Followers

Monday 29 May 2017

Bila Melayu Jadi ZOMBIE DAP !!


Selepas solat jumaat minggu lepas sebuah NGO Islam di Pulau Pinang telah mengadakan himpunan aman bagi membantah campur tangan kerajaan DAP terhadap hal ehwal Islam khususnya dalam urusan mewartakan fatwa.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum berlaku campur tangan dalam urusan membabitkan fatwa dan apa yang dijawab oleh wakil kerajaan DAP di Sidang Dewan Undangan baru-baru ini masih lagi mengiakan bahawa berlaku proses campur tangan tersebut namun cuba diselindungkan oleh si Malik Kasim dengan hujah-hujah low tonenya.

MMI bagi bukti sikit takut nanti orang kata apa yang kita tulis ni disengajakan ....

Enakmen pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa. 

Tidak ada satu pun peruntukan di dalam enakmen tersebut membolehkan fatwa yang telah diluluskan untuk dibawa ke Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk disemak supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong! 

Ini adalah asas atas dasar Mufti mempunyai kebebesan penuh untuk membawa fatwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam warta. Setelah diperkenankan maka fatwa tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan diwartakan.

Kat sini saja dah jelas .. cuma MMI nak tambah lagi ...

'Kenyataan Datuk Seri Hassan Ahmad berkata tegurannya itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.

Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ketika masih dalam perkhidmatan teguran itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Agong. 

Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.' 

Oleh sebab itu surat edaran oleh Exco Agama pada 26 Mei 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa tentang perkara itu adalah salah satu usaha campur tangan dalam hal ehwal agama yang tidak seharusnya dibuat dan perlu ditarik balik. 

Tak taulah kalau masih ada yang buat-baut tak faham ....

Jadi bila NGO Islam buat himpunan aman dan menolak campur tangan sebegini rasanya ianya adalah bertepatan dengan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Cuma dalam himpunan tersebut , kita disajikan pula dengan aksi ZOMBIE DAP yang tampil kononnya nak bertanya soalan tetapi langkah dan kehadirannya dibuat semacam Pulau Pinang ni MAK BAPAK dia punya !


Tak boleh tunggu bagi selesai dulu ka ? 

Yang nak masuk waktu tu juga kenapa ? Sebab nak dapatkan publisiti ? Agak-agaklah nak jilat Guan Eng sekalipun !

Lihatlah aksi manusia yang mengaku MELAYU dan beragama ISLAM tu ... 

Mejar Zaidi si katak yang melompat-lompat mencari kolam akhirnya dijadikan ZOMBIE DAP yang sanggup baut apa sahaja asalkan sangkarnya dipelihara.

Pikirlah ....

MMI

1 comment:

Labels