Followers

Friday, 28 October 2016

Pemuda BANGKIT Lagi Desak Guan Eng Letak Jawatan !


Suasana di Komtar gegak gempita dengan laungan " Undur Guan Eng " apabila 3000 ribu peserta BANGKIT V.2 berbaju hitam berhimpun mendesak Ketua Menteri P.Pinang , Lim Guan Eng supaya segera meletakkan jawatan.

Himpunan dengan tema "Ride Againts Corruption" itu bermula di perkarangan menara UMNO dan berarak ke Pejabat Ketua Menteri di Komtar di ketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Ini merupakan kali kedua himpunan BANGKIT diadakan selepas yang pertama mengambil tempat di Persiaran Gurney baru-baru ini.Secara ringkasnya kebangkitan ini adalah mesej jelas betapa himpunan yang sama akan mengambil tempat sekali lagi sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Guan Eng yang kini berdepan dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dilihat sebagai seorang pemimpin yang gagal dan harus segera mengosongkan kerusi Ketua Menteri kerana kredibilitinya sebagai seorang pemimpin telah tercalar.

Malah sokongan Guan Eng kepada himpunan haram BERSIH 5 yang akan dianjurkan di Pulau Pinang dalam sedikit masa lagi turut menjadi persoalan memandangkan kedudukan Guan Eng sendiri yang tidak BERSIH dan terpalit dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Apa yang cuba dilakukan oleh Ketua Menteri ini hanyalah bermain politik tidak lebih dari itu.

Kerana itu BANGKIT menuntut agar Guan Eng segera meletakkan jawatan dan tidak membenarkan himpunan haram BERSIH mengambil tempat di Pulau Pinang.

Apabila berbicara tentang BERSIH 5 ini , banyak pihak sebenarnya terkilan dengan penahanan ketua gerakan baju merah , Datuk Jamal Yunos sebaik beliau tiba di KLIA baru-baru ini.Sungguhpun begitu tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk mencetuskan huru-hara atau menyalakan lilin bagi menunjukkan solidariti seperti mana yang sering dilakukan oleh konco-konco pro pembangkang.

Inilah perbezaan paling ketara jika dibandingkan dengan gerakan-gerakan lain khususnya gerakan haram BERSIH yang lebih banyak menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara.

Pastinya sikap menghormati undang-undang dan patuh kepada penguatkuasaan pasukan keselamatan menjadi teras utama dan kerana itulah penahanan ketua gerakan merah tempoh hari berjalan dalam keadaan baik.

Selain daripada mempersoalkan tentang kedudukan penganjur BERSIH 5 iaitu Maria Chin.Ramai berpendapat beliau perlu di tahan dan di siasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Ahli Parlimen BN Kuala Selangor , Datuk Irmohizam Ibrahim berkata  Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik kerana secara zahirnya murni pada mata rakyat, namun hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara.

“Himpunan ini perlu dibersih­kan agar kita tidak dikotorkan dengan sejarah hitam yang mungkin boleh mengancam keselamatan negara.

“Justeru, adalah amat tepat sekiranya kerajaan tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan. Perlu disedari, berhimpun bukanlah adab kita yang mendukung Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan,” 

Oleh yang demikian , perhimpunan Bersih 5 wajar dihentikan dan dihalang POLIS kerana berkemungkinan besar mengundang ancaman pengganas yang melihat peluang terbaik untuk bertindak . 

Sejarah perhimpunan Bersih terdahulu jelas menunjukkan pe­nganjur gagal mengawal peserta dengan baik sehingga berlakunya insiden yang mengancam ke­selamatan awam, kerosakan harta benda dan kesesakan lalu lintas.

Bersih hanyalah agenda untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dan mengugat ketenteraman awam . 

Selain daripada itu gerakan haram BERSIH 5 ini jelas mengelirukan dan ianya secara terang-terangan hanyalah pentas dan peluang yang digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Antara kandungan risalah BERSIH 5 yang diedarkan kepada orang ramai menyebut bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih dan tidak adil.Justeru itu gerakan BERSIH 5 ini perlu digerakkan diseluruh negara bagi mengembalikan keadilan kepada SPR.

Logiknya ramai dari kalangan pemimpin parti-parti pembangkang terlibat dalam gerakan BERSIH 5 dan diantaranya adalah dari parti DAP.

Yang menghairankan adalah bagaimana mereka-mereka ini boleh mempertikai SPR sebagai tidak bersih dan tidak adil sedang DAP kini menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang hasil daripada keputusan yang diwartakan oleh SPR dan diuruskan sepenuhnya oleh SPR sejak dari proses penamaan calon ?

Jika mengambil kira daripada pertikaian tersebut maka sudah pastilah kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini diketuai DAP merupakan sebuah kerajaan negeri yang tidak SAH dan DAP seharusnya segera mengosongkan semua jawatan pentadbir termasuk jawatan Ketua Menterinya.

Berdasarkan semua diatas jelas kehadiran BERSIH 5 bukanlah atas dasar menyuarakan hasrat rakyat tetapi lebih kepada agenda politik pembangkang yang mahu memburukkan imej negara dan kerajaan Barisan Nasional.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels