Followers

Tuesday 23 May 2017

Exco Srikandi PPBM Pula Letak Jawatan !!!


Baru sangat tubuh rasanya dah dengar macam-macam bunyi melibatkan pimpinan parti cap bunga ni , Apa sudah jadi Mahathir ???

IPOH 23 Mei - Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zulaiha Sidek mengumumkan peletakan jawatan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PPBM Perak yang kini bergolak.

“Keputusan ini adalah atas desakan diri sendiri sebagai tanda sudah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani. - UTUSAN ONLINE

Semalam lagi teruk bukan ahli letak jawatan tapi desak PRESIDEN supaya letak jawatan ....

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.

Apa cer ???

Baca artikel berkaitan di SINI

MMI

1 comment:

Labels