keputusan.Sebab bila nafsu dah menguasai diri , seseorang itu akan hilang pertimbangan dan keputusan yang dibuat itu akan menjadi terburu-buru sehingga mendatangkan kemudaratan kemudiannya.

Samalah dengan cerita seterusnya ni , apabila seluruh negara dimomokkan dengan keputusan puak pembangkang tidak menjemput parti PAS bersama-sama dengan Pakatan Harapan maka ramai yang beranggapan inilah titik tolak kepada jalan penyatuan yang boleh direalisasikan melibatkan dua kumpulan orang-orang Melayu atas dasar Agama , Bangsa dan Negara.

Mungkin kerana tersedar betapa risikonya kalau PAS membuat keputusan untuk bersama dengan UMNO , segelintir kepimpinan dalam Pakatan Harapan mula mengitai ruang untuk cuba memujuk PAS agar kembali bersama Pakatan Harapan.

Malah tindakan salah seorangnya iaitu Azmin Ali yang kini dilihat sebagai tidak sealiran dengan DAP dan PAN menyebabkan kem pembangkang bergoncang.

Azmin sebelum ini telah menyarankan kepada Pakatan Harapan supaya ketiga-tiga parti tersebut tidak meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan alasan ianya merupakan kerusi parti PAS.

Tindakan ini dilakukan sebagai timbal balik Pakatan Harapan terhadap parti PAS dalam usaha untuk memujuk parti itu kembali bersama Pakatan Harapan.

Namun tindakan beliau ditolak.Baca artikel berkaitan di SINI 

Serentak dengan itu maka bertempik soraklah seluruh pimpinan DAP dan PAN mempertahankan keputusan mereka bahawa PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan.Justeru itu untuk PRK di Sunagi Besar dan Kuala Kangsar , DAP mahukan supaya PAN meletakkan calon mereka memandangkan kehadiran parti serpihan itu sebagai pengganti PAS melayakkan parti itu bertanding.


Mat Sabu terus tersengih dan semangat berkobar-kobar itu pastinya akan diterjemahkan dengan ungkapan dan ucapan caci maki berterusannya terhadap pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan mereka.

Itu serba sedikit cerita yang berlaku sesama parti-parti dalam kem pembangkang.

Apa yang MMI mahu jelaskan disini adalah selepas PAS dianggap sebagai parti luar dari Pakatan Harapan , DAP secara tiba-tiba mengecam sikap parti itu kerana masih kekal mahu bertanding.

Well the question is why ? Apa hak DAP untuk mengecam dan mempertikaikan keputusan PAS ?


Nga Kor Ming dalam kenyataannya mengecam sikap PAS yang disifatkannya terus berdegil mahu bertanding di kedua-dua PKR Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sedangkan, dakwa Nga, dalam Pakatan Harapan (PH) Perak Sabtu lalu, PH negeri telah membuat tawaran kepada parti Islam itu hanya bertanding di satu kerusi, sementara satu lagi kerusi ditandingi PH.

“Tawaran terbuka itu adalah keputusan sebulat suara Pakatan Perak dan penuh dengan keikhlasan.

“Jika PAS benar-benar serius untuk mengalahkan UMNO, mereka sewajarnya membuat pertimbangan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka, bukan bersikap angkuh minta parti lain ukur baju atas badan sendiri,” katanya.

Nga berkata, PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah referendum terbaik rakyat bagi menunjukkan kuasa undi mereka dalam keadaan konflik melibatkan kepimpinan negara.

“PAS perlu bersikap rasional supaya ia tidak merugikan usaha Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN, keengganan PAS kembali ke meja rundingan dilihat hanya merugikan pakatan pembangkang,” katanya. 

Hahaha dengan izin ya .... Apa kejadah puak-puak DAP ni ? Main ikut sedap kata mak bapak dia ja !!!

Untuk rekod MMI bukan back up PAS tapi senario yang berlaku ni semacam drama swasta !

Apa hal lu nak sound-sound PAS ? Bukankah awal-awal lagi kamu (DAP , PKR & PAN ) dah sebulat suara mengatakan bahawa PAS tidak dijemput seterusnya bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan ?

Jadi apa jua keputusan PAS tu jangan dok menyibuklah bro !!!!!!

Alahai punya benak , ingat semua benda DAP punya ka ?

Dan lebih menarik lagi apabila PAS melalui wakil mereka membalas kenyataan dungu Nga Kor Ming. 

Jangan menyibuk !

Itu kesimpulan jawapan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada DAP malah menurut beliau lagi  PAS bukan di dalam Pakatan Harapan (PH) yang perlu mengikut telunjuk atau desakan DAP.

Tegasnya, untuk menyerahkan kerusi yang tradisinya ditandingi oleh PAS kepada AMANAH adalah tidak mungkin sama sekali.

“PAS sangat bersetuju satu lawan satu, tetapi tak mungkin PAS nak beri kerusi (Sungai Besar) milik PAS (kepada AMANAH).

“PH tak perlu masuk bertanding di kedua-dua kerusi. Tak mungkin PAS nak serahkan kerusi PAS kepada AMANAH, tak mungkin,” kata Tuan Ibrahim menjawab gesaan DAP supaya PAS hanya bertanding di Kuala Kangsar dan AMANAH di Sungai Besar.

Menurut Tuan Ibrahim, PH sepatutnya kena mengambil pengajaran daripada sikap mementingkan diri DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu.

Parti DAP sendiri katanya tidak pandai berkompromi ketika PRN tersebut jadi mengapa kini  mahu mengajar PAS untuk berkompormi?

“Kalau DAP Sarawak pun tak boleh berkompromi dengan PKR, tak mungkin PAS nak bagi kerusi PAS.

“Saya harap blok pembangkang sedar kerusi yang dipunyai oleh PAS tidak perlu diganggu oleh  mereka,” katanya. 

Nah ambik sebiji ! Bodohnya DAP sampai ke tahap Keldai ....

Budak tadika pun rasanya boleh faham , bila dah tak mau berkawan tu tak payah lah nak mai ajar sana ajar sini .. depa punya sukalah weiii !!!!

Nampak tak betapa sikap angkuh dan sombong DAP itu sentiasa melekat di jiwa dan sanubari puak-puak cauvinis ni ? 

Mereka tak pernah pedulikan orang lain melainkan untuk kepentingan diri sendiri.

Kepada PAS bertandinglah elok-elok , kalau MMI kata jangan bertanding nanti macam-macam isu pulak jadi kita biar demokrasi menjadi penentu.Lagi pun tak salah PAS bertanding dengan BN sebab kedua-dua kerusi tu adalah milik mereka sebelum ini.

BN sebagai penyandang pula pastinya akan berusaha untuk mempertahankan kerusi tersebut so tak payah ribut-ribut sangat DAP oooiii !

Selesaikan dulu skandal Guan Eng nooo !!!

Pssstt ada dengar-dengar kata DAP nanti bertanding di Kuala Kangsar ! Betul ker ???

MMI

1 comment:

  1. Democracy means anybody can participate in any poll. What's going on DAP, PKR, PAN? PAS has every right to stand for the poll.

    ReplyDelete

Labels