Followers

Thursday 8 December 2016

Kit Siang & Tun Mahathir , Siapa Bakal Tersungkur ??


Sejauh Mana Penerimaan DAP Terhadap PPBM Di P.Pinang ????

Tanpa diundang apatah lagi dijemput , bekas pemimpin negara Tun Mahathir Mohamed hadir ke Persidangan Kebangsaan DAP yang diadakan di IDCC baru-baru ini.Kehadiran tersebut ternyata mengejutkan banyak pihak apatah lagi ianya atas kemahuan diri Tun Mahathir sendiri.

Barangkali kehadiran tersebut dibuat kerana hubungan yang wujud diantara DAP dan PPBM dalam gerak pembangkang di Malaysia.Ramai yang sedar tentang hubungan ini dan secara ringkasnya ianya adalah satu perkara biasa dalam dunia politik.

Hubungan seperti ini pasti wujud apabila agenda mahu menumbangkang kerajaan sedia ada menjadi keutamaan.Maka kerana itu kerjasama diantara DAP dan PPBM berlaku walaupun ramai dari kalangan pemerhati politik masih was-was dengan hubungan yang sedia terjalin itu.

Mengambil kira kedudukan tersebut maka sudah pastilah usaha bersama itu akan lebih kehadapan sehinggalah kepada perkara-perkara melibatkan PRU14 dan pembahagian kerusi.Oleh yang demikian proses tersebut sudah tentu akan melibatkan banyak pihak dan persetujuan semua pihak berkaitan perlulah diperolehi sebelum tindakan susulan diambil,

Dalam konteks politik Pulau Pinang yang kini pentadbiran kerajaan negerinya di terajui oleh DAP bersama-sama dengan PKR dan PAS , apakah ada ruang untuk wakil-wakil PPBM menempatkan diri mereka tanpa menidakkan kedudukan kerusi-kerusi parti yang bersama dalam satu pasukan ?

Sebagai parti politik keputusan ini penting kerana ia bakal menentukan jatuh bangun dan survival satu-satu parti politik itu sendiri.Dalam masa yang sama kehadiran PAN yang diterajui oleh bekas pemimpin PAS juga perlu diberikan pertimbangan memandangkan parti ini sejak ditubuhkan begitu taat dan setia bersama DAP sehinggakan pernah terlibat dalam konflik perebutan kerusi sewaktu PRN Sarawak tempoh hari.

Melihat kepada senario diatas maka wajarlah kita cuba melihat tentang peluang untuk "survival" PPBM khususnya di bumi Pulau Pinang !

Mengapa Pulau Pinang dan bukan Kedah ?

Kedah bukan lapangan yang baik untuk PPBM tempakan dirinya waima mampu memang sekalipun kerana dibumi jelapang padi itu PPBM hanyalah sekadar parti politik yang menghimpunkan orang-orang kecewa tetapi Pulau Pinang sebenarnya adalah nadi kepada kemampuan PPBM untuk menyerlah.

Berada dan bersaing dengan paksi kuasa utama dalam kem pembangkang iaitu DAP bakal memberikan kelebihan untuk PPBM melakar sejarah politik di tanahair.

Soalnya sejauh mana DAP mampu menerima kehadiran PPBM dalam pasca PRU14 ?

Semua sedia maklum DAP terkenal dengan permainan politiknya dan mereka mampu untuk menidakkan sokongan serta menolak mana-mana parti yang dilihat cuba menggugat kedudukan mereka selain daripada bertindak tanpa kawalan serta tidak berpegang kepada prinsip setiakawan.

Setiakawan dalam DAP hanya hadir sekiranya segala kemahuan DAP dituruti , tanpa anggukan dan persetujuan terhadap apa jua agenda mereka satu-satu parti itu bukan sahaja bakal dimusnahkan malahan akan dibuang jauh-jauh seperti mana yang telah berlaku terhadap parti PAS.

DAP bijak merencanakan agendanya dan sudah tercatat dalam sejarah bahawa perpecahan PAS sehingga terbentukan PAN bukan kerana pergolakan dalaman akibat daripada perbezaan kiblat tetapi berlaku kerana ideologi politik DAP yang disuntik secara perlahan-lahan melalui rangkaian DAP ke dalam PAS supaya meninggalkan roh perjuangan yang kononnya berpaksikan kepada Islam kepada sekular.

Tindakan Mat Sabu yang pernah menyeru supaya PAS meninggalkan sementara perjuangan Islamnya dan bersama-sama dengan perjuangan politik ala-ala DAP untuk mendapatkan kedudukan kuasa sebelum ini adalah bukti betapa gerakan dalaman secara halus itu cuba disemai semaksimum mungkin.

Natijahnya rata-rata ahli PAS menolak prinsip atau ideologi politik ini kerana mesej mereka pada ketika itu jelas Islam adalah keutamaan bukan kedudukan dan kuasa politik !

Akhirnya Muktamar PAS menjadi saksi kepada permulaan perpecahan apabila Mat Sabu kalah dalam pertandingan parti seterusnya membentuk PAN meneruskan legasi pencacai yang satu ketika dahulu dimiliki oleh PAS.

Kini situasi yang sama dilihat bakal berulang !

Kehadiran PPBM di bumi Pulau Pinang kini semakin agresif , kehadiran bekas-bekas pemimpin UMNO yang dipecat dan sokongan mereka yang kecewa dalam arus politik UMNO mula memberikan impak kepada kewujudan PPBM.

Gerak kerja mereka di akar umbi nampaknya semakin hebat dan isu-isu melibatkan 1MDB , dana 2.6 bilion , GST , kenaikan harga barang dan beberapa lagi isu lain dibawa mereka siang malam dan rakyat sedang dijanjikan dengan bulan dan bintang semata-mata untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi , setiap parti politik itu berhak untuk melaksanakan gerak kerja kepartian mereka selagi mana ia tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan negara.

Maka sudah tentulah PPBM akan berterusan berusaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat , namun sebagai rakyat kita wajar melihat dalam konteks yang lebih besar.

Apakah kita benar-benar yakin dan percaya bahawa PPBM dengan barisan pimpinannya pada hari ini termasuklah di peringkat akar umbi itu terdiri daripada mereka-mereka yang tidak punya rekod dan permasalahan sebelum ini ?

Adakah kita benar-benar yakin mereka-mereka itu mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di peringkat tertinggi ?

Malahan sebagai rakyat Pulau Pinang , adakah kita percaya bahawa kepimpinan DAP akan tunduk dan menerima sama ada syarat mahupun cadangan daripada pemimpin PPBM dalam membela nasib orang-orang Melayu ?

Sewaktu PKR dan PAS mempunyai wakil masing-masing pun , kerajaan DAP Pulau Pinang lebih banyak menekan kumpulan bumiputera selain bersikap "double standard" dalam urusan-urusan melibatkan orang Melayu.

Di mana suara pemimpin Melayu daripada PKR dan PAS ?

Selagi mana DAP berkuasa mutlak dan punya sokongan majoriti , selagi itulah pemimpin-pemimpin Melayu yang berada dalam PKR dan PAS akan terus dibangsatkan !

Dalam masa yang sama apakah kita yakin DAP akan bersetuju untuk memberikan kerusi-kerusi tertentu kepada PPBM untuk bertanding pada PRU14 nanti ?

Jika ya dimana agaknya ?

Tasek Gelugor ? Kepala Batas ? Permatang Pauh ? Balik Pulau ? 

Kenapa tidak di bahagian pulau ...  Jelutong , Tanjung , Bayan Lepas , Bukit Gelugor , Bukit Bendera ?

DAP akan sekali lagi bertindak licik dan mereka sudah tentu akan membenarkan kawasan-kawasan yang majoritinya orang-orang Melayu di tandingi oleh PPBM.Sekiranya itu berlaku pastinya akan ada bunyi-bunyi ketidakpuasan hati daripada PKR dan PAN.

Biar rosak segala , biar Melayu berpecah asalkan kedudukan kerusi DAP di bahagian-bahagian tertentu selamat.

Inilah agenda licik DAP yang Tun Mahathir agungkan !

Di Persidangan Tahunan DAP 2016 yang berlangsung baru-baru ini , Tun Mahathir berkata “Saya dapat lihat, di antara ahli-ahli DAP yang hadir hari ini, semua kaum ada. DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum.

“Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh kira-kira 3,000 hadirin.

Tun Mahathir boleh mengaku apa sahaja yang beliau mahukan dan mengangkat DAP setinggi-tingginya  , tetapi rakyat Pulau Pinang tidak akan pernah lupa kesan daripada permainan politik DAP terhadap seluruh warganya khususnya orang-orang Melayu.

Tun Mahathir mungkin teruja untuk menerima tepuk sorak dari 3 ribu penyokong DAP tetapi beliau lupa bahawa jutaan orang Melayu akan terkesan daripada tindak tanduknya yang kini mengangungkan DAP ! sumber

Baca juga artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2016/12/kalam-kiamat-tun-mahathir.html 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels