Followers

Wednesday, 5 April 2017

Putar Belit Kenyataan AP Tasek Gelugor , Di Sengajakan Atau Bodoh Sombong ?


Perbahasan berkenaan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat tiba-tiba tular di media sosial apabila ada pihak-pihak yang cuba memutar-belit hujah sebenar dengan menjadikan sebahagian daripada sesi perbahasan itu tajuk utama berita.

Tidak cukup dengan itu pimpinan pembangkang juga turut sama mengambil bahagian dengan menjadikan isu berbangkit sebagai bahan untuk dipolitikkan.

Soalnya apakah laporan-laporan yang dibuat itu benar-benar mencakupi isu utama yang diperbincangkan ?

Apakah isu yang dibangkitkan itu seolah-olah Ahli Parlimen Tasek Gelugor menghalalkan para perogol untuk dilepaskan daripada hukuman ? Atau isu perogol yang dikahwinkan dengan mangsa itu sudah dianggap sebagai penyelesaian kepada tindakan rogol itu sendiri ?

Hakikatnya kita perlu tahu bahawa apa yang diungkapkan oleh YB Datuk Shabudin itu adalah berdasarkan kepada usul yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Kulai agar perkahwinan untuk perempuan di bawah umur 16 tahun diharamkan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor YB. Datuk Shabudin Yahaya (BN) membidas dengan menyatakan bahawa di dalam kes-kes tertentu untuk perkahwinan bagi perempuan di bawah 16 tahun perlu dirujuk kepada Hakim Mahkamah Syariah.

Menolak usul yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kulai, Shabudin menjelaskan mengikut Enakmen Keluarga Islam pindaan tahun 2004 khususnya bagi negeri-negeri seperti Pulau Pinang dalam Seksyen (8) telah menetapkan had umur perkahwinan lelaki adalah 18 tahun dan perempuan 16 tahun.

"Ia telah dipersetujui secara undang-undang dan syariah".

"Bagi kes-kes tertentu buat perempuan di bawah umur 16 tahun apabila perlu dikahwinkan ia perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah."

Di dalam penjelasan beliau, Shabudin turut menyebut bahawa bagi kes-kes sebegini ia tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya mesti merujuk keputusan Hakim Mahkamah Syariah kerana mereka mempunyai pertimbangan-pertimbangan khusus yang dilandaskan kehendak syariat dan tuntutan agama.

"Mahkamah Syariah tidak boleh sewenang-wenangnya dan memutuskan perkahwinan bagi perempuan di bawah umur 16 tahun".

Menyentuh isu rogol dan zina yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Subang, Shabudin menjelaskan "bagi kes-kes berkenaan (kes rogol), yang tetap jenayah tetap jenayah." 

Dalam perbahasannya, beliau menegaskan dalam hal perkahwinan yang melibatkan mangsa rogol keizinan wali dan kebenaran dari Mahkamah Syariah akan menentukan samada perkahwinan itu dibolehkan kerana maslahat yang dipertimbangkan kedua-dua pihak.

Dari sudut pandangan Islam, jika perkahwinan diantara perogol dan mangsa rogol dibenarkan. Maka, perkahwinan tersebut dibolehkan dan adalah sah.

Namun, penyelewengan kenyataan yang dikarang oleh akhbar The Star, media arus perdana dan media pro-pembangkang bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah tidak menceritakan hujah utama yang diutarakan oleh beliau berkenaan isu perkahwinan bawah umur dan rogol.

Sebaliknya mereka lebih memberi fokus kepada isu di luar premis perbincangan di dalam tempoh waktu tersebut oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika menolak cadangan pindaan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai (DAP).




Dalam masa yang sama Shabudin turut mengulas isu membabitkan perkahwinan antara perogol dan mangsa.
Apa yang saya ingin tekankan disini adalah tiada apa-apa peruntukan yang menghalang mereka ini untuk berkahwin.
Laporan media yang menunjukkan bahawa saya menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini diambil dari luar konteks (out of context) di mana penekanan saya sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan.
Walau bagaimanapun, kes jenayah rogol yang dilakukan itu masih tetap menjadi satu kesalahan jenayah dan terpulanglah kepada pihak polis dan mahkamah dalam menentukan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh perogol tersebut.
Tetapi dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan rogol oleh undang-undang sebagai ‘statutory rape’ tetapi atas dasar persetujuan bersama (with consent).
Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.
Walau bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu dapat kebenaran mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin.
Isu ini sepatutnya dilihat dari sudut positif contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri terutamanya bagi kes ‘with consent’ tadi.
Pada masa yang sama, perkahwinan ini bukanlah ‘back door exit’ untuk halalkan kesalahan rogol.Baca Selanjutnya di SINI 
Apa jua yang berlaku "Damage has been done" oleh pihak-pihak yang terlibat sejak dari mula isu ini tular di media sosial !

Pada pandangan MMI seharusnya pihak terlibat tampil membuat permohonan maaf segera kepada YB Datuk Shabudin Yahaya memandangkan laporan yang disiarkan itu jelas sama sekali bercanggah dengan isu dan perkara yang dihujahkan.

Cuma MMI terfikir apakah tindakan pihak terlibat itu dilakukan dengan sengaja ? 

Jika ianya disengajakan apakah motif sebenar disebalik tindakan tersebut ?

Menyiarkan berita tanpa usul periksa bukan sahaja menyebabkan imej pihak penyiar terlibat tercalar tetapi ianya bolehlah dianggap sebagai BODOH SOMBONG !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels