Followers

Sunday, 14 August 2016

KETUANAN MELAYU , Di Mana Kita Hari Ini ??


PRU14 hanya berbaki lebih kurang 2 tahun sahaja lagi dan mungkin tempoh itu lebih pendek sekiranya desas desus yang MMI dengar ianya akan berlaku pada tahun hadapan.Jika mengambil kira daripada tempoh masa tersebut maka sudah tentulah segala persiapan dan persediaan penuh perlu dilakukan segera.

Suasana politik negara kita pada hari ini jelas bukanlah sesuatu yang boleh kita ambil sambil lewa memandangkan pelbagai rintangan yang masih membelenggu sebahagian daripada kita.Sebagai sebahagian daripada kumpulan terbesar orang-orang Melayu, UMNO perlu tampil dengan wadah yang jauh lebih meyakinkan.

Sejak zaman berjuang untuk membebaskan diri kita daripada tangan penjajah sehinggalah kita berjuang mencapai Kemerdekaan , orang-orang Melayu telah bangkit dengan penuh bersemangat.Semangat yang MMI istilah sebagai NASIONALISMA ini begitu hebat sehinggakan kita mencatat sejarah memiliki kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Satu kejayaan besar sebenarnya dan ianya diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain tanpa sedikit pun tersasar.Berpegang kepada warisan inilah Melayu terus bangkit sehingga kita mampu menjadi sebahagian daripada suara dunia.

Hakikatnya Melayu itu hebat ! 

Pantang dicabar dan Melayu terkenal dengan santunnya ... 

Malahan sejarah yang dibanggakan oleh orang Melayu kekal menjadi episod turun temurun yang disampaikankan kepada anak cucu cicit sebagai garis panduan betapa Melayu tidak akan sesekali menderhaka kepada Rajanya , kepatuhan Laksamana Hang Tuah dijadikan sebagai asas kepada keagungan adab orang Melayu dan penderhakaan Laksaman Hang Jebat menjadi pedoman bahawa emosi hanya akan menjadikan kita lebih lemah.

Secara ringkasnya begitulah simboliknya kehidupan orang Melayu , mereka punya kedudukan tersendiri dan adat ini menjadi amalan sejak turun temurun.

Dalam masa yang sama kita perlu ingat bahawa pada ketika itu juga orang Melayu sebenarnya sudah pun dihidangkan dengan hasad dengki dan dendam politik sehingga Sultan Melaka tergamak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Laksaman Hang Tuah.

Sedarkah kita bahawa hukuman tersebut berpunca daripada rasa dendam segelintir pembesar Melaka yang begitu marah dengan kedudukan Laksaman Hang Tuah yang dilihat begitu rapat dengan Sultan Melaka ?

Walaupun MMI tidak pasti kisah Laksaman Hang Tuah ini adalah catatan sejarah ataupun cerita mitos , hakikatnya banyak pengajaran yang boleh kita pelajari daripada peristiwa tersebut.

Ingatlah Kota Melaka jatuh bukan kerana kekuatan puak penjajah tetapi kerana kedangkalan orang Melaka sendiri !

Sejak itu Melayu bangkit lagi , kebangkitan itu kemudiannya diterjemahkan dengan pelbagai siri penjajahan oleh puak-puak penjajah sehinggalah kita berjaya menuntut kemerdekaan.

Berdiri atas kaki sendiri , kita membuktikan kepada dunia bagaimana orang Melayu mampu menjadi pemimpin dan pimpinan ini tidak akan sesekali menyanggah dan menekan bangsa-bangsa lain.Ramuan dicipta untuk kesemua bangsa ini hidup serumpun dan ianya berjaya !

Kejayaan itulah yang telah membawa bumi bertuah Malaysia ini mencipta kejayaan demi kejayaan sehinggalah ke hari ini.

Orang Melayu Malaysia ini cukup bertuah ! 

Bagi setiap insan yang dilahirkan atas nama Melayu mereka secara langsung sudah pun secara automatik berada dalam kelompok agama Islam.

Dan kerana bangsa Melayu itu adalah bangsa dominan di Tanah Melayu maka secara tidak langsung Islam menjadi agamanya.

Berbicara atas nama Melayu maka kita pasti yakin bahawa mereka adalah Islam walaupun ramai dari kalangan Melayu itu sendiri murtad.

Namun disebalik semua itu , kita tidak boleh sesekali terlepas pandang terhadap perpecahan yang telah berlaku terhadap orang-orang Melayu sendiri,

Melayu sudah tidak lagi mahu bersatu atas nama Melayu sebaliknya mereka memilih untuk bersama atas nama politik.Perubahan atau tranformasi inilah yang sebenarnya telah menyebabkan dunia Melayu itu berubah.

Daripada sebuah kesatuan yang begitu besar ianya berpecah menjadi beberapa kumpulan berbeza dan masing-masing berentap dengan ideologi politik masing-masing bukan lagi atas nama KETUANAN MELAYU !

Persoalannya Milik siapakah KETUANAN MELAYU ini ?

Apakah ianya milik orang Melayu UMNO ? orang Melayu PAS ? orang Melayu PKR ? orang Melayu DAP ? atau ianya tidak lagi menjadi sebahagian daripada ASAS UTAMA dan hanya dijadikan sebagai pelengkap bicara dengan tindakan-tindakan retorik penuh kepalsuan.

Apakah nilainya bagi generasi baru apabila Melayu menjulang KERIS ?

Apakah nilainya bagi generasi baru apabila Melayu tampil berbaju Melayu dan bertengkolok ?

Apakah nilainya bagi generasi baru tatkala Melayu bangkit melaungkan HIDUP MELAYU ?

Sebagai generasi PEWARIS , kita perlu melihat kepada perubahan demi perubahan yang telah berlaku ini kerana MMI yakin perubahan itu telah memberikan impak negatif yang cukup terkesan kepada orang Melayu itu sendiri.

UMNO mengaku bahawa parti itu milik orang Melayu dan Islam adalah agama rasminya.Pelbagai perkara telah dilakukan termasuklah dasar-dasar yang berkonsepkan Islamik namun realitinya banyak perkara yang kita terlepas pandang.

Sedarkah kita bahawa Melayu hari ini sedang berdepan dengan konflik terhadap bangsa sendiri ?

Tahukah kita bahawa Melayu sedang tersasar dari landasan ?

Hakikatnya Melayu hari ini sudah mula menerima malah mengamalkan dasar-dasar liberalisma dalam kehidupan mereka sendiri !

Malahan parti UMNO yang kita anggap keramat ini pun sedikit demi sedikit sudah dimamah dengan dasar liberalisasi sehingga ianya dilakukan secara terang-terangan.

Sehingga ke saat ini , UMNO masih lagi GAGAL untuk MENGAJAR ahli-ahlinya supaya menjadikan adab dan hukum Allah SWT itu sebagai perkara UTAMA dalam apa jua gerakan politik yang mahu kita laksanakan.

Perkara paling asas UMNO masih lagi GAGAL untuk mewujudkan ETIKA PEMAKAIAN kepada ahli-ahlinya supaya menutup aurat !

Bahkan baru-baru ini berlaku pula tarian gelek dalam Persidangan Pergerakan Puteri UMNO di Kelantan !

Paling hebat sekali , MMI dimaklumkan bahawa pada hari ini orang Melayu sendiri menjadi pelindung kepada kewujudan premis-premis perjudian yang sudah mula tumbuh bagai cendawan diserata ceruk negara.

Apakah kita sudah hilang akal atau pertimbangan untuk menjadi pelindung kepada hal yang begitu dilaknat oleh Allah SWT ?

Fahaman atau dasar apa yang sedang kita lakukan ini ?

Islamkah Melayu UMNO ni ?

Usaha yang menjurus kepada tindakan-tindakan liberal ini sebenarnya cukup membahayakan !

Sejarah peralihan kepimpinan di Turki sewajarnya menjadi pedoman kepada kita semua.

Mustafa Kemal Antartuk yang dikenali sebagai bapa pemodenan Turki ini adalah manusia yang bertanggungjawab merubah lanskap politik negara itu daripada Islam menjadi sebuah negara liberal.

Kehadirannya dalam perjuangan untuk merubah politik Turki mendapat dokongan dan sokongan jitu daripada seluruh rakyat Turki.Namun kehadirannya bukan untuk menyatukan umat Islam tetapi sebaliknya menjadi tali barut dan agen laknatullah untuk menghancurkan Islam.

Antara pembaharuan dan pemodenan yang telah dilakukan oleh Mustafa Kemal Antartuk adalah :-

Menandatangani perjanjian LUZAN dengan pihak Inggeris dan kuasa bersekutu Barat.

Antara perjanjian itu adalah ,

1.Sistem Khalifah Islam mesti dihapuskan 
2.Menukar peraturan syariat Islam dengan undang-undang Barat
3.Memisahkan urusan agama dengan politik dan negara
4.Azan ditukar ke dalam bahasa Turki
5.Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
6.Memaksa perempuan membuka atau mendedahkan aurat
7.Termasuklah membunuh para ulama dan lain-lain.
Baca seterusnya di SINI 

Apakah kita mahu melihat keadaan yang sama berlaku di bumi Malaysia ?

Percayalah dalam sedar dan tidak , budaya dan gerak liberal ini adalah sesuatu yang cukup membahayakan dan terimalah hakikat bahawa ianya sudah merebak ke dalam kehidupan kita.

Lihatlah disekeliling , lihat bagaimana orang Melayu hari ini ?

Kehadiran mereka bolehlah diibaratkan sebagai anai-anai yang sedang merosakkan struktur kita dari dalam ! Jika ianya tidak dibendung maka satu hari nanti nescaya rumah yang kita bina dan jaga sejak 70 tahun yang lalu pastinya akan roboh menyembah bumi !

Perpecahan sudah semakin ketara , gerakan demi gerakan yang menjadikan fitnah dan adu domba seolah-olah dihalalkan dan kita masih terkial-kial untuk mencari resepi menanganinya.

Generasi pelapis dan anak muda yang bakal tampil selepas ini bukanlah anak-anak muda biasa , mereka hadir dalam tempoh negara sudah merdeka hampir puluhan tahun yang lalu.

Mereka tidak lagi merasai peritnya perjuangan menuntut kemerdekaan !

Mereka tidak lagi merasai susah payah pejuang-pejuang kita berdepan dengan penjajah !

Malahan dalam situasi negara pada hari ini , sudah tentulah mereka punya pilihan yang pelbagai dan kita perlu sedar pilihan-pilihan yang wujud hari ini sebenarnya mampu menggugat kedudukan UMNO sebagai wadah perjuangan orang-orang Melayu.

Sebagai generasi PEWARIS , kita perlu menanganinya !

Bukan sesuatu yang mudah kerana generasi hari ini berbeza cara cakapnya , berbeza penampilannya dan berbeza pemikirannya.

Antara contohnya lirik lagu ni ...

"Semalam I call you, you tak answer 
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true"

Terjemahkan secara rasional lirik lagu tersebut !

Bukan MMI berniat untuk mengkritik hasil kerja seni ini tetapi lirik lagu tersebut jelas mencerminkan realitinya yang sedang berlaku diluar sana.

Sebab itulah sebagai PEWARIS kita perlu benar-benar faham dan difahamkan tentang maksud KETUANAN MELAYU !

Jika sebahagian besar daripada kita semua memahami maksud KETUANAN MELAYU , maka kita pastinya akan sedar betapa banyak perkara yang telah kita terlepas pandang dan kita perlu segera pulihkan.

Untuk itu MMI mengajak semua untuk sama-sama kita hayati maksud disebalik lirik lagu di bawah , fahami dan terjemahkan lirik dan lagu ini dalam konteks perjuangan kita sebagai generasi PEWARIS.



Percayalah Melayu masih RELEVAN dan Melayu itu beragama ISLAM , kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan kita cukup beruntung kerana menjadi Melayu !

Akhir kalam ....

Benarkah Melayu takkan hilang di dunia ??

MMI

2 comments:

  1. Ketuanan melayu konon.
    Dimana kedudukan ekonomi melayu dikala ini?
    Berapa peratus hak milik hartanah melayu sekarang?
    Berapa peratus tinggal tanah rezab melayu?
    Kalau Umno betul2 menjaga hak keistimewaan orang melayu semua itu tidak akan berlaku. Mereka memerintah semenjak merdeka tetapi hak melayu tetap terlepas kebangsa lain.

    ReplyDelete
  2. Ketuanan melayu mmg benarbenar udah lama ujud.. diatas bantuan Pahlawan bugis maka itu Sultan Sultan harus menpunyai ikatan persaudaraan ini jgn dibangkit hang-hang yg berlima ..mahmud mangkat dijulang paramiswara..itu hanya hiburan@sejarah halwa telinga..kedaulatan bumi bertuah ini diangkat martabat pada tahun 1885...ianya punyai bukti bersurat ..memiliki guru yg mengajar kedaulatan ini...serta mempunyai lambang ... hampir semua Sultan Sultan tahu tapi tidak pernah kenal lambangnya dan gurunya dan dimana suratnya..sebahagian hanya pandai bercakap macam kakak tua.. tapi tak bolih membuktikan ..maka itu dari angkara ini TANAH SEMENANJUNG jadi melaysia.... kedaulatan rajaraja jadi kedaulatan national @politik ..DISERTAI Dengan kehilangan wilayah @melaka empayer lihat sahaja apabila SUKARNO ambil kepri hingga natuna raja raja malaya hanya lihat macam cicak makan kapooor begitu juga selatan thailand riaulingga darat/laut (singapura dan batu putih) padahal seluruh jajahan ini diakui kedaulatannya olih raja raja eropah @Ratu Victoria.. maka itu apabila Tenku abd.rahman pulang @TANPA PERTUMPAHAN DARAH dengan sombong bangga tak bertempat melaungkan MERDEKA MERDEKA MERDEKA..disaksikan sultansultan hem... dan raayat la... SEBENARNYA BELIAU INI adalah Bapak ...sedunia.. SOALAN cepuemas siapakah menjajahi malaya dari 1885 dan perjanjian apakah itu? sepatutnya alm. ini mengingatkan KEDAULATAN..dan pengkhiatan tentera kolonial ...serta tuntutan pampasan..seharusnya berterimakasih pada jepun yg masih setia persahabatan dengan raja raja melayu.. dari semua kemelut ini bermula dari orang kenamaan MUAR (johor)..dia penderhaka dan pengkhianat Sultan dan tanah melayu....dan politik sebenarnya Haram..diujudkan..tanpa reda Sultan berdaulat..

    ReplyDelete

Labels