Followers

Tuesday, 25 April 2017

Apa Jadi Bila INVOKE Akui BN Terus Dapat Sokongan ?


Makin galak puak-puak pembangkang menyerang kerajaan dan kepimpinan negara makin ramai yang hilang minat untuk terus percaya dengan momokan politik pembangkang.Bagi MMI dalam konteks ini kem pembangkang seharusnya menyalahkan Rafizi yang terlalu bebas membuat fitnah dan serangan membabi-buta tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap gerak rancang pembangkang.

Sebagai manusia normal sudah tentunya kita akan merasa tertipu apabila setiap kali isu yang dibangkitkan hanyalah sekadar pelengkap suasana politik syok sendiri puak pembangkang.Diakhirnya mereka tanpa sedikit pun rasa malu akan mengaku ianya sekadar berjenaka.

Dalam semua gerak ini antara yang paling hebat dicanangkan adalah fungsi INVOKE sebuah pusat penyelidikan yang diterajui oleh Rafizi sendiri.

Jangan sesiapa menafikan peranan dan hasil kerja INVOKE kerana bagi Rafizi dan pembangkang disinilah segalanya akan bermula.

Cumanya MMI tertanya-tanya apakah keputusan INVOKE yang terkini akan ditolak mentah-mentah oleh Rafizi dan seluruh kepimpinan pembangkang ?

Merujuk kepada portal bnbbc , INVOKE yang dimiliki PKR mendedahkan kelebihan berada pada UMNO sekiranya berlaku saingan tiga penjuru dalam PRU-14.

Rafizi Ramli mengakui sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) masih kukuh serta akan kekal menerajui pentadbiran kerajaan pusat sekiranya senario itu berlaku.

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada MalayMail Online pada Selasa, terdapat tiga situasi yang dikaji dan semuanya menunjukkan memihak kepada UMNO,

“Dalam situasi pertama adalah pertembungan dengan PKR dan PAS di mana 29.8 peratus responden menyokong UMNO sementara 22.3 peratus akan sokong PKR dan 11.2 peratus akan memilih PAS.

“Bagaimanapun sebanyak 13.7 peratus tidak ada keputusan, 21 peratus tidak menjawab soalan sementara 2.1 peratus berkata mereka tidak akan mengundi,” kata laporan terbaharu pusat itu.

Dalam situasi kedua adalah pertembungan antara UMNO dengan PPBM dan PAS di mana sokongan masih kekal memihak UMNO dan PPBM pula menjadi pilihan kedua tertinggi berbanding PAS.

“Sebanyak 30.5 peratus akan mengundi UMNO, sementara 18.4 peratus akan sokong PPBM. Hanya 10.8 peratus akan menyokong PAS,” kata laporan itu.

Sementara itu, situasi ketiga membabitkan pertembungan antara UMNO dengan PAN dan PAS turut menyaksikan pengundi masih memilih UMNO dengan 32.2 peratus menyokong, sementara 16.1 peratus sokong PAN dan 12.5 peratus pula menyokong Pas.

Berdasarkan kejian itu, PAS bakal hilang banyak kerusi berikutan menubuhkan blok ketiga pembangkang iaitu Gagasan Sejahtera pada tahun lalu.

Daripada semua situasi ini, , PAS bakal hilang banyak kerusi yang ditandinginya jika berlaku saingan tiga penjuru dan kemungkinan pertambahan kerusi oleh UMNO.

Laporan portal itu juga menyebut kajian itu membabitkan 10,000 orang responden seluruh negara yang terdiri daripada 65 peratus Melayu/Bumiputera Muslim, 23 peratus Cina, tujuh peratus India dan lima peratus Bumiputera bukan Muslim.

MMI ternyata-tanya juga apakah keputusan ini sengaja dibuat untuk mengaburi perancangan pembangkang ?

Jika tanpa muslihat apakah Rafizi benar-benar boleh menerima hasil keputusan ini ?

Atau beliau akan sekali lagi menyebut semua yang diwar-warkan itu hanya satu lagi LAWAK JENAKA ???

MMI

2 comments:

  1. Jelas laporan ini dimanipulate untuk menakut2kan PAS. PH terdesak dan cuak undi penyokong BN akan kekal bersama BN. Tetapi undi pembangkang akan terpecah 2

    ReplyDelete
  2. Jgn percaya lgi apa2 yg ada hubungan dgn rafizi. Bnyk tipu drpd benar trmasuk kajian invoke.

    ReplyDelete

Labels