Followers

Tuesday 6 December 2016

Kalam Kiamat Tun Mahathir


Tidak perlu dinafikan peranan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin negara ini terhadap Malaysia.Segala jerit perih (jika ada) sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kebangkitan orang Melayu dan negara Malaysia amnya.

Sebagai pemerhati politik dan mula mengenal politik pada ketika era kepimpinan Tun Mahathir , MMI tidak akan sesekali melupakan jasa beliau kerana Melayu itu ada santunnya.Didikan dan tunjuk ajar daripada mereka-mereka yang begitu hebat memimpin kepada MMI dipergunakan sebaik mungkin kerana itulah bekalan yang boleh dijadikan sebagai pendinding sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Dalam berpolitik kita perlu bijak menilai dan mentelaah kerana satu kesilapan sahaja bakal mengundang bencana yang bukan sahaja mampu meruntuhkan diri tetapi juga perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

OBSES perlu kena pada tempatnya , 
TAAT wajib bersandarkan kepada perjuangannya dan 
SUMPAH biar berakal !

Semua itu MMI garapkan sedemikian rupa kerana pada hari ini kita sedang disajikan dengan aksi politik yang memerlukan kewarasan politik.Gagal untuk mentafsir maka kebarangkalian untuk terjebak atau terjerumus ke dalam politik sangsi yang penuh dengan kebencian itu ada.

Senario politik yang sedang berlaku pada hari ini jelas menuntut kita supaya lebih banyak membuat persediaan dari segi mental dan rohani.Kekuatan itu penting kerana yang berada dihadapan kita bukanlah dari kalangan mereka yang datangnya daripada parti cauvinis DAP sahaja tetapi sudah melarat hingga kepada mereka-mereka yang pernah punya nama besar dalam parti UMNO itu sendiri.

Malahan mereka-mereka itu bukan sahaja bernama besar dalam parti tetapi juga besar kedudukannya satu ketika dulu dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

Sebagai salah seorang pemimpin yang dihormati , Tun Mahathir merupakan individu terpenting yang telah menyedarkan MMI betapa Melayu itu perlu dipertahankan.Melayu itu adalah aset terpenting bagi kita semua dalam menongkah arus mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Jika Melayu itu tidak dipertahankan maka kesannya cukup dasyat ! Kita akan hilang segala-galanya malah identiti bangsa Melayu itu sendiri boleh terhakis dan hanya menjadi bahan sejarah yang mungkin satu hari nanti boleh ditatap oleh sebahagian besar manusia di tempat-tempat terpilih.

Semestinya sebagai orang Melayu , MMI tidak mahu melihat keadaan sedemikian berlaku dan menjadi tugas hakiki untuk pertahankan seperti mana yang sedang dilakukan oleh mereka-mereka diluar sana.

Namun kini insan yang pernah membentuk fahaman politik MMI berubah !

Jika dulunya insan inilah yang berpesan supaya menjaga institusi Melayu dengan sebaik-baiknya.

Jika dulu insan inilah yang berpesan kepada kita semua supaya berhati-hati dengan agenda dan gerakan DAP.

Malah insan inilah yang dulunya menyebut DAP dan barisan pimpinannya adalah pemain-pemain rasis yang perlu kita tentang habis-habisan.

Akhirnya semua itu tidak dipedulikan lagi , beliau hadir dan kini bersama-sama dengan DAP parti cauvinis semata-mata bagi mencari ruang dan peluang untuk terus bernafas.


Sebagai seorang negarawan , Tun Mahathir sebenarnya sedar dan tahu kehadirannya bersama DAP dibuat hanya untuk mendapatkan sokongan politik bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO.

Tun Mahathir sedang bermain-main dengan kepimpinan DAP malah tanpa sangsi MMI percaya DAP sedang dipergunakan oleh Tun Mahathir bagi menzahirkan hasratnya melihat UMNO dan BN jatuh tersungkur.

Tetapi Tun Mahathir juga perlu INGAT bahawa DAP turut sama sedang menagih malah menyedut saki baki aura Tun Mahathir untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia dengan harapan mereka (DAP) dapat mengemudi Malaysia.

Hakikatnya kesemua mereka yang kini kononnya bersama dalam kem pembangkang itu bukanlah seirama.Nada dan alunan tempo mereka mungkin nampak seiring tetapi realitinya bunyi yang terhasil itu cukup membingitkan.

MMI pasti Tun Mahathir tahu tentang bunyi ini tetapi dibisukannya kerana agenda dan kebencian Tun Mahathir terhadap UMNO terlalu membara.Jika boleh beliau mahu melihat UMNO dimusnahkan hari ini juga , jangan tinggalkan walau sekelumit pun kesan-kesan UMNO ini kerana UMNO hanya hebat pada era Tun Mahathir.

Inilah yang berlaku pada ketika Tun Mahathir belum menjadi Perdana Menteri !

Semua orang ditentangnya , semua orang dikritiknya sampaikan beliau pernah dipecat daripada parti !

Ini realiti keperibadian Tun Mahathir cuma yang membezakan beliau mampu bertahan selama 22 tahun adalah kerana sokongan jitu ahli UMNO selain tidak berada pada zaman fitnah memfitnah (media sosial).

Alhamdulillah hari ini ahli-ahli UMNO tidak lagi seperti dulu , mereka tampil dalam keadaan yang cukup bersedia.MMI tak nafikan ada sebahagiannya yang tersasar tetapi sebahagian besar lagi begitu optimis untuk terus mempertahankan parti keramat ini.

Mereka faham dan mereka sedar apa yang sedang berlaku ini memerlukan ketahanan yang kuat !

PAU 2016 menjadi titik nokhtah bahawa UMNO akan kekal sebagai sebuah parti dan Najib sebagai pemimpinnya.

Dan kerana itu Tun Mahathir tidak punya pilihan selain perlu bertindak dengan bersekongkol dengan mereka yang dulunya dianggap sebagai musuh politik paling utama !


“Kemalaysiaan DAP jauh lebih kuat dari parti MCA.

“Saya dapat lihat, di antara ahli-ahli DAP yang hadir hari ini, semua kaum ada. DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum.

“Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh kira-kira 3,000 penyokong DAP.

Inilah kalam kiamat Tun Mahathir !

MMI

2 comments:

  1. Pendirian Tun M jelas, aura dia pun diakui UMNO.
    UMNO yg kalut.... Tun M dah jelas tak sokong UMNO atau nak tumbangkan UMNO bukan satu rahsia lagi. Cuma UMNO pulak tak boleh duduk senang bila melihat Tun M berbaik dengan pembangkang.

    Yang hairannya di PAU orang UMNO kutuk Tun M. Sedangkan diluar sana ramai yg support perjuangan Tun M. Kena peka la sikit,.... pemimpin yg disukai , punya rating tinggi dan karismatik adalah ciri seorang ketua.

    UMNO tidak berpijak dibumi nyata.

    ReplyDelete
  2. Hindu Tua ni tak habis2 buat benda pelik

    ReplyDelete

Labels