Followers

Sunday, 12 June 2016

Anak Muda Terus DiDekati #PRKKualaKangsar #KekalBN


Suasana di PRK Kuala Kangsar mula rancak dengan segala gerak kerja untuk memastikan calon BN Datin Mastura Yazid dipilih sebagai Ahli Parlimen yang baru menggantikan bekas penyandang yang juga bekas suaminya Dato Wan Khair-il yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak.

Walaupun berdepan dengan bulan ramadhan di mana petugas-petugas dan seluruh jentera BN perlu berpuasa , ianya tidak pernah melunturkan semangat mereka malah memasuki hari keempat berkempen usaha terus dipergiatkan.

Terkini satu lagi program khusus untuk anak-anak muda bakal menerjah Kuala Kangsar.

Program Ekspresi Anak Muda : Pembangunan Usahawan Belia yang diilhamkan oleh Kementerian Belia & Sukan dan Majlis Belia Malaysia ini bakal menemui semua pada 12 Jun 2016 Ahad ini.

Untuk rekod Program Eskpresi Anak Muda: Pembangunan Usahawan Belia ini menyediakan pakej kepada para belia bagi memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing. 

Program yang turut sama disertai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ini meliputi kursus, latihan, seminar dan peluang perniagaan dalam usaha pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan perniagaan. 

Komponen Program usahawan yang dikendalikan ini turut mementingkan kepada pewujudan usahawan dan peningkatan dan pengukuhan usahawan.

Antara strategi utamanya adalah ;

1.Mengadakan kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan  

2.Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan / perdagangan

3.Menyediakan insentif bagi peningkatan untuk usahawan baru dan sedia ada bagi membolehkan mereka memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan   

4.Mengenal pasti peluang usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan iaitu skim kedai runcit bergerak yang dikenali sebagai Kedai Jimat

Selain daripada menawarkan pelbagai peluang , program ini juga mensasarkan kepada 4 objektif utama iaitu ;

1.Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya. 

2.Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan.   

3.Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing – masing. 

4.Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mampu bersaing di pasaran terbuka. 

Program yang bakal dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia , YB Khairy Jamaluddin ini juga bakal menawarkan pilot projek yang cukup menarik.

Jangka masa bagi Pilot Projek adalah 1 Tahun bermula Jun 2016 hingga Mei 2017. Pilot Projek ini dinamakan Kedai Jimat dimana kedai jimat ini akan beroperasi secara  bergerak dan diuruskan oleh usahawan terpilih. Sebanyak 3 unit Kedai Jimat akan beroperasi semasa pilot projek pada kali ini bagi mendapatkan maklumat mengenai cara pengurusan, pendapatan, serta topografi keperluan penduduk setempat.

Selain daripada itu program yang menyasarkan kepada bumiputera yang berminat dalam perniagaan berusia 18 hingga 40 tahun dan mempunyai minat dalam dunia perniagaan ini turut menyediakan kursus pembangunan usahawan yang akan diadakan sebanyak 4 kursus setahun bagi para belia serta sharing session daripada peserta pilot projek tersebut.
  
Kepada seluruh warga belia dan anak-anak muda di Kuala Kangsar , jangan lepaskan peluang terbaik ini kerana ia di bawa terus kepada anda oleh Kementerian Belia & Sukan sejajar dengan matlamatnya untuk melatih , membimbing dan membuka peluang untuk mewujudkan usahawan baru dari kalangan belia serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada.

2 comments:

  1. Hipokrit nya sikap Tun M.

    Dia pakai jet peribadi kerajaan boleh.. Rosmah shj yang tak boleh.???



    http://theflyingkick.blogspot.my/2016/06/hebat-sikap-berjimat-yang-tun-dr.html

    ReplyDelete
  2. #PRKTelukIntan : Transformasi Teluk Intan akujanji BN #ManifestoBN
    BERDEDIKASI, BERPENGALAMAN, KOMITED
    RANCANGAN PEMBANGUNAN TELUK INTAN OLEH MAH SIEW KEONG

    MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI TEMPATAN

    ��Lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda

    ��Teluk Intan sebagai “Agri-hub” Hilir Perak

    ��Menarik pelaburan khasnya dalam bidang perkilangan & pembuatan.

    PELANCONGAN

    *Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO

    *Teluk Intan sebagai “pusat makanan” Hilir Perak

    *Projek pembangunan bersepadu tebing sungai (Integrated riverfront development)

    KOMUNITI

    *Pusat komuniti di setiap taman dan kampung

    *Kompleks sukan bersepadu di Changkat Jong & Pasir Bedamar

    *Lebih gelanggang FUTSAL 1Malaysia

    *Zon wifi dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas

    *Sebuah Universiti untuk Teluk Intan

    *Rumah mampu milik melalui PR1MA

    *Bekalan air, pengairan & saluran yang lebih mantap

    "BERSAMA-SAMA KITA MENTRANSFORMASIKAN TELUK INTAN"
    UNDILAH BN
    berapa yang dah! cam jamban manong - 15 tahun janji

    ReplyDelete

Labels