Gambar atas tu adalah protes daripada ADUN DAP Tanjung Bungah , Teh Yee Cheu pada 2014 yang lalu berikutan kegagalan tindakan daripada pihak kerajaan DAP Pulau Pinang menangani isu penerokaan tanah haram di Bukit Relau.
Beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap penggondolan sebahagian daripada bukit yang dapat dilihat dengan jelas dari arah jambatan Pulau Pinang.Malahan pemilik tanah juga dilihat gagal untuk menjalankan mitigasi dan pemulihan.
Teh berkata selain MPPP yang membawa pemaju ke mahkamah berhubung perkara itu , tiga agensi lain Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Alam Sekitar Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri juga perlu mengambil pemaju untuk tugas berhubung perkara itu.
Beliau berkata jabatan boleh mengambil tindakan terhadap pemaju di bawah beberapa akta termasuk Akta Perhutanan Negara 1984 dan Kualiti Alam Sekeliling (pindaan) 2012 untuk beberapa kesalahan termasuk pembalakan haram dan kerosakan kepada alam sekitar.
"Ini adalah masalah alam sekitar yang serius. Tiada siapa yang boleh melanggar undang-undang," katanya. baca selanjutnya di SINI & SINI.
Well itu adalah tindakan daripada wakil DAP sendiri yang melihat kepincangan pengurusan kerajaan negeri di bawah DAP ! Agak-agaklah bagaimana respon daripada pihak kerajaan negeri sendiri terhadap rungutan dan persoalan yang dibangkitkan ?
Kena ingat ya , ini bukan datang dari UMNO atau BN tapi dari orang yang selama ini menyokong DAP dan puak-puak pembangkang !
Kalau UMNO dan BN mungkin DAP tak nak layan sebab dianggapnya kumpulan ini cuba untuk memusnahkan reputasi kerajaan DAP di Pulau Pinang .. So apa jadi sejak 2014 tu ?????
Nah video atas tu menjelaskan segala-galanya , sehingga ke saat ini apa yang dibangkitkan langsung tak pernah di layan dan DAP terus dengan agendanya mencari keuntungan semaksima mungkin untuk kesejahteraan Dinasli Lim dan konco-konconya.
Di manakah Slogan Cleaner Greener Penang yang digunakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang??
Apa yang EP lihat bukannya semakin Greener tetapi semakin teruk bukit diterokai untuk dijadikan kediaman mewah..
Jadi tak hairanlah banjir kilat akan melanda Pulau Pinang setiap kali apabila hujan lebat kerana kawasan tadahan hujan habis digondolkan oleh kerajaan DAP. Pada hari Sabtu yang lepas Pulau Pinang hampir lumpuh akibat banjir kilat..Jalan raya dan rumah-rumah ditengelami oleh air lumpur yang turun dari bukit..
Apa yang menariknya, Ketua Menteri DAP masih anggap rakyat Pulau Pinang bodoh dan boleh ditipu dengan alasan-alasan yang tak masuk akal apabila setiap kali berlakunya banjir kilat..
Cuba bayangkan apa akan jadi jika keadaan ini dibiarkan tanpa sebarang pencegahan oleh pihak berkuasa..Segala peralatan yang ada dirumah akan rosak..kenderaan akan ditengelami air dan jalan raya akan berlubang setiap kali banjir kilat berlaku..berapa banyak wang akan dibazirkan apabila berlakunya banjir kilat..baik duik poket sendiri mahupun duit yang dicukai dari rakyat..
Ketua Menteri DAP pernah berjanji pada rakyat Pulau Pinang akan menyelesaikan masalah banjir..Malangnya 8 tahun sudah berlalu, bukan semakin baik tetapi semakin teruk banjir kilat melanda Pulau Pinang..Alasannya air pasang dan hujan lebat yang berlebihan mengakibatkan banjir kilat tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah bukit digondolkan dan laut ditambak secara rakus demi keuntungan..
Lama mana rakyat Pulau Pinang sanggup ditipu oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang???? EP
MMI nak tanya ada DAP ambil tau tentang nasib rakyat Pulau Pinang ?????
MMI
No comments:
Post a Comment