Followers

Saturday, 14 January 2017

Mendepani Cabaran 2017 Dalam Konteks Ekonomi & Politik


Tidak ada mana-mana pihak mahupun negara di dunia yang mahu melihat keupayaan ekonomi mereka bersifat negatif dan berada pada paras 'Red Alert".Satu situasi yang amat digeruni oleh mana-mana pihak sekalipun kerana kesannya cukup besar sehingga mampu menyebabkan runtuhnya sesebuah kerajaan.

Situasi seperti ini sebenarnya sudah pun dipertontonkan kepada seluruh warga dunia melalui laporan-laporan yang disiarkan melalui semua rangkaian media.Sebagai contohnya walaupun MMI tak menafikan ianya ada berkaitan dengan kedudukan politik tetapi secara dasarnya kelemahan dalam pengurusan ekonomi , kemunduran pemikiran dan sokongan rupa bumi adalah antara perkara penting yang menjadi penyebab kepada berlakunya huru hara di bumi Somalia.

Malah kerana kelemahan-kelemahan ini akhirnya warga Somalia sudah menganggap "MELANUN" itu adalah satu PEKERJAAN bukan satu KESALAHAN yang sebenarya adalah satu perbuatan JENAYAH !

Inilah perbezaan yang MMI mahu terjemahkan dalam artikel ini kerana ramai di luar sana yang sebenarnya keliru dengan kepelbagaian sumber maklumat yang kini melata diatas talian sehinggakan berlakunya konflik kebolehpercayaan hasil daripada percaturan politik terhadap dasar-dasar kerajaan

Mempunyai kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh adalah asas kepada sesiapa jua , sama ada individu mahupun sesebuah kerajaan.Dalam suasana hari ini , seluruh dunia sebenarnya mendepani perubahan dan pergerakan ekonomi yang tidak menentu dan kerana itu kecekapan serta usaha mendepani situasi sebegini memerlukan perancangan yang teliti selain daripada merencana dasar-dasar yang boleh menjadi pemangkin kepada pemulihan dan pengekalan ekonomi yang mampan.

Pembinaan sebuah roket memerlukan persediaan serta perancangan yang melebihi tahap teliti kerana satu kegagalan sahaja akan menyebabkan tujahan roket itu tidak mampu mengangkat bebanan yang ditanggungnya.

Untuk itu semua keperluan perlu dipersiapkan dengan mengambil kira keupayaan dan kemampuan mewujudkan tujahan itu kerana roket yang mahu dilancarkan itu bakal berdepan dengan pelbagai halangan lain sewaktu ianya menuju ke bulan.

Selain daripada itu roket yang dibina turut sama perlu dilengkapi dengan ketahanan bagi menahan impak luaran kerana tekanan yang bakal ditempuhi sewaktu memasuki ruang atmosfera serta kemampatan kuasa vacum di ruang angkasa begitu hebat.

Oleh yang demikian ianya jelas memberikan kita gambaran betapa untuk melaksanakan sesuatu ianya memerlukan perancangan yang rapi supaya hasil dan keputusan itu boleh memberikan manfaat kepada semua pihak.

Ada dikalangan rakyat Malaysia yang lebih terarah untuk mempercayai adu domba daripada pihak-pihak yang bencikan kerajaan.Malahan dengan pelbagai usaha yang didokong oleh pembangkang , banyak perkara telah dipolitikkan sehingga ada dikalangan warga kita yang bertindak mengeluarkan wang simpanan di Tabung Haji hanya kerana kenyataan dangkal seorang pemimpin PKR yang telah mencipta persepsi negatif terhadap badan tersebut.

Natijahnya mereka yang mengeluarkan wang tersebut tidak mendapat sebarang manfaat sebaliknya pemimpin PKR terbabit terus tersenyum dengan simpanannya dalam Tabung Haji mencecah puluhan ribu ringgit.

Apa pengajarannya ?

Jangan terlalu ikut emosi dan kita perlu bijak mencongak sebarang maklumat yang disampaikan.Sebagai contoh apakah benar tuduhan mengatakan Najib itu perompak dan penyamun ?

Bagi segelintirnya mereka akan terus mengaku dan mengiakan sahaja tuduhan terbabit sebab emosi sudah menguasai diri sedangkan jika kita melihat dalam konteks yang lebih besar , kendiri yang dimiliki oleh Najib selaku pemimpin negara dengan pelbagai tindakan demi tindakan yang mengkhususkan kepada orang-orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia sudah cukup untuk menafikan tiap tuduhan terbabit.

Jawapan mudahnya adalah kepercayaan ! Kita tidak punya kepercayaan terhadap pemimpin dan lebih mengutamakan emosi yang kebanyakkannya didorong oleh ketidakmampuan memenuhi KEHENDAK.Ditambah pula dengan perasa POLITIK puak-puak pembangkang maka hidangan menjijikkan itu pun kita anggap sebagai melazatkan.

Inilah sebenarnya makanan yang disumbat ke dalam mulut rakyat Malaysia saban hari supaya hasil daripada zat makanan itu menguasai minda dan pemikiran seterusnya merubah seseorang daripada manusia menjadi zombie yang hanya menurut kata tanpa mampu menggunakan pemikiran yang waras.

Dalam Islam , jika ini tidak tangani dengan baik maka iman dan takwa itu akan dirampas seterusnya merubah seorang manusia muslim menjadi iblis yang suka memecah-belahkan sesama kita.

Ekonomi Malaysia 

MMI bukan dari kalangan pakar ekonomi tetapi berdasarkan perkembangan dan pengamatan apabila kita menyebut tentang kedudukan serta perkembangan ekonomi Malaysia ianya terbahagi kepada 2 perkara.

1.Usaha dan perancangan kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi.
2.Kedudukan dan kebergantungan ekonomi negara terhadap penguasaan kuasa dunia.

2 elemen ini merupakan perkara yang sebenarnya harus menjadi titik permulaan  bagi apa jua perkara yang memerlukan tafsiran kita sebagai rakyat.Ini penting memandangkan saban hari kita menerima pelbagai maklumat yang memerlukan keupayaan besar dalam membuat penilaian tentang kebenarannya.

Bukanlah sesuatu yang mudah kerana rata-rata rakyat Malaysia masih lagi kurang minat untuk mentelaah dan membaca sebaliknya lebih suka kepada maklumat sehala contohnya petikan , tajuk dan info grafik.

Oleh kerana itu berlakulah salah pemahaman yang terhasil daripada permainan persepsi serta tohmahan melampau sehingga akhirnya mewujudkan kumpulan pelampau yang bertindak melulu tanpa asas yang kukuh.

Tanpa kita sedari hasil daripada perbuatan dan tindakan melulu ini boleh menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara.Contohnya berlakunya keadaan yang tidak tenteram akibat daripada huru-hara yang dicetuskan oleh gerakan jalanan berbau politik dan juga serangan politik terhadap individu serta kerajaan yang memberikan impak negatif terhadap keyakinan pelabur.

Semua itu boleh merencatkan usaha serta perancangan kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara apatah lagi dalam mendepani krisis ekonomi dunia , Malaysia memerlukan pelan tindakan khusus bagi membolehkannya terus kekal bersaing supaya kemampuannya terus dipercayai para pelabur yang menjadi sebahagian besar daripada penggerak dan penyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

Buktinya dalam suasana yang sebegini pun eksport Malaysia pada bulan November 2016 telah melonjak secara mengejut sebanyak 7.8% seterusnya mencatat pertumbuhan eksport bulanan tertinggi pada 2016. 

Malah jumlah Import berkembang sebanyak 11.2%. Jumlah perdagangan meningkat 9.3% kepada RM136.63 bilion, manakala lebihan dagangan sebanyak RM9.03 bilion. Pada November, eksport ke China mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 12%, manakala eksport ke AS meningkat semula sebanyak 9.9%. Baca seterusnya di SINI 

Jelas apa yang dicatatkan itu menolak sama sekali tuduhan kononnya Malaysia bakal bangkrap seperti mana yang diwar-warkan oleh kalangan mereka yang terus berusaha untuk menumbangkan kerajaan.

Dalam masa yang sama MMI sebutkan tadi bahawa kita juga tidak dapat lari daripada kebergantungan terhadap penguasaan kuasa dunia dalam konteks ekonomi.Dengan nilai ringgit yang bersandarkan kepada kedudukan nilai Dollar Amerika kita perlu bersiap sedia daripada masa ke semasa kerana sebarang perubahan akan memberikan impak kepada nilai sesuatu dagangan.

Contohnya isu melibatkan harga minyak dunia yang tidak menentu , walaupun sebahagian besar hasil minyak ini datangnya daripada negara Timrt Tengah namun harga pasarannya mengikut nilai Dollar dan bukannya nilai mata wang negara-negara pengeluar minyak di Timur Tengah.

Oleh kerana itu apabila berlakunya perubahan dengan kenaikan nilai harga minyak setong dunia maka secara tidak langsung harga minyak di Malaysia juga akan berubah.Walaupun begitu kerajaan masih lagi berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat apabila menggunakan kaedah harga purata minyak sebulan bagi menentukan harga bulan berikutnya.

Cuba bayangkan jika harga minyak di Malaysia secara total mengikut harga pasaran harian dunia ?

Apakah kita boleh menerima keadaan perubahan harga yang berlaku pada setiap hari ?

MMI tahu bahawa tidak semua daripada kita sedar tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi mendepani sebarang perkara yang membabitkan dengan keperluan rakyat.Seperti yang MMI katakan sebahagian besar dari kita masih tidak suka membaca dan mentelaah selain lebih suka kepada elemen "suprise" yang mendatangkan syak serta rasa marah sedang hakikatnya ia adalah PALSU.

Dalam kita lebih suka mengkritik dan mengeluh , kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah pun mengepalai delegasinya ke sebuah negara di rantau Asia dan telah berjaya memeterai perjanjian pelaburan bernilai hampir RM144 bilion.

Manakala kerajaan turut mensasarkan lonjakan AS$160 bilion nilai dagangan kedua-dua negara menjelang 2017 daripada AS$400 bilion setahun pada 2016.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, angka itu merupakan sasaran pertama Jawatankuasa Khas Pemantauan, yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 4 November 2016 , bagi menggabungkan semua agensi di bawah kementerian untuk penyelarasan dan pemantauan aktiviti ekonomi dengan China.

Penubuhan jawatankuasa berkenaan yang merupakan inisiatif yang bermatlamat memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-China, diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semasa sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Kuala Lumpur-Beijing, Mei lalu.sumber 

Tidak cukup dengan itu kerajaan juga telah memeterai pelaburan bernilai 1 bilion Euro atau hampir 5 bilion ringgit melalui syarikat Osram sewaktu lawatannya ke Jerman.

Ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan bagi mengimbangi kesan ekonomi dunia dengan terus membawa masuk pelabur-pelabur supaya kedudukan ekonomi negara terus mampan.

Dan perlu MMI tekankan disini bahawa segala usaha kerajaan ini sudah pun dilakukan sejak dari awal sebelum kita memasuki tahun 2017 lagi.Usaha yang bersungguh-sungguh dengan pelan dan perancangan mendepani tahun 2017 ini jika kita lihat sebenarnya adalah bukti betapa kerajaan yang dimomokkkan oleh pembangkang dengan pelbagai tuduhan itu sama sekali menyimpang.

Jika kita lihat pembangkang yang begitu obses mengkritik kerajaan kini bukan sahaja sedang terpalit dengan pelbagai isu melibatkan negeri di bawah pentadbiran mereka , tetapi masih lagi GAGAL untuk mengotakan janji mereka terhadap rakyat.

Selangor misalnya masih lagi dibelenggu dengan masalah air yang amat memalukan sekali.Kerajaan negeri di bawah PKR terus berpolitik dan menjadi sebahagian daripada penggerak usaha memfitnah dan mengkritik kerajaan persekutuan sedang negeri sendiri bermasalah.

Pulau Pinang pula dengan pentadbirannya dimonopoli oleh DAP sudah pun memperlihatkan sikap rakus mereka dengan pelan dan perancangan yang sebenarnya tidak membantu rakyat.

Banyak kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang telah didedahkan dan pertuduhan kes mahkamah membabitkan Ketua Menteri Guan Eng sudah cukup untuk memberikan kita gambaran betapa pihak-pihak yang suka mengkritik dan memfitnah kerajaan persekutuan ini jauh lebih teruk dari itu.

Sebab itulah dalam ucapan YAB Perdana Menteri di Putrajaya baru-baru ini beliau menyebut tentang "Deliver".

Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia ;
2017 menyingkap tirai tatkala dunia sedang melalui pelbagai detik perubahan, sama ada positif mahupun negatif. Kesan daripadanya dirasai di setiap pelusuk dunia, Malaysia tidak terkecuali.
Walaupun begitu, saya yakin 2017 ini akan membawa lebih banyak detik perubahan positif berbanding negatif buat negara.
Alhamdulillah, kita telah pun dapat melihat sedikit-sebanyak arus perubahan positif ke arah kestabilan ekonomi, contohnya, harga minyak kini lebih tinggi pada US$54 setong berbanding US$44 pada waktu sama tahun lalu.
Tambahan lagi, harga minyak sawit juga kini lebih kukuh pada RM3,200 untuk satu tan, jika dibandingkan cuma RM2,600 tahun lalu. Harga getah juga telah meningkat 3 kali ganda.
Selain itu, Bank Negara juga telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengekalkan kestabilan ekonomi negara dan matawang Ringgit Malaysia.
Insya-Allah melaluinya kita akan dapat membendung keadaan ekonomi tidak menentu yang melanda baru-baru ini.
Pada masa sama, berkenaan soal pentadbiran, Kerajaan akan terus mengambil langkah memastikan rakyat sentiasa didahulukan.
Cara terbaik bagi ini adalah dengan melakukan tugas dengan sempurna dan memastikan penyampaiannya tercapai.
Dalam erti kata lain, kita perlu ‘deliver’.Oleh itu, dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pertama tahun ini, saya ingin menekankan bahawa tahun 2017 adalah tahun penyampaian.
Penyampaian bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi kita juga perlu pastikan ia mempunyai nilai kepada rakyat, pastikan bahawa segala projek, bantuan dan program yang telah dirancang sampai kepada rakyat.
Bagi mencapainya, kita perlu kepada perubahan cara pemikiran, para penjawat awam perlu fokus kepada penyampaian perkhidmatan usaha, latihan, penambahan nilai dan segala-galanya untuk kebajikan rakyat.
Insya-Allah, sekiranya kita tekankan perkara ini, dan bekerja bersama dengan gigih, saya yakin 2017 akan jadi tahun yang berjaya buat sektor perkhidmatan awam, yang seterusnya membawa kepada kesejahteraan buat rakyat keseluruhannya.
Bagi MMI , selagi mana kita terus istiqomah untuk memberikan yang terbaik kepada negara dan rakyat selagi itulah kita akan terus mendapat kejayaan demi kejayaan bersama.

Ya benar , ekonomi merupakan elemen terpenting dalam menyusun tadbir sesebuah negara supaya menjadi atau terus mampu bersaing.Persaingan ini bukan untuk menjatuh sesiapa tetapi untuk terus memastikan keupayaan yang dimiliki dapat terus diproses menjadi kebaikan kepada rakyat seluruhnya.

Tidak guna kita punya kuasa politik kalau kita tidak mampu menguruskan kedudukan ekonomi dengan bijak dan berdaya saing.

Oleh kerana itulah MMI yakin dan percaya kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu terus diberikan mandat menerajui negara kerana Malaysia memiliki begitu banyak potensi untuk terus mencipta kejayaan dan ianya memerlukan pasukan semantap Barisan Nasional.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels