Apa jua tindakan oleh mana-mana pihak sekalipun ianya haruslah berpaksikan kepada kejayaan negara.Contohnya dalam mendepani perkembangan ekonomi dunia yang tidak menentu pada hari ini , semua tindakan haruslah ditumpukan kepada mewujudkan peluang-peluang yang boleh membawa pulangan kepada negara seterusnya rakyat akan mendapat nikmat daripadanya.
Namun suasana di Malaysia berbeza , saban hari kita dapat melihat bagaimana agresifnya pihak-pihak yang mengaku pro pembangkang sentiasa berusaha untuk memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia.
Sebagai rakyat kepada sebuah negara MMI rasa kita perlu tampil menjadi seorang warganegara yang punya keupayaan untuk membezakan soal ideologi politik kepartian dan juga soal negara.Ini penting kerana tanpa perbezaan dan pemahaman itu tindakan yang disusuli dengan emosi mahupun perasaan amarah akan melencong seterusnya menyebabkan negara terjejas.
YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata semua pihak harus berhenti daripada melakukan tindakan mensabotaj ekonomi demi kepentingan rakyat dan negara.
Katanya, pendapat dan pandangan yang dibuat tanpa fakta dan asas bertujuan memburukkan ekonomi negara sedikit sebanyak membawa sentimen yang boleh memberi kesan kepada ekonomi negara.
“Oleh itu, perkara ini tidak wajar diteruskan walaupun kita ada perbezaan pendapat politik, tapi kepentingan negara tidak seharusnya dijadikan sebagai pertaruhan dalam soal politik kepartian.
“Ini amat penting sebab kepentingan negara sepatutnya mengatasi segala-galanya dan inilah yang saya harap dan saya merayu jangan ada unsur-unsur sedemikian,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, semalam.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin tahu bagaimana kerajaan menangani tekanan ke atas ringgit dan sabotaj ekonomi yang dilakukan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan kestabilan ekonomi negara terjejas.
Perdana Menteri mengambil contoh di mana kerajaan baru-baru ini hampir terlepas pelaburan besar RM31 bilion Saudi Aramco disebabkan oleh tindakan sabotaj yang dilakukan pihak-pihak tertentu.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan berjaya meyakinkan pelabur berkenaan dengan mengemukakan fakta-fakta yang tepat mengenai keadaan sebenar ekonomi negara.
“Alhamdulillah, kita berjaya yakinkan mereka bahawa ekonomi Malaysia ini ditangani dengan begitu baik dan kita mendapat penarafan yang tinggi oleh badan-badan penarafan.
“Umpamanya kita dalam kategori ‘A-‘, hanya beberapa negara sahaja dalam kategori ‘A’, tetapi apa yang disebarkan pihak tertentu adalah sebaliknya,” katanya.Bernama
Politik seharusnya diwarnai dengan kepelbagaian usaha dan tawaran yang lebih baik dari pihak lawan bukannya persaingan dengan menjadikan elemen hasat dengki , dendam , emosi keterlaluan yang boleh memudaratkan negara dan rakyat.
Perkara ini bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi ianya sudah terbukti berlaku , Presiden PCM sudah pun menyatakan contoh-contoh kerja-kerja sabotaj ini melalui penulisannya di blog Datuk Huan antaranya pada 18 Julai 2013 yang lalu, pemimpin DAP dari Johor terutamanya ADUN Mengkibol Tan Hong Pin; ADUN Tangkak Ee Chin Li; ADUN Bentayan Chua Wee Beng dan Pemimpin PAS Mazlan Aliman.telah pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan syarikat GLC Taiwan Kuokuang Petrochemical Technology Company (KPTC) dari melabur didalam projek RAPID. Akibatnya, sebulan selepas protes diadakan di Taiwan oleh wakil - wakil DAP ini, KPTC pun telah menarik diri dari melabur di RAPID atas sebab - sebab tertentu.Baca SELANJUTNYA
Bagi MMI rasanya sudah sampai masanya kerajaan memikirkan pelan tindakan bagi menangani isu sabotaj seperti ini memandangkan kesannya amat besar bukan sahaja terhadap negara tetapi juga rakyat seluruhnya.
MMI
No comments:
Post a Comment