Followers

Wednesday 10 May 2017

UMNO 71 Tahun - Pak Lah Kekal Sebagai Bekas PM Paling Cool


Kehadiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah sebenarnya sedikit sebanyak sudah pun memberikan kita satu pengajaran yang amat berguna khususnya kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara selepas ini.

Banyak sebenarnya pengajaran yang boleh kita pelajari hasil daripada sumbangan Pak Lah dalam dunia politik UMNO dan Malaysia amnya.

Sebagai bekas Perdana Menteri , Pak Lah tidak sedikit pun menunjukkan kerakusan mahupun ketidaksenangan hatinya terhadap perkara-perkara tertentu yang MMI yakin tetap hadir dalam hati dan jiwanya tatkala menjadi seorang pemimpin.

Namun kerana istiqomah dan keperibadian mulia yang dimiliki oleh Pak Lah maka kehadiran dan pengunduran beliau dari kedudukan tertinggi dalam hiraki politik negara tidak sedikit pun menjadi kudis buat anak Kepala Batas ini.

Sumbangan beliau yang paling agung adalah SIKAP yang dipertontonkan kepada seluruh warga Malaysia dan MMI yakin ianya tidak boleh dibeli walaupun dengan harta yang berjuta-juta.

Sejak mengundurkan diri dari kedudukannya , Pak Lah terus setia menjadi penyokong dan pendokong kepada kepimpinan seterusnya.Tidak pernah sekalipun MMI dengar Pak Lah mahu berubah haluan dan meninggalkan UMNO seperti mana yang dilakukan oleh bekas-bekas Perdana Menteri sebelum itu.

Hari ini dalam tempoh waktu UMNO sedang bersiap sedia untuk menyambut Sambutan Ulang Tahun UMNO Yang Ke-71 Tahun , Pak Lah tampil dalam keadaan yang cukup bersahaja menzahirkan hasrat hatinya.
KUALA LUMPUR - Tun Abdullah Ahmad Badawi has urged UMNO members to continue to be united and remain loyal under the leadership of party president Datuk Seri Najib Tun Razak so that the services provided can reach the members of the community.
The former UMNO president said after seven decades had passed, UMNO had succeeded in resolving various internal and external crises due to the trust and loyalty of its members.
He said the past crises should be used as guidance for the sacred party to continue to remain relevant at all times.
"The people's trust in UMNO will only remain if UMNO is seen to be sincere in its struggles to champion the cause of the Malays, he said in a statement, here today.
Abdullah, who was also the fifth prime minister, said this in conjunction with the 71st anniversary of UMNO on Thursday. sumber bernama
Terima Kasih Pak Lah ..  

Namanya tidak selalu disebut-sebut , wajahnya tidak selalu ditayang di kaca tv , ucapannya bukan selalu disiarkan dan kehadirannya tidak lagi dikejar wartawan seperti sebelumnya dan Pak Lah masih lagi kekal sebagai Pak Lah .. Ahli UMNO Bahagian Kepala Batas dan terus tersenyum tatkala disapa oleh siapa jua.

MMI

1 comment:

  1. Berbeza dgn keturunan Kerala yg keluarga terdiri daripada ŷg songsang, yg harta berbillion, yg terlajak liberal, yg berjuang demi kafir dan gereja, yg anti para alim Ulama.
    Harta dan kuasa yg dicuri keluarga Kerala di dunia ini membuat mereka khayal dan lupa akan kebesaran Allah.

    ReplyDelete

Labels