Followers

Tuesday, 28 February 2017

30 Bilion Jauh Lebih Besar Dari 2.6 Bilion !!

MMI percaya untuk mengurus sebuah negara seperti Malaysia , kita memerlukan pasukan yang punya keupayaan mental dan fizikal yang kukuh.Mendepani cabaran global bukan hanya terletak kepada keupayaan berceramah di pentas politik semata-mata kerana ianya tidak akan membantu negara menjadi lebih baik.
Apa lagi yang mahu dimomokkan oleh kumpulan sebelah sana apabila satu persatu isu membabitkan dana yang selama ini menjadi bahan politik menyerang keperibadian Perdana Menteri dan kerajaan diperjelas ?

Malah dari pengamatan MMI sendiri , penjelasan itu bukan hanya berkisar kepada dana RM2.6 bilion tetapi sudah sampai ke tahap menolak sama sekali semua pertuduhan yang berlaku sebelum ini sebagai sampah politik.

Hari ini semua pihak sudah dapat mengenal pasti punca bau busuk yang diwar-warkan itu bukannya datang daripada kepimpinan YAB Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional tetapi dihasilkan oleh mereka yang mengaku sayang kepada rakyat.


Apa mungkin Tun Mahathir dan suku-sakatnya akan mempertikaikan pula keputusan serta kedudukan Raja Arab Saudi ? 

Atau sudah ada angan-angan untuk segera memanipulasi isu kononnya Raja Arab Saudi sudah awal-awal lagi bersetuju untuk mempertahankan Najib atas dakwaan atau apa yang disifatkan oleh Tun Mahathir sebagai pembohongan tentang sumber dana RM2.6 bilion ?

Agak-agak beb .. Siapa Malaysia kalau nak dibandingkan dengan Arab Saudi ?

Lihat dalam semua konteks , MMI yakin Arab Saudi jauh lebih hebat daripada Malaysia dan atas dasar itu apakah perlunya Arab Saudi melayan karenah Najib yang dituduh sebagai pembohong ?

Lebih menarik lagi , kehadiran Raja Arab Saudi ke Malaysia ini bukan sahaja membuka jalan dan mewujudkan peluang baru tetapi sudah pun memasuki pusingan melabur.

Pelaburan berjumlah AS$7 bilion menyamai RM30 bilion sudah pun dimeterai diantara kedua-dua belah pihak , jauh mengatasi nilai RM2.6 bilion itu sendiri.

Apakah Malaysia hari ini sudah tergadai kepada Arab Saudi ??????

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan syarikat minyak Saudi Aramco dan Petroleum Nasional Bhd (Petronas) akan memeterai perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion (RM30 billion) pada Selasa.

Dalam masa yang sama Perdana Menteri turut membidas pihak-pihak yang menyifatkan pelaburan asing besar yang mengalir masuk ke negara ini sebagai ‘menjual kedaulatan Malaysia’.

“Ia bukan soal tentang kedaulatan, tetapi tentang pelaburan yang akan memberi manfaat bagi kita. Ia akan membawa masuk modal asing, mengukuhkan ringgit dalam jangka sederhana. Ia juga bermakna lebih banyak peluang pekerjaan dan keyakinan kukuh terhadap ekonomi kita,” katanya.

Sewaktu beliau berjaya menarik berbilion ringgit pelaburan China semasa lawatan ke negara itu baru-baru ini puak pembangkang dan sewaktu dengannya mendakwa kononnya kedaulatan negara akan terjual kepada China.Baca selanjutnya di SINI 

MMI percaya untuk mengurus sebuah negara seperti Malaysia , kita memerlukan pasukan yang punya keupayaan mental dan fizikal yang kukuh.Mendepani cabaran global bukan hanya terletak kepada keupayaan berceramah di pentas politik semata-mata kerana ianya tidak akan membantu negara menjadi lebih baik.

Merancang dan mencipta peluang adalah satu keperluan utama selain daripada elemen-elemen lain yang perlu digarapkan sesempurna mungkin agar rakyat dan negara mendapat manfaat daripadanya.

Mendepani cabaran ekonomi global contohnya Malaysia adalah sebahagian daripada negara-negara di dunia yang kini berada dalam balapan yang sama.Objektifnya selari tetapi pendekatan berbeza , soal siapa di depan dan siapa di belakang bukan carian kita tetapi Malaysia akan terus berlari dan kekal dalam balapan dengan segala kemampuan mengikut corak dan pendekatan kita sendiri.

Tahniah YAB Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional ....

MMI

4 comments:

  1. Assalamualaikum, sekadar nak bertanya... ada sesiapa tak yang bawa surat* derma dari Arab, maksud saya surat derma yang Najib tunjukkan pada rakyat Malaysia derma dari Arab 2.6 billion tu dan tunjuk pada Raja Salman untuk sahkan sama ada surat itu betul atau tidak?

    *surat--> http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2016/03/12524361_10209081101770469_1490326943600249527_n.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok Arab ni datang bukan nak sahkan surat. Kalau nak juga pergilah Saudi sebagai mewakili pembangkang dan rakyat yg di bela untuk tunjukkan surat itu. Jawapan yg paling lembut, arab suruh kamu pergi buat umrah bukan buat fitnah.

      Delete
  2. nanti kalau ada surat, kau akan kata siapa yg keluarkan surat tu pulak...

    Bila ada surat pualak, nanti kau akan tanya " betul ke surat tu??"

    Nanti bila dah ada surat yang betul, kau akan tanya pulak " Siapa yg sahkan surat tu betul??

    nanti bila dah sah surat tu betul, kau akan tanyalah pulak " Syarikat/organisasi mana yg sahkan surat tu??

    Bla bka bla bla.......

    Itulah kalau hati dah busuk dan hitam, kebenaran langsung tak nampak!!!

    ReplyDelete

Labels