Followers

Saturday 21 May 2016

Wayang Makin Hebat Di Selangor , Alahai Azmin !!

 

Sebelum ini Menteri Besar , Azmin Ali dilaporkan telah menyangkal tuduhan kononnya beliau telah memberi kata dua kepada wakil PAS yang kini bersama dalam saf pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Tuduhan tu bukan cerita biasa-biasa sebab Azmin dikatakan akan menyingkirkan wakil-wakil PAS tersebut sekiranya parti itu masih berdegil untuk terus bertanding di kerusi Sungai Besar.

Jadi kecohlah seketika kerana isu tersebut jelas mengulangi episod berantakan kem pembangkang sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini.Jika di Sarawak pembangkang bertikam lidah sesama sendiri kerana keegoan masing-masing selain daripada nafsu yang membuak-buak untuk berkuasa , bibit-bibit yang sama nampaknya akan berulang di Sungai Besar.

PAS sejak dari awal lagi telah pun mengesahkan mereka akan meletakkan calon untuk bertanding sehingga mengakibatkan pergeseran antara PAS dan DAP semakin tegang.Malah pemimpin PAS turut menempelak DAP supaya jangan memandai-mandai nak mengajar parti itu sebab DAP sendiri pun gagal di Sarawak.

DAP pula mengekalkan tradisinya untuk menjadi kepala mafia dan semua parti-parti pembangkang mestilah akur kepada kehendak mereka.

Akibatnya macam-macam isu timbul sampaikan PAN menyerang Azmin Ali disebabkan PKR melalui Azmin dilihat cuba berlembut apabila mencadangkan supaya Pakatan Harapan memberikan laluan kepada PAS untuk bertanding di Sungai Besar.

Dalam masa yang sama Azmin kini bukanlah antara pemimpin yang dipercayai DAP memandangkan isu yang berlaku di Sarawak.Apatah lagi dalam keadaan terkini , mesej daripada Anwar yang mahukan supaya pemimpin PKR agar berhati-hati dengan gerakan Tun M yang dilihatnya mempunyai agenda yang membolehkan kehadiran Pakatan Harapan dalam kancah politik Malaysia longlai.

Azmin semestinya menjadi perhatian puak-puak pembangkang sendiri kerana dilihat begitu konsisten bersama gerakan Tun M sehingga ada cerita-cerita mengatakan sesuatu sedang disusun yang membolehkan Azmin menongkah takhta sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya gerakan menjatuhkan Najib berjaya.

Situasi ini semestinya menjadi ancaman kepada pihak-pihak tertentu khususnya dari dalam Pakatan Harapan sendiri dan mereka kini dilihat mula berhati-hati.

Sesuatu yang pasti adalah PAS melalui wakil mereka kemudiannya mengesahkan bahawa sememangnya Azmin telah memberikan kata dua kepada PAS !

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya. 

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar. 

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka 

“Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia ‘melibas’ semua orang termasuk Presiden PAS,” katanya. 

Inilah bukti apa yang MMI sebutkan diatas sana adalah BENAR !

Azmin kini sedang diperhatikan dan beliau turut ditekan oleh Pakatan Harapan sendiri khususnya DAP dan PKR sendiri pun secara tidak langsung sedang berpecah kepada 2 kumpulan iaitu kem Wan Azizah dan Kem Azmin.

Perpecahan kepada 2 kumpulan dalam PKR ini sedikit sebanyak kerana 2 sebab.

1.Sikap Azmin yang membelakangkan Wan Azizah selaku Presiden parti sewaktu PRN Sarawak sehingga berlakunya pertindihan kerusi.

2.Isyarat dari dalam penjara supaya PKR berhati-hati dengan gerakan Tun M yang secara tidak langsung mengheret Azmin sebagai pihak yang tertuduh memandangkan kerjasama dan road tour Azmin bersama Tun M dalam Deklarasi Rakyat.

Paling menarik adalah tindakan Rafizi Ramli yang dilihat cuba menyerang reputasi kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Azmin Ali. KLIK SINI 

Jika sebelum ini pendedahan yang dibuat berkaitan satu penyebaran tentang umpan ranjang di Selangor tidak mendapat reaksi dari Rafizi sendiri.Kini segalanya sudah terjawab bahawa penyebaran itu adalah BENAR dan ianya disuarakan sendiri oleh Rafizi.

Rafizi mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

"Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.

"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau dalam kenyataan. 

Walaupun kenyataan Rafizi itu cuba untuk menepis persepsi yang kini sedang bertiup kencang bahawa memang berlaku unsur-unsur habuan tersebut dalam kerajaan negeri Selangor , ianya tidak membantu memulihkan keadaan.

Ramai yang telah sedar betapa pemimpin pembangkang lebih banyak menipu dan putar belit !

Bagi MMI apa jua yang diperkatakan oleh puak-puak pembangkang ni , kita seharusnya lebih bijak untuk menilai.

Ini bukan setakat perang mulut sesama parti dalam Pakatan Harapan tetapi satu lagi WAYANG politik yang sedang dipertontonkan kepada rakyat.

Mereka sedang berusaha untuk mengenengahkan PAN sebagai wakil mereka tetapi Azmin dilihat menjadi barah dengan dasar dan pendirian sebaliknya kerana kepentingan kedudukan Azmin di Selangor.

Pesan MMI kepada BN , sama ada ia bakal memberikan impak negatif kepada pembangkang atau pun tidak BN perlu fokus kepada perancangan yang teliti dan berhati-hati.

Kemaskan jentera serta pastikan tidak ada pengkianat parti yang boleh menjadi penyebab kepada keputusan sebaliknya.

Apa yang boleh MMI katakan dari pengamatan setakat ini WAYANG ini akan semakin hebat !

Baca juga artikel berkaitan ,



MMI

No comments:

Post a Comment

Labels