Followers

Thursday, 22 December 2016

Dominasi Licik DAP , Yang Bodohnya Siapa ?


Bukan main lagi punya seronok anak Kit Siang ni , ketawanya berdekah-dekah mesti ada sesuatu yang mencuit hati kedua-dua pimpinan parti politik kat atas tu kan ?

Apa pun ini gambar lama , situasi pada ketika PAS masih lagi berusaha dan mencuba untuk menjadi sebahagian daripada DAP atau paling tidak cuba untuk membawa DAP ke jalan yang benar !

Hasilnya ?

PAS dihina , diherdik dan dihumban keluar dari Pakatan Rakyat hanya kerana berbeza pendapat yang jelas menggangu-gugat pendirian parti cauvinis semalaysia ini.

Walaupun pada ketika itu PKR (segelintirnya) cuba untuk mendamaikan kedua-dua pihak namun ternyata DAP jauh lebih berkuasa.Tidak ada mana-mana parti politik dalam Pakatan Rakyat yang boleh mengubah keputusan DAP untuk tidak menerima PAS sebagai sebahagian daripada Pakatan Haprak !

Apatah lagi dengan hadirnya PAN parti subkontrak DAP yang memerlukan ruang untuk bernafas.

Sebelum itu MMI suka untuk mengajak semua kembali kepada beberapa tahun kebelakang supaya kita dapat sama-sama melihat betapa liciknya DAP mendominasi kedudukannya dalam apa yang disebut sebagai pakatan pembangkang.

Kalau kita perasan , layanan DAP terhadap pimpinan yang senada dengan mereka sememangnya tip top bahkan mampu menundukkan mereka yang datangnya dari kalangan alim ulama.Siapa yang lupa betapa PAS begitu obses dengan hubungan bersama DAP sampaikan ada dikalangan mereka yang mengaku sanggup makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.

Jangan lupa juga hampir satu stadium mendoakan agar UMNO dan BN dicelakakan !

Bagi MMI semua itu berlaku bukanlah kerana iman tetapi kehendak nafsu politik yang ditambah dengan perisa obses terhadap usaha untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.Kesemua usaha itu kalau kita perhatikan tidak langsung bersandarkan kepada amalan kita sebagai umat Islam namun ianya berlaku hanya kerana DAP licik menguasai ruang serta bijak mengambil kesempatan pada ketika roh dan jiwa mereka yang berkopiah diselebungi kata-kata azimat hawa nafsu daripada para iblis dan syaitan.

Alhamdulillah kini PAS sudah berubah sedikit walaupun secara peribadinya MMI masih sangsi dengan pendirian mereka.Harapan MMI moga-moga parti ini mampu bangkit menjadi sebuah parti yang punya kredibiliti dalam mencorak masa depannya dengan berpaksikan kepada prinsip Islamnya dan mungkin ditambah sedikit dengan Melayunya.

Tak salah berubah selagi mana perubahan itu mampu membawa kebaikan bersama khususnya kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Hari ini suasana yang seakan sama seolah-olah kembali dan sedang berputar.

Jika dulunya DAP terlalu girang kerana dipertemukan dengan kelompok Melayu yang menerima kehadiran mereka , kini DAP sekali lagi tersenyum kerana ruang dan peluang itu muncul sekali lagi.

Tak mengapa PAS tidak bersama kerana DAP kini memiliki PAN dan PPBM.

Walaupun hubungan kali ini semacam ada yang tidak kena , DAP sudah pun diberikan peluang tersebut dan mereka sekali lagi akan menjadikan kelompok-kelompok ini sebagai mangsa dominasi seterusnya.

Kita perlu ingat , penubuhan Pakatan Harapan melibatkan parti PKR , DAP dan PAN sebelum ini jelas sedang dicelarukan oleh kemasukan PPBM.Malahan pakatan itu yang lahir daripada kegagalan Pakatan Rakyat sebelum ini turut sama berdepan dengan parasit yang mula menggigit dari dalam.

Walaupun secara tersuratnya parti-parti dalam pakatan harapan dilihat duduk semeja dan seolah-olah punya dasar yang dipersetujui bersama hakikatnya kesemua parti-parti itu sedang berdepan dengan krisis kepercayaan.

Krisis ini yang bermula semenjak kemasukan PPBM sudah mula dipertontonkan kepada khalayak dan mereka seolah-olah terlupa bahawa rakyat sedang melihat dan menilai rentak tempo pembangkang ini.

Kekalutan sudah dapat dilihat apabila Presiden PPBM , Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan oleh Setiausaha Agung PKR , Datuk Saifuddin Nasution agar tidak terlalu gelojoh menuntut kerusi sedangkan parti itu masih baharu berada dalam Pakatan Harapan.

“Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi,” katanya kepada pihak media baru-baru ini.

Kenyataan ini dibuat apabila Muhyiddin pada 13 Disember lalu dilaporkan berkata , muafakat kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada partinya.

“Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan PAN) untuk menyumbangkan kerusi.

“Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral,” katanya.

Tidak cukup dengan itu , Ketua Penerangan PKR Selangor dalam kenyataannya pula membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi Shafiei , kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-nege­ri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada kenyataan tersebut Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad bingkas menempelak PKR dengan berkata parti itu sepatutnya membawa perkara berkaitan kerjasama politik termasuk soal pengagihan kerusi ke dalam mesyuarat tertutup melibatkan kepemimpinan tertinggi DAP, PKR, PAN dan PPBM.

"Selangor dan Pulau Pinang bukan milik PKR. Saya mencadangkan agar semua perbincangan mengenai agihan kerusi dilakukan dalam mesyuarat kepemim­pinan pakatan pembangkang.

"Ia menggambarkan betapa terdesaknya pihak yang mencadangkan perkara itu. Saya berharap cadangan-cadangan pramatang ini tidak lagi dibuat," !

Jelas apa yang sedang berlaku itu adalah krisis kepercayaan sesama parti dalam Pakatan Harapan dan sesuatu yang pasti adalah di mana DAP pada ketika krisis ini sedang berlaku ?

DAP dilihat tidak campur tangan dalam krisis ini kerana mereka tahu apa jua yang berlaku nanti kedudukan kerusi milik mereka tidak akan sesekali hilang dari gengaman khususnya di Pulau Pinang.

Kerusi milik DAP sudah pasti akan terus kekal menjadi milik parti itu seterusnya memerlihatkan kelicikan dominasi DAP terhadap Pakatan Harapan.

Biar PKR dan PAN tentukan apa yang perlu mereka lakukan untuk menyambut kehadiran PPBM yang kini begitu inginkan kerusi !

Di akhirnya nanti pada ketika PAN dan PPBM melutut untuk dapatkan kerusi , kedua-dua parti itu akan sedar betapa PKR telah selesa di Selangor manakala DAP senang di Pulau Pinang.

Disebabkan keadaan sedemikian kemungkinan akan berlakunya perpecahan dikalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan dan mungkin sampai ke tahap bertukar nama sekali lagi.

Yang kekal mendabik dada tetap DAP ... Yang bodohnya ?

Dominasi siapa kalau bukan mereka !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels