Followers

Monday, 24 April 2017

Tasek Gelugor Tidak Gusar Dengan BERSATU !

 

Dulunya dia adalah Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor kemudianya hadir dalam PRU13 sebagai calon BEBAS menentang Barisan Nasional dan kini hadir sekali lagi menumpang populariti Tun Mahathir dalam misi peribadinya untuk menjatuhkan YB Datuk Shabudin Yahya , Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor hari ini.

Memang kena benarlah Datuk Sharif dan konco-konconya memilih PPBM sebab secara ringkasnya parti cap bunga itu lahir dengan matlamat untuk menjatuhkan YAB Datuk Seri Najib manakala kehadiran Datuk Sharif bersama PPBM Tasek Gelugor pula dengan misi menjatuhkan YB Datuk Shabudin.

Tak ada beza apa pun sebab realitinya cakap-cakap pemimpin PPBM ni lebih kepada retorik persepsi penyedap bicara menghasut rakyat untuk hadam dan membenci UMNO.

Sepanjang PPBM wujud tidak ada satu laporan pun dibuat terhadap semua dakwaan mereka khususnya isu berulang 1MDB yang pasti disebut oleh Tun Mahathir pada mana-mana siri ceramah sekalipun.

Soalnya BUKTIKAN apa yang dimomokkan kepada rakyat ! Jangan bagi alasan sebab alasan demi alasan tidak akan mampu membuktikan apa-apa.

Dalam hal membabitkan PPBM Tasek Gelugor , ada dikalangan mereka kini sudah terlalu obses dan hanya menanti masa untuk PRU14.

Solanya sejauh mana kekuatan PPBM di Tasek Gelugor ?

Apakah benar kehadiran mereka sudah memberikan impak yang cukup besar kepada UMNO ?

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, PPBM tidak membawa sokongan yang besar dalam masyarakat.

“Umno Tasek Gelugor tidak merasa kegusaran dan kebimbangan tentang penularan parti berkenaan di sini, dan tindakan mereka dengan menguar-uarkan bahawa mereka telah bertapak di sini adalah satu perang psikologi.

Seharusnya PPBM sedar akan perkara ini dan tidak perlu menghabiskan masa mempengaruhi rakyat.

“Rakyat sudah faham kaedah yang menjadi asas dalam perjuangan sesebuah parti politik itu,” katanya.

Menurutnya, PPBM dilihat sebagai sebuah parti yang begitu rapuh dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

“Apa yang diuar-uarkan mereka hanyalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu saja. Dalam soal ini, jika kita lihat, sekiranya parti yang diasaskan atas dasar amarah, balas dendam dan tiada hala tuju biasanya terkubur dalam usia yang singkat.

“Kita tengok perkembangan di seluruh Malaysia misalnya di Negeri Sembilan, Johor dan juga di tempat-tempat lain ramai lagi mereka yang keluar dan ada sehingga jadi pengasas pun sudah keluar dari parti tersebut, pada saya dalam soal sebegini sepatutnya mereka memikirkan tentang keadaan itu dan bermuhasabahlah,” katanya. sumber


Yang terkini PPBM bawa Tun Mahathir turun berceramah di depan rumah dia.Ceramah yang diadakan di Pokok Machang itu diwar-warkan sebagai mendapat sokongan yang ramai.Pelbagai persoalan dilontarkan kepada yang hadir.

Cuma yang tak dilontarkan mereka adalah kenaikan surcaj air oleh kerajaan DAP Pulau Pinang .. hehehe sahabat baik beb mana boleh cerita ! 

Well MMI akan ulas isu yang dibangkitkan oleh PPBM termasuk Tun Mahathir dalam ceramah baru-baru ini di artikel seterusnya.

Kita tengok siapa mereka sebenarnya ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels