Followers

Friday 12 May 2017

PKR vs DAP Perang Besar Bakal Meletus ??


Kalau benar Azmin adalah penyokong kuat kepada Pakatan Haprak dan tidak punya agenda selain mahu melihat politik Pakatan Haprak menjadi pilihan warga Malaysia maka tiap keputusan Menteri Besar Selangor ini mestilah bertunjangkan kepada dasar Pakatan Haprak.

Semua pihak sedia maklum DAP sebagai kepala besar dalam Pakatan Haprak hari ini sudah pun menolak PAS dan menganggap parti itu sebagai musuh apabila tidak mahu menerima dan menghormati dasar-dasar Islam yang cuba di bawa PAS selama bersama dengan parti cauvinis itu.

Bukan setakat itu sahaja , DAP mula memberikan tekanan kepada PAS dengan pelbagai tohmahan dan cerita-cerita rekayasa politik untuk menutup dasar cauvinis dan perkauman mereka !

Alhamdulillah PAS akhirnya sedar dan mula berubah walaupun perubahan itu menyebabkan parti tersebut berpecah sehingga wujudnya PAN , agen DAP untuk terus menggula-gulakan orang Melayu dan Islam.

Serentak dengan keputusan itu , hubungan yang terbina antara PAS dan PKR mula goyah memandangkan DAP terus memberikan tekanan terhadap kerjasama dan hubungan yang terbentuk sedangkan Pakatan Haprak tidak melibatkan parti PAS.

Realitinya PKR khususnya Azmin amat mengharapkan PAS kekal bersama dalam Pakatan Haprak dan ianya dapat dilihat sejak isu PAS dan Pakatan Haprak timbul.

Namun tekanan berterusan daripada DAP telah menyebabkan Azmin tidak mampu untuk terus bertahan dan akhirnya Menteri Besar Selangor ini bukan sahaja sedang membunuh karier politiknya apabila wujud team-team dari PKR yang pro kepada pemimpin PKR yang lain tetapi sudah sampai ke tahap membuka ruang untuk musuh politiknya mengambil kesempatan.

Jika benar Azmin faham dan menerima dasar-dasar Pakatan Haprak yang melibatkan parti-parti DAP , PKR , PAN dan PPBM sudah barang pasti Menteri Besar Selangor ini akan MEMECAT ke semua EXCO PAS di Selangor bukannya bersandiwara.

Azmin boleh pula melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan kerjasama politik dengan PKR.

“Saya kecewa dengan keputusan itu, bagaimanapun ianya adalah pilihan PAS sendiri.

“Dan ini sedikit sebanyak satu keputusan yang membelakangkan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan demi negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya di bangunan SUK Shah Alam, Jumaat.

Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan bersama tiga EXCO iaitu Datuk Iskandar Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

“Saya akan membawa penjelasan mereka kepada presiden PKR yang kini dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat untuk lihat apakah tindakan seterusnya, sama ada mereka akan digugurkan atau tidak,” kata Azmin

Semalam Sallehen dilaporkan berkata, PAS Selangor akan kekal dalam pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga DUN dibubarkan.

Ada beberapa perkara yang perlu kita lihat ...

1.Apa jua keputusan wakil PAS itu adalah hak mereka sebab jawatan yang dipegang dan pucuk pimpinan PAS Pusat perlu mengeluarkan arahan sama ada pengekalan itu perlu atau tidak.

Bagi MMI PAS perlu tinggalkan Selangor !

2.Jika kekal maka Azmin jelas tidak menghormati prinsip dan dasar Pakatan Haprak itu sendiri malah beliau hilang integriti sebagai seorang pemimpin dalam Pakatan Haprak memandangkan masih bergantung harap kepada parti yang tidak menyokong Pakatan Haprak.

3.Kredibiliti Azmin selaku Menteri Besar perlu dinilai semula oleh parti-parti dalam Pakatan Haprak kerana walaupun PAS sudah mengesahkan membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR , Azmin masih lagi berusaha untuk mengekalkan ketiga-tiga wakil Exco PAS terbabit.

4.Bukankah tindakan seumpama ini  membelakangkan prinsip Pakatan Haprak itu sendiri ?

5.Jika DAP berdiam maka jelas ke semua parti-parti dalam Pakatan Haprak sebenarnya pengecut dan lebih banyak bergantung nasib untuk kekal berkuasa.

6.Jika DAP bertindak , maka tindakan yang bagaimanakah perlu diambil ? Sebab PKR khususnya Azmin hampir pasti akan membalas tindakan tersebut dengan mempersoalkan kedudukan wakil PAS YB Salleh Man dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ?

7.Maka akan timbullah pertikaian sesama sendiri yang memungkinkan berlakunya perang politik sesama PKR dan DAP seperti mana yang berlaku dalam PRN Sarawak !

Akhir sekali kedua-dua parti DAP dan PKR masih lagi bergantung harap kepada PAS dengan pengekalan wakil-wakil tersebut sedangkan mereka sepatutnya lebih agresif bertindak sama agresif mereka berhujah !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels