Followers

Wednesday, 9 November 2016

Kalau Dah Tau BANJIR Naik Atas Kerusi Laaa !!!!


Mungkin tajuk MMI kat atas tu Guan Eng akan jadikan sebagai jawapan kepada persoalan tentang kegagalan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP menangani masalah banjir yang kian meruncing.

Maklumlah sebelum ni pun apek ni pernah buat lawak yang sama !

Mungkin ada dikalangan kita yang dah lupa , si Guan Eng ni pernah menjawab tentang permasalahan banjir yang melanda Pulau Pinang dengan sepantas kilat.Nah tengok kat bawah ni ...


Sememangnya Lim Guan Eng dan kerajaan DAP di Pulau Pinang ni BIJAK dan merupakan antara kerajaan negeri yang paling HEBAT dalam semua negeri di Malaysia.Ketua Menteri Pulau Pinang yang asalnya dari Melaka ni juga bukan calang-calang orang sebab dia MAMPU memberikan jawapan malah menyelesaikan tanda tanya rakyat tentang hal-hal tertentu dengan sekelip mata.

Macam isu banjir di Pulau Pinang , Guan Eng jawab mudah ja ... KALAU TAK ADA HUJAN MAKA TAK ADALAH BANJIR perghh memang terbaiklah tak perlu fikir teruk-teruk macam orang lain.CEPAT dan PANTAS menyelesaikan masalah !!

Sambung di ,


Artikel atas tu MMI tulis pada November 2014 , maka jelas isu banjir ni sebenarnya dah lama berlaku dan sebagai kerajaan negeri Guan Eng dan DAP tidak ada alasan untuk menuduh mana-mana pihak sebagai punca kepada permasalahan yang berterusan ni.

Tetapi dah nama pun DAP , kot mana pun puak-puak ni akan cari jalan supaya semua masalah tu dituding sepenuhnya kepada pihak lain khususnya kerajaan persekutuan.

Inilah yang berlaku dalam kejadian banjir kilat terbaru di Pulau Pinang , puak-puak musibat ni menyalahkan pula kerajaan persekutuan kononnya lambat menyalurkan bantuan.

Soalnya betul ke ?

Dalam satu pendedahan sebelum ini menyebut terdapat satu kawasan besar di puncak bukit yang telah ditarah dan dibersihkan berhampiran beberapa buah kampung di Teluk Bahang. Dua hari lepas, kawasan yang terletak di bawah kawasan yang ditarah dan dibersihkan itu, mengalami masalah yang paling teruk sedangkan kawasan-kawasan tersebut tidak pernah ditenggelami banjir sebelum ini.  

Chow Kon Yeow yang telah dinamakan sebagai bakal Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Guan Eng apabila ditanya tentang pendedahan tersebut mengatakan, ia hanyalah 'satu pergerakan kecil'. 

Beliau berkata Ketua Menteri telah pun melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Maka timbullah persoalan, adakah DAP menganggap Lim Guan Eng itu sebagai seorang Saviour yang boleh menghalau banjir dalam sekelip mata dengan hanya melawat kawasan-kawasan terjejas?

Sementara itu, satu sumber PBT pula berkata, sesiapa pun boleh tahu dan membuat kesimpulan kepada penyebab banjir yang berlaku dengan hanya melihat keadaan air banjir. 

"Sekiranya anda melihat gambar-gambar banjir itu, warna air itu sudah dapat memberitahu apakah penyebab banjir tersebut. Saya tinggal di Teluk Bahang selama lebih 30 tahun dan kami tidak pernah mendengar atau melihat kawasan tersebut dilanda banjir. 

"Terdapat banyak projek yang diadakan di kawasan bukit Teluk Bahang dan apabila pembersihan dan penarahan berlaku secara besar-besaran, apakah yang berlaku seterusnya?"

Menurutnya lagi, sekiranya seseorang berjalan tanpa kasut di kawasan tersebut, warna selut juga sudah cukup untuk memberitahu wujudnya pembangunan secara berlebihan di kawasan tersebut. Katanya lagi, semua ini berlaku apabila terlalu banyak kuasa diberikan kepada seorang pemimpin dan tiada sesiapa pun dibenarkan berkata 'TIDAK'. 

Ironinya, DAP turut menyalahkan 'kelewatan' Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk projek mitigasi sebagai salah satu puncanya walaupun pada masa yang sama, DAP Pulau Pinang hanya berjaya menyelesaikan kerja mereka pada April lepas sekaligus peruntukan tersebut hanya boleh diperolehi pada Bajet tahun hadapan. 

Begitu juga, ketika pembentangan bajet dilakukan, DAP keluar dari Dewan Rakyat dan pada pengundian pula, wakil-wakil DAP mengundi untuk menentang. Sekaligus memberi isyarat, mereka tidak memerlukan sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat kerana tidak bersetuju dengan peruntukan-peruntukan dalam Bajet termasuklah untuk golongan miskin dan PBT.

Tetapi apabila mereka sedang berhadapan dengan masalah, peruntukan yang mereka tentang itulah juga yang ditagih dan dituntut walaupun masanya belum lagi sampai.

Mujurlah, RM150 juta telah pun diluluskan untuk tujuan mitigasi di Pulau Pinang yang sudah pasti akan diperakui oleh Lim Guan Eng sebagai DUIT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG sepertimana yang dilakukannya ketika memberikan publisiti kononnya DAP Pulau Pinang menghargai sekolah-sekolah tahfiz dan SAR dengan memberikan bantuan walaupun hakikatnya wang tersebut datangnya daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk sekolah-sekolah berkenaan.kredit theflyingkick 

Sebagai pemerhati politik , MMI sebenarnya dah masak dengan permainan politik puak-puak DAP ni ! Mereka selagi boleh malah sampai ke tahap kantoi pun akan tetap menuding jari kepada orang lain dan sanggup buat bodoh asalkan mereka tidak dipersalahkan.

Tabiat puak-puak puaka ni jelas dan sebenarnya ramai dari kalangan pemimpin BN khususnya dari parti UMNO di Pulau Pinang sudah dan telah pun menyuarakan permasalahan yang wujud kepada kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Selain daripada itu , kerajaan DAP Pulau Pinang juga seharusnya mampu memikul tanggungjawab ini memandangkan mereka sebelum ini dengan gah mengumumkan jumlah dana tertentu yang mencecah ratusan juta ringgit hanya untuk satu projek halimunan yang belum tentu berjalan.


Jadi apa lagi alasan yang puak-puak ni nak gunakan ?

Masih nak salahkan kerajaan persekutuan ?

Alo brader , lu sekarang kerajaan negeri buat kerjalah ... Jangan banyak cakap !

Psst kalau betul si apek ni kata kalau banjir naik atas kerusi , elok kita pakat-pakat pi demah sorang sebiji !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels