Followers

Monday, 19 September 2016

Jeff Oii & DAPigs Spesis Parasit Yang Perlu Umat Melayu Jauhkan !


Sewajarnya kehilangan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang telah selamat dikebumikan di Amerika Syarikat baru-baru ini menjadi pedoman dan pengajaran kepada seluruh umat Melayu selagi mana mereka mengaku bahawa Islam itu adalah agama yang satu.

Berdepan dengan cabaran di alam serba moden dan perkembangan pesat dunia teknologi sesungguhnya adalah satu cabaran yang cukup getir yang perlu ditangani dengan baik oleh tiap dari kita.

Percaya bahawa apa jua yang bakal berlaku selepas ini adalah atas kehendakNYA maka kita sebagai umat perlu terus berusaha bukan berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir semata-mata.

MMI percaya dan yakin bahawa tindakan pemimpin DAP , Jeff Oii yang menghina kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din bukanlah tindakan biasa-biasa.Sebagai seorang pemimpin politik semestinya tiap seorang daripada mereka memahami bahawa dalam tiap tindakan bersifat nasional sifat memahami dan menghormati adalah sesuatu yang cukup penting.

Menjadi satu pembohongan besar sekiranya apa yang diperlihatkan oleh Jeff Oii kepada umum itu dianggap sebagai tindakan kelas pertama dengan alasan bahawa bahasa yang digunakan itu menunjukkan tahap akademik bertaraf antarabangsa.


Hakikatnya Jeff Oii sedang membuktikan kepada kita betapa mereka (DAP) sebenarnya amat membenci kedudukan umat Melayu dan Islam di Malaysia.Realitinya mereka bukan sahaja sedar dan tahu tetapi menyimpan rasa dendam yang teramat sangat kerana mereka tahu agenda peribadi DAP tidak akan berjaya selagi mana Melayu masih kekal serumpun.

Jika kita menyusur sejarah dan kembali kepada keadaan di mana PAS masih menjadi sahabat setia bersama DAP dalam Pakatan Rakyat , maka kita akan dapat melihat kenapa pemimpin DAP mengambil tindakan sedemikian.

Sebagai sahabat (PAS) yang pernah bersama dalam perjuangan songsang menongkah arus menghalalkan cara demi kedudukan dan kuasa bersama Pakatan Rakyat , sudah semestinya Jeff Oii akan menghormati kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din seperti mana pemimpin PAS sebelum ini menghormati kematian mendiang Karpal Singh.

Persoalannya kenapa Jeff Oii bertindak sedemikian rupa ?

Kenapa pula pemimpin DAP yang lainnya lebih banyak bersikap berdiam diri ?

Jawapan mudahnya adalah kerana PAS kini bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Haprak yang dibentuk oleh DAP bersama-sama dengan PKR dan PAN.

Namun jika kita amati sedalam-dalamnya ia berpunca daripada sikap dendam DAP terhadap pemimpin-pemimpin Islam yang dilihat mampu menggugat perancangan strategik mereka untuk merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar Malaysian Malaysia.

DAP mahu melihat Malaysia hanya menjadi sebuah negara yang mengamalkan Islam berdasarkan perlembagaan tanpa ianya diperkukuhkan dengan kekuatan dan keupayaan untuk mempertahankannya seperti mana yang dipraktikkan selama ini.

Kita perlu sedar bahawa pengukuhan Islam dan kedudukan umat Melayu di Malaysia bukan sahaja dijamin oleh perlembagaan negara tetapi juga kerana kekuatan serta keupayaan kerajaan dan parti pemerintah selain kesedaran umat Islam yang menyelia dan mengawalnya agar sentiasa berada dikedudukan tertinggi yang tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa.

DAP pastinya masih mengingati bagaimana usaha dan sokongan mereka terhadap tindakan pihak kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah ditentang dengan begitu hebat sekali oleh umat Islam di Malaysia termasuklah Allahyarham Datuk Dr. Haron Din sendiri yang ketika itu bersama-sama dengan parti PAS dalam Pakatan Rakyat. 

Malah DAP juga tahu dan sedar bagaimana tindakan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang pernah bersuara lantang dalam soal perpaduan khususnya melibatkan umat Melayu dan Islam.

Baca artikel sebelum ini ,



Maka kerana itulah penghinaan terhadap Allahyarham Datuk Dr. Haron Din berlaku dan percayalah ianya bukan berpunca daripada terlebihnya ilmu penggunaan bahasa Jeff Oii tetapi kerana dendam politik yang begitu membara dalam jiwa pemimpin-pemimpin DAPigs terhadap orang Melayu dan Islam khususnya.

Dalam masa yang sama MMI ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis kerana sudah pun bertindak apabila Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din.Baca seterusnya di SINI 

Apa yang boleh MMI katakan adalah , kita perlu sedar dan memahami situasi politik hari ini kerana apa yang disajikan kepada kita belum tentu selazat rupanya.

Percayalah kita pasti akan terus berdepan dengan situasi yang hampir yang sama atau jauh lebih dasyat dari ini , hanya dengan akal fikiran dan ketakwaan kepada Allah SWT sahajalah yang mampu membezakan kita dengan mereka yang hampir gagal untuk berdiri atas nama Melayu dan Islam.

MMI

3 comments:

  1. Kalau tak terbuka lagi pintu hati tu puak2 PAS tu tak taulah mungkin benaklah kot

    ReplyDelete
  2. Mana yg hina nye?
    Adios = selamat jalan..sesuai la klu sikapir cakap mcm tu..kut dia cakap innalillah..ko kata dia menghina islam plak..nama je islam..perangai x islam langsung..nasib baik aku Kenal islam dlu sblm kenal korang..

    ReplyDelete
  3. KERAJAAN PUN TAKUT SANGAT NAK AMBIL TINDAKAN KLU ORG BUKAN ISLAM MENGHINA ISLAM ATAU ORANG ISLAM... TAPI KALAU ORG ISLAM TERKATA PASAL ORG BUKAN ISLAM BLH PULAK AMABIL TINDAKAN SEGERA...

    CUBA BACA SEJARAH NI...

    JUSTERU demokrasi dan tidak mahu Malaysia ada dua sistem undang-undang, maka Persatuan Hokkien yang membantah pembentangan RUU 355 di Parlimen menganjurkan pungutan tanda tangan sejuta orang.

    Reaksi pro RUU 355 membuat aduan polis mengira ia satu hasutan. Reaksi Persatuan Hokkien atas reaksi pro RUU 355 itu mengapa pula ia didakwa melakukan hasutan?

    Di mana logiknya?

    Memang banyak yang terfikir akta hasutan yang dipinda selepas kejadian 13 Mei 1969 itu tiada logiknya. Banyak benda yang dibenarkan demokrasi yang sebelum boleh dicakap tidak boleh dicakap.

    Sebelumnya banyak orang Melayu tentang tuntutan orang bukan Melayu atas isu bahasa, pelajaran, agama, kebudayaan dan lain-lain bagi diterima pakai di negara ini. Dan demikian juga bantahan orang bukan Melayu terhadap kemahuan orang Melayu kedaulatan agamanya dan mahukan kebudayaan nasional berteraskan kepada kebudayaan Melayu saja.

    Maka Perdana Menterei Tun Razak yang dikatakan bijaksana, tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lalu membentangkan pindaan akta hasutan melarang semua orang menyinggung agama dan kebudayaan kaum lain yang dikira sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

    Atas sebab demokrasi selepas akta itu diluluskan tahun 1970, Cikgu Osman dari Ampang menyentuh tentang kewujudan sekolah kaum lain. Ia disiarkan oleh Utusan Melayu. Ketua Pengarang Utusan Melayu ditahan dan didakwa. Ia jadi ujian dan kes pertama di bawah kesalahan akta itu.

    Mahkamah mendapati Utusan bersalah. Penyunting Utusan yang menyiarkan berita itu, Abdul Samad Ahmad, ayah Datuk Iskandar Samad, eksko kerajaan Selangor sekarang telah didenda. Di bawah akta itu dia boleh dipenjara.

    Marah semua orang Melayu terutama pejuang nasionalisnya. Hak kebebasan dan demokrasi mereka telah dirampas. Hingga hari ini pun ada yang mengatakan akta itu tidak berguna.

    Tetapi itulah demokrasi. Tidak semua orang boleh dicakap boleh dicakap. Tak semua demokrasi benarkan boleh dibenarkan. Memberi komen tentang cakap dan kata seseorang tidak salah, memberi komen terhadap raja tidak dibenarkan oleh demokrasi kita.

    Mencerca Islam oleh orang Islam boleh jadi murtad, jika sabit boleh dihukum bunuh. Orang Islam boleh komen tentang kelemahan pelaksanaan Islam, tetapi dia tidak boleh komen sebarangan tentang agama lain justeru ia mudah ditafsirkan menghina agama itu. Orang bukan Islam tidak sesuai komen tentang Islam kerana ia boleh dikira campurtangan.

    Apa salahnya campur tangan tetapi demokrasi yang macam itu tidak dikehendaki dalam masyarakat kita.

    Persatuan Hokkien tidak fikir pungutan tanda tangan itu ia telah menghasut. Penyunting Utusan Melayu dulupun tak terfikir berita yang disiarkan itu kerana hendak menghasut dan telah menghasut. Tetapi Peguam Negara masa itu Tan Sri Abdul Kadir Yusuf telah mendakwanya dan mahkamah menghukumnya.

    Wujud dua sistem undang-undang dikatakan tidak adil dan boleh menimbulkan macam-macam. Tapi tidak membenarkan Islam mengamalkan undang-undangnya adakah adil, dan apakah menghalangnya tidak menimbulkan macam-macam?

    Islam itu adalah semua orang yang orang Melayu terima sebagai agama mereka. Ia jadi agama bagi semua raja-raja. Bila RUU itu dihalang ia adalah menghalang orang Islam mengamalkan antara ajaran agamanya dan ia secara tidak langsung menhalang raja-raja beramal dengan sebahagian daripada ajaran agamanya.

    Antara isi akta hasutan ialah menyentuh hak raja-raja. Apabila antara ajaran agama raja-raja itu dihalang tidakkah ia menyentuh hak raja-raja dengan agamanya? Jangan jadi orang yang tidak mahu beragama!

    ReplyDelete

Labels