Followers

Monday 22 May 2017

Muhyiddin Kini Di Desak Lepaskan Jawatan PRESIDEN PPBM !!


Apa sudah jadi Muhyiddin ??? Jika dulu dia yang desak orang untuk lepaskan jawatan maka rasanya Muhyiddin perlu menerima desakan ini dengan hati yang terbuka untuk membuktikan bahawa harga diri dan maruah politik Muhyiddin adalah yang terbaik daripada semua orang lain.

Disinilah kita nak tengok sejauh mana kredibiliti dan integriti pemimpin PPBM ini memandangkan desakan ini datangnya daripada ahli-ahli PPBM sendiri !


IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.

Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.

Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.

“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.

“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - utusan 

So agak-agak ampa Muhyiddin nak terima dan lepaskan jawatan tak ?

Haha letak lagi bagus lah sebab nama ja presiden tapi orang lain yang lebih-lebih sampai tak nampak peranan langsung !!!!

MMI

1 comment:

Labels