Followers

Sunday 15 May 2016

PANAZZ AZMIN PUNCA Keretakan Dalam Pakatan Haprak !


Agaknya apa yang dibualkan oleh ketiga-tiga kepala pembangkang diatas ? Apakah ianya berkisar tentang keperluan rakyat atau lebih kepada permasalahan dalaman yang kini melanda kumpulan yang mengaku sebagai satu pakatan itu ?

Kalau kita amati akhir-akhir ini kem pembangkang semacam diserang histeria , semenjak PRN Sarawak sehinggalah ke hari ini pelbagai isu timbul sama ada melibatkan kepimpinan tertinggi parti-parti dalam Pakatan Harapan atau wakil-wakil mereka di seluruh tanah air.

Malahan sudah ada diantara mereka yang telah pun bertindak keluar parti disebabkan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan dan semua itu menjelaskan kepada kita bahawa agenda politik kepartian jauh mengatasi agenda rakyat.

Dalam suasana PRK yang bakal diadakan pada bulan Jun nanti , kem pembangkang nampaknya terus berantakan malahan parti yang baru setahun jagung ditubuhkan dilihat lebih terkinja-kinja daripada yang lain.

Mat Sabu kini meraung-raung mempertahankan apa yang beliau yakini adalah hak partinya dengan alasan kehadiran PAN bersama Pakatan Harapan adalah pengganti kepada parti PAS yang kini dilihat tidak lagi bersetuju dengan dasar-dasar Pakatan Harapan.

Apa jua keputusan sekalipun Mat Sabu akan pastikan calon-calon dari PAN akan bertanding di kedua-dua kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Apatah lagi sokongan daripada DAP yang sejak dari awal sudah pun memberikan isyarat supaya PAN meletakkan calonnya terus menjadi pembakar semangat untuk Mat Sabu merealisasikan impian peribadinya untuk sekurang-kurangnya mencipta sesuatu sebelum tirai PRU 14 di buka.

Jika ada bunyi-bunyi yang mengatakan Pakatan Harapan akan memutuskan untuk menentukan parti mana yang bakal dipilih untuk bertanding , ianya adalah retorik semata-mata.Tidak ada istilah menentukan kerana PAN hampir pasti bertanding di kedua-dua kerusi tersebut.

Namun ada sesuatu yang jauh lebih menarik sedang berlaku dalam Pakatan Harapan hari ini.Perbezaan pendapat antara Azmin dan pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan yang lainnya terus berlaku seolah-olah memberikan kita isyarat bahawa insiden di bumi Sarawak kemungkinan besar akan berulang.

Menurut sumber dikatakan Azmin telah menyarankan kepada Pakatan Harapan supaya ketiga-tiga parti tersebut tidak meletakkan calon di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan alasan ianya merupakan kerusi parti PAS.

Tindakan ini dilakukan sebagai timbal balik Pakatan Harapan terhadap parti PAS dalam usaha untuk memujuk parti itu kembali bersama Pakatan Harapan.


Namun cadangan Azmin ditolak dan Mat Sabulah yang paling kuat bersuara mempertahankan keputusan menolak PAS kerana  parti itu tidak lagi bersama Pakatan Harapan.Secara mudahnya memanglah Mat Sabu akan bertempik kerana beliau sendiri sedar dan tahu jika PAS kembali bersama Pakatan Harapan , kedudukan PAN akan terjejas.

Kerana itulah maka berlakunya serangan bertali arus yang kini disasarkan terhadap Azmin Ali oleh jentera-jentera siber PAN yang mahu supaya imej Menteri Besar Selangor itu terjejas.

Semua ini dilakukan dengan pelbagai sebab antaranya Azmin dikatakan sedang berusaha untuk menghapuskan karier politik PAN dan diberitakan Menteri Besar Selangor itu turut mahu meletakkan calon daripada PKR seperti mana yang beliau lakukan sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini sehingga mengakibatkan pertembungan sesama sendiri.

Serangan terhadap Azmin Ali oleh jentera siber PAN ...



Persoalannya kenapa serangan ini berlaku ? Mengapa Azmin sejak kebelakangan ini dilihat lebih banyak berbeza pendapat dengan rakan segandingannya dalam Pakatan Harapan ?

Berdasarkan kepada pemerhatian MMI , Azmin mempunyai agenda peribadi yang tersendiri untuk PKR.Beliau mempunyai perancangan yang jauh mengatasi kedudukannya sebagai Timbalan Presiden parti dan kerana itulah dalam beberapa perkara tindakannya lebih banyak melangkaui presiden sendiri.

Apakah Azmin bercita-cita untuk mencabar Wan Azizah seterusnya merampas kedudukan Presiden PKR ?

Apa yang boleh MMI katakan adalah Azmin sememangnya mempunyai pasukan tersendiri dan mereka-mereka ini berada di seluruh negara.Namun ianya masih di peringkat awal dan beliau masih lagi berdepan dengan permasalahan dalaman yang memungkinkan beliau hilang kedudukan sebagai Menteri Besar selepas ini.

Dalam masa yang sama hubungan beliau dengan DAP khususnya tidak lagi seperti dulu.Semuanya kerana tindakan beliau pada PRN Sarawak dan DAP dilihat tidak akan sesekali tunduk kepada Azmin memandangkan parti cauvinis itu kini memiliki PAN dan juga sebahagian lagi daripada PKR.

Oleh yang demikian , kebimbangan Azmin dengan semua situasi itu telah menyebabkan beliau mengambil tindakan berhati-hati dengan cuba memujuk PAS kembali bersama Pakatan Harapan kerana beliau tahu PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh beliau pergunakan untuk kepentingan politiknya.

Rumusannya kem pembangkang kini diserapi dengan rasa SANGSI sesama sendiri dan mereka mula hilang kepercayaan antara satu sama lain.Apa yang mungkin cuba ditunjukkan kepada kita hanyalah retorik politik untuk menagih simpati sedang hakikatnya Pakatan Harapan sedang berantakan !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels