Followers

Monday, 20 June 2016

Transformasi BN & Perubahan Selepas Ini !! #PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar


Kedatangan Syawal pada tahun ini pastinya akan lebih diingati sebagai yang paling menarik bagi seluruh pendokong dan penyokong Barisan Nasional.Kemenangan bergaya BN di 2 PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar cukup bermakna dan pengalamannya sukar diganti dengan mana-mana PRK yang lain.

Hadir di waktu umat Islam bakal menunaikan ibadah berpuasa dan berakhir dalam jangka masa umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri memberikan kita satu perasaan yang cukup berbeza.

Sejak hari mula lagi ramai yang tidak menaruh harapan BN mampu melakar keputusan terbaik di Kuala Kangsar apabila calon yang diketengahkan tidak dapat berkempen kerana tuntutan agama yang membataskan pergerakannya.

Ramai dikalangan mereka lebih mengharapkan agar BN menang tanpa meletakkan sebarang sasaran undi.Dari pemerhatian MMI sendiri , ianya barangkali ada kena mengena dengan sikap orang-orang BN sendiri yang lebih terarah kepada kaedah lama yang dibawa dari satu generasi ke satu generasi.

Mereka agak sukar untuk menerima perubahan secara drastik dan berusaha untuk bergerak dalam perubahan yang sudah tentu memerlukan sedikit pengorbanan dari segi masa , tenaga , buah fikiran , dan keringat.

Namun setelah beberapa hari proses kempen berjalan , BN tampil dengan keupayaan dan momentum terbaik.Kaedah dan cara gerak kerja kempen BN telah diupgrade dengan sebaiknya , semua jentera tanpa mengira latar belakang telah dapat menerima suasana kempen tanpa calon.

Kehadiran pemimpin BN dan program-program yang disusun di seluruh kawasan benar-benar membuka ruang dan peluang kepada warga Kuala Kangsar untuk melihat betapa komitednya BN untuk terus berkhidmat di Kuala Kangsar.

Malah anak-anak calon yang sentiasa turun kawasan bersama pimpinan-pimpinan BN juga memberikan kredit kepada BN memandangkan sikap mereka yang "humble" seperti mana ibu mereka Datin Mastura Yazid.

Kesungguhan dan kerja keras seluruh jentera BN kali ini bukan sahaja mendapat kepercayaan warga Kuala Kangsar tetapi turut menenggelamkan kempen pembangkang yang dilihat hilang fokus.

Kehadiran PAN dengan sokongan jitu parti cauvinis DAP dapat dilihat dengan cukup jelas !

Di mana ada PAN di situlah ada DAP dan tak perlu kita dedahkan gambar-gambar kerana seluruh warga Kuala Kangsar dapat melihat sendiri bagaimana kaitan kedua-dua parti pembangkang itu seolah-olah tidak mampu berpisah.

Malah usaha Tun M melalui gerakan deklarasi rakyat yang ditolak penduduk Kuala Kangsar secara tidak langsung telah memberikan kelebihan kepada BN sehingga mampu meraih majoriti tinggi.

Pembangkang ternyata hilang arah memandangkan perpecahan yang berlaku sesama mereka telah menjadi virus yang cukup membinasakan.

PAS pula walaupun tidak bersama BN tetapi turut tidak bersama dengan parti-parti yang bersama dalam Pakatan Haprak dan kerana itu berlakulah perpecahan undi yang cukup ketara sehingga menyebabkan kekalahan parti pembangkang di Kuala Kangsar.

Walaupun ada beberapa kelemahan , MMI secara peribadi memberikan pujian kepada sikap toleransi dan kerjasama sesama jentera BN sama ada melibatkan sayap-sayap , komponen dan semua saluran media termasuklah media siber di Kuala Kangsar.

Percaya atau tidak kerana sikap kerjasama dan toleransi inilah maka gerak kerja dapat dilakukan dengan tersusun dan memberikan impak yang berkesan bukan sahaja kepada imej BN tetapi juga peningkatan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Walaupun begitu MMI ingin tegaskan kepada semua supaya jangan sesekali kita lupa daratan , berpijaklah di bumi nyata betapa keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar masih lagi punya kelemahan.

Apakah kemenangan BN di kedua-dua kawasan parlimen ini benar-benar boleh diterjemahkan kepada kemenangan yang disebabkan oleh pemulihan, penerimaan balik rakyat atau kekuatan parti BN itu sendiri?

Analisa Blogger Dr MiM dengan jelas memberikan kita gambaran betapa banyak lagi kerja-kerja dan usaha perlu dilakukan. Baca sini UNDI SEBENARNYA : DI SEBALIK KEMENANGAN BN DI KUALA KANGSAR & SUNGAI BESAR 

Belajarlah dari kesilapan dan kelemahan ini kerana hala tuju kita masih jauh dan ianya bukanlah sesuatu yang boleh kita main-mainkan. 

Sebagai sebahagian daripada orang kecil dalam menyumbang kepada keutuhan BN , MMI yakin usaha berterusan itu perlu seperti mana kita perlu membuka ruang seluas-luasnya untuk menerima kaedah dan pendekatan baharu.

PRU14 bukanlah medan biasa , ianya dipenuhi dengan pelbagai rintangan yang cukup mencabar.Segala persediaan ke arah itu perlulah bermula dari sekarang kerana kita sudah tidak punya banyak masa.

Gagal untuk menerima PERUBAHAN dan gagal untuk mengoptimunkan perkembangan dunia teknologi dengan asas gerak kerja akar umbi pastinya akan mengundang bala besar bukan sahaja kepada BN tetapi juga kepada negara.

Apa pun dikesempatan ini MMI ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas buat SEMUA jentera media siber yang telah bertungkus-lumus membantu kempen BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kita punya jiwa yang sama !!

MMI

1 comment:

  1. Cara paling mudah untuk BN bertransformasi....

    Tukar PM Lanun Bugis!!!!

    ReplyDelete

Labels