Semalam seluruh negara telah menyaksikan kebangkitan anak muda berbaju merah di Pulau Pinang dalam apa yang disebut sebagai gerakan BANGKIT dengan tema "Ride Againts Corruption".
Gerakan tersebut yang disokong dengan kehadiran mencecah 3 ribu orang sebenarnya memberikan isyarat yang cukup jelas betapa orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang menolak kepimpinan dan kerajaan DAP di Pulau Pinang kerana kesongsangan dasar yang dibawa sama ada oleh parti cauvinis DAP mahupun kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang semenjak mereka mentadbir.
Sesuatu yang pasti kebangkitan anak muda ini walaupun berdiri di bawah payung politik iaitu parti UMNO , ianya secara tidak langsung telah menggambarkan kepada kita bahawa kehadiran parti DAP itu sendiri sebenarnya sudah mula ditolak oleh kuam majoriti di bumi Malaysia iaitu bangsa Melayu.
Rata-rata mereka yang ditemui meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang apatah lagi kedudukan Lim Guan Eng yang jelas sudah pun disabitkan dengan pertuduhan mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.
Jika DAP begitu lantang mengkritik kerajaan dan kepimpinan negara hanya berdasarkan kepada penyebaran berita yang dibuat-buat , soalnya kenapa tidak Guan Eng diruntun supaya melepaskan jawatannya dan dipecat daripada parti DAP ?
Antara sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan DAP |
DAP sebenarnya sedang berusaha untuk menyebarkan ideologi cauvinis yang hanya mahu meletakkan orang Melayu dan agama Islam itu sekadar picisan dan hanya dihebatkan dalam perlembagaan semata-mata.
Ini cara komunis !
Inilah yang orang Melayu perlu berikan perhatian dan berhati-hati dengan tindak tanduk mereka !
Realitinya pimpinan DAP sendiri sebenarnya sudah pun mengiakan apa yang MMI sebutkan diatas sana.Walaupun ia tidak menyebut parti cauvinis DAP ini adalah Komunis tetapi kesan daripada jawapan balas terhadap lontaran soalan seorang anak muda Melayu berkaitan perlembagaan DAP dalam satu forum sudah menjawab segala-galanya.
Jika perlembagaan DAP sendiri pun diibaratkan sekadar perlembagaan persatuan penduduk , bayangkan apa yang sebenarnya yang DAP perjuangkan ?
Bukankah perlembagaan parti-parti politik itu sebenarnya adalah acuan dan akar kepada segala dasar yang dicorakkan untuk menjadi asas kepada perjuangan parti ?
Dalam hal ini jelas DAP bukan sahaja tidak berpegang kepada perlembagaan mereka sendiri tetapi turut menolak perlembagaan tersebut dan jika semua itu dilakukan oleh DAP maka jelaslah mereka lebih kepada "Hidden Agenda" dan apakah agenda tersebut ?
Barangkali apa yang tertulis di kain rentang dalam gambar paling atas itu adalah jawapannya !
Komunis Alaf Baru !
MMI
ReplyDeleteKamu cakap apa yg berlaku di rancang oleh komunis cina dap ye...
Tidak kah kamu tahu atau buat buat tak tahu yg najib sekarang ni dah kasik aset negara dikuasai oleh china komunis?
1. Kilang keretapi Batu Gajah milik KOMUNIS China. Ada 10 K pekerja KOMUNIS CHINA lat situ.
2. Projek ECRL diberikan kepada NEGARA KOMUNIS CHINA DAN BANK KOMUNIS CHINA. Kita berhutang lagi RM 55 bil. Hutang ye. Interest nanti sekitar RM 10 juta SEHARI.
3) 3 pelabuhan baru iaitu KUANTAN, SABAH DAN MELAKA diberikan hak kepada KERAJAAN KOMUNIS DAN KONTRAKTOR KOMUNIS CHINA. Bepuluh ribu pekerja mereka yang terdiri dari RAKYAT NEGARA KOMUNIS yang datang sini bekerja utk tuan mereka.
4. Bandar Malaysia 60 % milik KOMUNIS CHINA . Samalah FOREST CITY DAN JOHOR WATERFRONT !!! tak semua ni KOMUNIS !!!
YG NI APA CERITA BANGSAT???