Sesuatu yang pasti tanpa perancangan dan usaha berterusan daripada kerajaan Barisan Nasional sebelum ini , Pulau Pinang belum tentu boleh sampai ke tahap hari ini.Semua pihak dapat melihat dengan jelas bagaimana Pulau Pinang dibangunkan daripada sebuah negeri yang hanya mempunyai nilai-nilai pelancongan dan catatan sejarah berubah menjadi sebuah negeri industri.
Perkembangan dan perubahan itu berlaku dengan begitu pantas sekali justeru ia membuktikan betapa perancangan dan komitmen kerajaan Barisan Nasional sebelum ini adalah tepat.Beribu-ribu peluang pekerjaan dapat disediakan bukan sahaja kepada warga Pulau Pinang tetapi turut memberikan manafaat kepada seluruh warga Malaysia.
Serentak dengan itulah perubahan demi perubahan berlaku di Pulau Pinang , sama ada di sebelah bahagian pulau mahupun Seberang Perai.Perkembangan yang kemudiannya membuka ruang dan peluang kepada wujudnya kawasan komersial dan perumahan yang secara tidak langsung memberikan impak yang cukup besar kepada kedudukan ekonomi Pulau Mutiara.
Namun setelah tampuk kerajaan negeri Pulau Pinang berubah hala kepada pembangkang yang dikepalai oleh DAP , kita dapat melihat bagaimana impak perkembangan dan pembangunan itu mula longgar khususnya kepada rakyat.
Kelemahan paling ketara sekali apabila kerajaan DAP dilihat GAGAL untuk merancang dan berusaha untuk memastikan kesemua elemen yang selama ini menjadi nadi kepada pembangunan Pulau Pinang dinilai dan diberi nilai tambah.
Tanpa sebarang usaha yang terancang sudah semestinya akan berlaku jurang perbezaan yang akan menyebabkan berlaku kegagalan dibeberapa sektor tertentu.
Dengan polisi CAT yang kini diibaratkan sebagai Capati , Apom dan Tosai itu akhirnya rakyat marhain mula menerima kesannya.Pembangunan yang tidak setara apabila rumah-rumah kediaman bernilai jutaan ringgit mengatasi rumah-rumah mampu milik membuktikan kepada kita betapa kerajaan DAP di Pulau Pinang bukanlah sebuah kerajaan yang bijak merancang.
Sebagai sebuah negeri industri sewajarnya kerajaan DAP lebih memberikan penumpuan kepada pembinaan rumah-rumah mampu milik memandangkan ratusan ribu pekerja bawahan yang berpendapatan kurang dari RM2 ribu ringgit adalah tinggi.
Soalnya apakah yang dilakukan oleh kerajaan DAP selama ini ?
Sedarkah Guan Eng bahawa kesan daripada kegagalan itu akan memberikan impak yang besar kepada industri.Apabila ramai dari kalangan pekerja bawahan tertekan maka mereka pastinya akan berusaha untuk mencari peluang-peluang baru yang memberikan mereka pendapatan yang lebih tinggi.
Justeru itu mereka akan memilih industri atau majikan yang mampu memberikan peluang tersebut dan apabila ini berlaku ianya akan memberikan kesan kepada industri lain yang tidak mampu memenuhi permintaan !
Sesuatu yang pasti Kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya telah diselamatkan oleh dasar kerajaan Barisan Nasional apabila akta gaji minumum diperkenalkan.Bayangkan jika akta tersebut tidak diperkenalkan ?
Sudah tentulah ramai dari kalangan pekerja bawahan ini sama ada terus dipergunakan atau angkat kaki dan jika itu berlaku dah lama rasanya sektor industri di Pulau Pinang gulung tikar.
Kini kita mula mendengar berita tentang beberapa kilang utama di Pulau Pinang bakal menamatkan operasi mereka.
Apakah yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat ?
Berilah apa jua alasan sekalipun , MMI yakin semua itu berlaku kerana permintaan dan penawaran.
Dengan kos yang semakin meningkat dan penawaran daripada negara-negara lain yang kini sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan pelabur di negara masing-masing sudah tentulah syarikat-syarikat gergasi ini akan berfikir dua kali.
Disinilah kita dapat melihat KEGAGALAN paling utama kerajaan DAP di Pulau Pinang !
Sebagai sebuah kerajaan negeri , sewajarnya mereka tampil dengan beberapa rancangan dan pelan untuk memastikan syarikat-syarikat gergasi ini terus mengekalkan pelaburan mereka.
BERTINDAKLAH dengan profesional , rujuklah pihak Kementerian terlibat dan jalinkan usahasama dengan Kerajaan Persekutuan agar kita dapat memastikan rakyat tidak hilang punca pendapatan.
Dan jika dasar dan prinsip kerajaan DAP di Pulau Pinang adalah benar-benar untuk RAKYAT , mereka seharusnya mengekang tindakan penutupan operasi kilang-kilang terbabit.Bukan hanya memberikan alasan tanpa berbuat apa-apa !
Yang menyedihkan sekali adalah kerajaan DAP di Pulau Pinang lebih terarah kepada mengaut keuntungan sendiri.Lihat sahaja isu pembinaan terowong dan jambatan ketiga yang sehingga kini masih lagi menjadi misteri walaupun mereka sudah membelanjakan sebanyak RM305 juta WANG RAKYAT Pulau Pinang !
Dan kalau kita lihat kepada perancangan licik DAP itu sendiri pun kita tahu bahawa mereka bukan merancangan untuk kepentingan rakyat sebaliknya untuk kepentingan dan keuntungan sendiri.
BUKTINYA untuk apa mereka (DAP) terkejar-kejar dengan projek terowong dan jambatan ketiga di bahagian utara Pulau Pinang itu sedang masalah melibatkan industri nun jauh di selatan bahagian Pulau Pinang diabaikan sehinggakan berlakunya penutupan operasi kilang yang sudah tentu memberikan impak kepada warga marhain.
Paling memalukan sekali , sedang diwar-warkan kini bahawa kesan daripada pertuduhan kes melibatkan pembelian banglo terlajak murah Guan Eng dengan seorang ahli perniagaan dimahkamah merupakan antara alasan kenapa syarikat-syarikat gergasi ini mengambil langkah menutup operasi mereka.
Kita tahu bahawa syarikat-syarikat gergasi ini amat sensitif dengan isu melibatkan rasuah dan mereka pastinya tidak akan selesa dengan perkembangan ini.Sebagai pelabur mereka mahukan kestabilan ekonomi dan politik bahkan polisi kerajaan pentadbir atau kerajaan negeri juga turut diambil kira.
Dalam konteks ini barangkali mereka hilang keyakinan memandangkan pihak yang sedang berdepan dengan pertuduhan mahkamah bukanlah sekadar seorang pegawai kerajaan berpangkat rendah tetapi merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh seorang Ketua Menteri yang KORUP khususnya kepada mereka-mereka yang terlibat dalam sektor industri ini ?
Well selebihnya MMI serahkan kepada budi bicara pembaca semua ...
MMI
No comments:
Post a Comment