Gambar sebelah dikatakan individu yang bertanggungjawab merakam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu kursus anjuran Biro Latihan UMNO di Janda Baik Pahang.
Dalam artikel sebelum ini pun MMI dah mempersoalkan tentang penyebaran rakaman terbabit ( Klik Sini ) dan kerana perbuatan itu maka pelbagai spekulasi timbul malah tidak kurang juga yang berlumba-lumba membangkitkan persepsi kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengistiharkan perang dengan YAB Perdana Menteri.
Apa yang boleh MMI katakan adalah suasana panas pada ketika ini nampaknya tidak cukup bagi sesetengah mereka diluar sana kerana melihat panas itu tidak mampu memerah keringat pihak yang ditohmah.Sebaliknya yang ditohmah itu bangkit dan terus berikrar untuk memastikan hala tuju parti UMNO dan kemelut yang melibatkan isu-isu nasional diselesaikan dalam sedikit masa lagi melalui cara dan kaedah yang jauh lebih berwibawa iaitu berlandaskan siasatan dan laporan pihak yang profesional.
Yang menghairankan , masih ada lagi dikalangan kita yang lebih suka melihat permainan persepsi dan tuduhan tanpa bukti itu sebagai wadah untuk berdiri kononnya atas nama rakyat.
Come on , jangan play safe dalam hal sebegini kerana sedikit sebanyak siapa jua yang bersama kepimpinan negara adalah mereka yang turut terlibat sama dalam semua isu yang dibangkitkan !
Mengambil contoh kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang penyebaran ucapannya di Janda Baik yang menggesa supaya anggota lembaga pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat.
Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu.
"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno. Itu padangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.
"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkaran yang tersebut," katanya, kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini.
Muhyiddin dalam video berkenaan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dengan hutang itu.
Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube.
Muhyiddin berkata beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.
Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat.
Niat dan kemahuan itu ada asasnya namun setelah keputusan diperingkat awal dibuat yang mahukan supaya Jabatan Audit Negara menyiasat kedudukan 1MDB seterusnya melibatkan pula jawatankuasa PAC maka tindakan kali ini seolah-olah tersasar daripada keputusan awal sebelumnya.
Persoalan yang bermain di fikiran MMI adalah kenapa mahu PECAT kesemua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB ? Apa kesalahan mereka ? Apakah hanya kerana permainan persepsi dan tuduhan liar yang kini sedang berlaku , mereka (Ahli Lembaga Pengarah 1MDB) perlu terus dihukum ????
Undang-undang apa yang mahu diguna pakai oleh Timbalan Perdana Menteri ini ???
Bukankah tindakan sedemikian lebih memburukkan keadaan sekiranya kerajaan mengambil tindakan keras terhadap kumpulan terbabit hanya kerana kedudukan Perdana Menteri , UMNO dan kerajaan tergugat hasil daripada isu-isu yang sedang dimainkan pada hari ini ??
Keputusan pimpinan negara yang mahukan supaya isu 1MDB ini disiasat dan kemudian dilaporkan semula adalah satu tindakan yang cukup berhemah sebenarnya.Beri peluang agar ada bukti dapat dikemukakan sebelum sesuatu tindakan atau hukuman dibuat !
INI PRINSIP !!
Bukankah seluruh warga Malaysia juga mahukan jawapan yang sebenar-benarnya ?? Dan pastinya jika ada pihak yang melakukan kesalahan maka hukuman itu berdasarkan kepada asasnya , jauh berbeza daripada kita menghukum hanya kerana ia melibatkan kedudukan Perdana Menteri , parti dan kerajaan !
Kenapa perlu sampai melatah ni ??
Paling memeranjatkan MMI adalah tidak ada sebarang ulasan mahupun kenyataan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan siapa dalang yang merakam dan menyebarkan rakaman itu sehingga menjadi viral dan digunakan oleh banyak pihak sebagai bahan untuk mengadu-dombakan hubungan antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Program tertutup yang sudah dimaklumkan bahawa sebarang bentuk rakaman adalah DILARANG ! Dan Muhyiddin langsung tidak mempertikaikannya !!
HAIRAN ???
MMI
Kalau pecat BOD,siapa pula nak di lantik?.Para kroni bekas PM yg memang menanti peluang itu atau ada geng Muhyeddin yg lebih berwibawa?.Saya lebih yakin pada BOD yg ada sekarang.
ReplyDeleteApa nak di hairankan?
ReplyDeleteIsu 1MBD ini adalah skandal terbesar era Najib. Ia dah lama di bincangkan tetapi menjadi serius apabila 1MBB gagal membayar jumlah faedah di atas pinjaman bon. (pembayaran faedahbukan pambayaran pokok) sampai terpaksa meminta kabinet meluluskan pinjaman tambahan kepada 1MDB.
Pada mulanya kabinet tidak bersetuju memberi pinjaman tambahan tersebut tetapi mengalah (bersetuju) apabila Najib bersetuju supaya AG dan PAC memeriksa akaun 1MDB.
Namun AG mengambil masa agak lama utk memberi lapuran merka sehingga PAC mengambil keputusan utk memulakan siasatan tampa menerima lapuran AG terlebih dahulu.Kenapa anda tak mengkritik PAC yg telah medahului lapuran AG? INI PRINSIP !!!!
Keadaan menjadi parah sekarang apabila setiap hari ada aje lapuran nagatif terhadap 1MDB sehingga ahli-ahli UMNO sendiri menjadi binggung untuk menjawab segala persoalan. Lembaga Pengarah 1MDB pulak masih lagi kunci mulut.
Jika dulu Najib mengarahkan BOD 1MDB utk meletakkan jawatan, ia boleh dijadikan bukti seperation of power between BOD dan Advisor of 1MDB. Sekarang dah terlambat.
MDB dah jadi toxic. Semakin ramai pemimpin-pemimpin UMNO menjauhkan diri dari terpalit dgn skandal ini. Ini adalah hakikat. Dalam politik hakikat ini lah yg menatasi prinsip.
Apasai hang marah sangat ? Kalau Mahyudin naik jadi PM nanti ,alamat blogger macam hang nanti makan dedak lah kesudahan nya.
ReplyDeleteApa nak hairan,.patutmye kau hairan kenapa najib x buang lagi org2 bingai dlm 1mdb.. dan knpa najib berbohong
ReplyDeleteMMI.....U choose to wait for AG's and PAC's report before initiating action (or to save someone?). The BN voters are concerned about pru14.....hardly less than 3 years away. Time factor....friend. Once you lose, guess you would not be blogging like now....also minus fulus.
ReplyDeleteThink hard bro......bangsa, agama dan negara
.
hahaha...xpa nnti konsultan penjajah di PMO akan selesaikan masalah ni
ReplyDelete#jibbyLetakJawatan
Tuan, asyik2 cakap semua fitnah. Part mana yang fitnah? Hutang ada 42 billion dengan lebih 20 billion tak tau pergi mana? Duit simpan kat bsi singapore? Orang tak tohmah jib. Orang awam cuma tanya soalan yang so far tak ada jawapan.
ReplyDeleteJawab kat parlimen pun menipu. Hang pulak nak bela punya pasal cerita pasal bulan, bintang, ikan, kereta...