Followers

Saturday 10 December 2016

FITNAH TPM , Ada Pihak Tak Senang !


Kecoh di media sosial apabila sepucuk surat rasmi kononnya daripada TPM kepada PM disebarkan sejak petang semalam.Surat yang disebarkan itu menyentuh tentang tekanan TPM kepada PM dan gesaan supaya PM meletakkan jawatan.

Kebenaran surat tersebut amatlah diragui berkaitan format persuratan rasmi yang digunakan seperti menyebut gelaran Yang Berbahagia yang sepatutnya adalah Yang Berhormat untuk Ahli Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat sama sekali dengan surat yang diedarkan yang turut melampirkan senarai kabinet bayangan kerajaan baru yang akan dibentuk.

Yang pasti ini merupakan satu lagi serangan oleh pembangkang yang cuba memecahbelahkan hubungan antara Timbalang Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia.

Memang inilah kerja puak-puak tak bertamadun ni dan pastinya perkara yang sama akan terus berlaku sekiranya siasatan dan tindakan tidak diambil.

MMI harap pihak berwajib segera menjalan siasatan dan dedahkan dalang disebalik penyebaran fitnah tersebut ! Biar satu dunia kenal muka si bebal tuh !

Sebelum tu MMI nak bagitau kepada puak-puak tak bertamadun ni supaya berdirilah atas kaki sendiri dan sedarlah bahawa pendirian serta perpaduan sesama ahli UMNO hari ini jauh lebih kuat daripada sebelumnya.

Ada beza UMNO Selepas PAU 2016 !

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi tahun 2016 baru sahaja selesai dan melabuhkan tirainya.Semua perwakilan daripada segenap pelusuk negara hadir menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuklah daripada kawasan panas seperti Pagoh , Semporna dan lain-lain.

Sesuatu yang pasti PAU 2016 bukan sahaja membuka lembaran baru bagi satu-satunya parti politik milik orang Melayu yang kini menjadi tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional , bahkan hampir kesemua perwakilan khususnya jurucakap-jurucakap daripada setiap negeri memahami betapa dalam keadaan dan situasi pada hari ini , keupayaan dan keutuhan parti adalah perkara paling penting untuk terus dipertahankan.

Semua sedia maklum suasana PAU pada tahun 2016 jauh berbeza sama sekali dengan PAU pada tahun 2015.Semangat kepartian sebelum ini telah dilunturkan oleh sikap segelintir pimpinan UMNO yang dilihat sudah mula lari daripada landasan parti untuk duduk dan bersama dalam perjuangan mengangkat martabat Bangsa , Agama dan Negara.

Hanya kerana isu-isu panas yang kebanyakkannya adalah andaian serta tuduhan tanpa bukti telah merubah secara langsung kiblat mereka-mereka ini untuk tampil sebagai sebahagian daripada kumpulan pendesak sedang hakikatnya mereka terlalu mengikut emosi politik.

Kini setelah semuanya terdedah dan pengakuan dibuat untuk tidak lagi bersama perjuangan UMNO , maka PAU 2016 dilihat sebagai platform untuk seluruh jentera UMNO kembali "Reform" serta memperkukuhkan parti khusus dalam mendepani PRU14.

Seluruh negara pasti dapat melihat bagaimana PAU 2016 tetap malah lebih hebat daripada sebelum-sebelumnya apabila lautan perwakilan memenuhi segenap ruang di Dewan Merdeka PWTC selain kehadiran ribuan lagi yang berada di luar dewan.

Kalau mengikut kepada apa yang disebut sebagai pergolakan dan perantakan dalaman , sudah semestinyalah PAU 2016 akan suram dan menepati hasrat serta keinginan pimpinan yang telah meninggalkan UMNO serta pembangkang untuk melihat PAU 2016 di tolak oleh ahli UMNO sendiri atau paling tidak menjadi platform untuk menghentam kepimpinan parti dan negara.

Tetapi semua itu tidak menjadi bahkan UMNO dilihat jauh lebih matang dan berjaya mendepani keadaan politik yang sedikit goyah akibat tindakan segelintir mereka yang kini berpaling tadah dengan menjadi penyokong DAP !

Rata-rata ahli UMNO tanpa mengira kedudukan sepakat untuk segera membiarkan mereka-mereka yang meninggalkan parti mengikut haluan masing-masing dan berikrar untuk duduk bersama dalam satu saf kepimpinan yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Presiden dan Perdana Menteri Malaysia.

Isyarat jelas betapa UMNO kini sudah menyelesaikan semua permasalahan dalaman dan kini sedang mempersiapkan seluruh angkatan jentera partinya untuk berdepan dengan PRU14 yang hanya menanti masa sahaja.

Dan mungkin kerana itu jugalah kem pembangkang dan macai-macainya kini bak cacing kepanasan , natijahnya kelibat Tun Mahathir dilihat sudah bersama kepimpinan DAP dalam konvensyen parti cauvinis itu baru-baru ini.

Cukup memalukan apabila bekas pemimpin negara ini hadir tanpa diundang dan duduk sebaris dengan mereka yang dulunya dianggap sebagai penentang !!

Jauh berbeza dengan Tun Abdullah (hadir sewaktu PAU2016) yang kekal sebagai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati walaupun dulunya beliau adalah sasaran peluru-peluru politik !

Apakah rumusan disebalik apa yang dilampirkan diatas ?

UMNO akan kekal sebagai wadah dan parti yang memperjuangkan hak orang-orang Melayu , agama Islam dan Negara tanpa menolak kebebasan bangsa dan agama lain berdasarkan perlembagaan negara.

Iklim politik tanahair tetap tidak akan sunyi daripada pergolakan politik yang dicetuskan oleh gerakan beragenda emosi namun UMNO serta seluruh saf kepimpinanya kini jauh lebih yakin dan positif untuk terus mengangkat panji-panji parti khususnya dalam mendepani PRU14.

Presiden Parti , YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah pun membuktikan kata-katanya bahawa 3 juta ahli UMNO bersama-sama dengan saf kepimpinannya untuk terus melakar sejarah dan menjadikan bumi Malaysia lebih baik dan disegani seantario dunia.

Akhir sekali MMI nak bagitau tak payah susah-susah nak buat fitnahlah , pencen jalah daripada buat kerja-kerja tak berfaedah tu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels