Followers

Monday, 29 May 2017

Siapa Nak Tanggung Hutang RM19 Bilion ??


Kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP meluluskan satu rang undang-undang membenarkan anggota Exco negeri itu diketuai Ketua Menterinya untuk meminjam wang dari Exim Bank milik negara China tanpa memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri, diluluskan pada Khamis.

Langkah kontroversi dan berisiko tinggi itu turut mencetuskan persoalan di kalangan tiga wakil rakyat PKR dan dua ahli dewan undangan negeri DAP yang mempertikaikan rang undang-undang itu, di mana salah seorang dari PKR turut memberi amaran, Pulau Pinang terdedah kepada sebuah negeri muflis seperti Greece.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, pada Khamis, telah meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang kini berdepan dengan dua pertuduhan jenayah rasuah, ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata enakmen itu diperkenalkan bagi mewujudkan suatu perundangan baharu mengenai pinjaman kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terdahulu, ketika membahaskan rang undang-undang itu, Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata beliau khuatir pinjaman yang akan dibuat kerajaan negeri kelak akan menyumbang kepada risiko hutang negeri yang tinggi.

Beliau berkata difahamkan pinjaman itu turut membiayai pelaksanaan beberapa projek pembangunan negeri termasuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang 2013-2030 (PTMP) yang melibatkan kos tinggi.

“Rang undang-undang yang dibentangkan hari ini jelas menunjukkan kerajaan negeri meletakkan Pulau Pinang dalam risiko hutang yang besar,” katanya.

Sementara itu, Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) pula mempersoal mengenai jumlah wang dan tujuan kerajaan negeri membuat pinjaman itu.

“Saya sebagai pemegang amanah ingin tahu kenapa rang undang-undang ini perlu diluluskan. 
Berapakah jumlah wang yang diperlukan (pinjaman) dan tujuan untuk kita buat pinjaman ini. Adakah RM1 juta atau RM100 juta atau RM10 bilion. Jumlah ini jika satu jumlah yang besar akan bebankan kita,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil contoh pengalaman negara luar seperti Greece, Indonesia dan Filipina yang berdepan dengan bebanan hutang sehingga terpaksa menggadai tanah.

Tahun lalu, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata perbelanjaan bagi PTMP telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion dan kerajaan Pulau Pinang perlu membuat pinjaman dalam jumlah bilion Ringgit bagi menampung perbezaan itu, atau pada jumlah RM19 bilion.

PENDUDUK PULAU PINANG TANGGUNG HUTANG RM28,000 SETIAP SEORANG

Dengan kiraan nisbah penduduk Pulau Pinang berjumlah 1.7 juta, hutang kerajaan negeri itu akan ditanggung setiap penduduknya dengan jumlah RM28,000 setiap seorang tanpa mengira usia termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Manakala pada masa sama, perbelanjaan pentadbiran kerajaan negeri turut meningkat lima kali ganda dari RM280 juta pada 2008 kepada RM1.5 bilion bagi tahun ini.

Pendapatan lazim tanpa penjualan aset kerajaan negeri adalah kira-kira RM400 juta setahun.

Minggu lalu, kerajaan Pulau Pinang mengesahkan sejumlah RM219 juta sudah dibayar olehnya bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga buah jalan yang sudah tertangguh dan pembinaannya belum bermula.

Malah, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang sebelum ini meraih keuntungan turut menerima tempias penyusutan pendapatan dan rizab wang tunai hingga menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memberi pinjaman sebanyak RM609 juta tahun ini. kredit sumber 

MMI kata kalau kerajaan persekutuan yang cadang habis semua dipertikai tapi bila puak DAP yang cadang walaupun ada dikalangan DAP sendiri pun tak yakin keputusan tetap laksana juga ! 

Semua sebab puak-puak ni perintah .. 

So MMI cadangkan kepada BN tak perlu hirau sangat puak-puak pembangkang ni tak pernah membantu pun !

MMI

2 comments:

  1. Teruknya otak ekonomi cina dapigs nie...

    ReplyDelete
  2. Tak apa. Nanti Pan tolong bela dan pertahankan Dap.

    ReplyDelete

Labels