Followers

Sunday 14 May 2017

Wan Azizah Terus HIPOKRIT


Kalau dulu nama Tun Mahathir langsung tak boleh dengar dek kerana isu membabitkan banduan bernama Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan atas sebab meliwat.Malah rasanya sampai ke tahap mencaci dan semua itu berlaku kerana mereka berbeza kem.

Kini apabila Tun M tidak lagi bersama UMNO dan BN , Wan Azizah boleh pula mengaku beliau punya hubungan yang baik dengan Tun M.

Haha dulu kenapa tak cerita benda ni ?? Ka ada special relationship ka ????

Pengakuan Presiden PKR Datuk Seri  Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  yang pernah menjadi musuh ketat pembangkang amat diragui.

Bagaimanapun pengakuan Dr Wan Azizah itu seolah-olah hipokrit kerana disifatkan mempunyai agenda tersendiri selepas tidak berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional.

Dalam wawancara dengan Al-Jazeera pada dua hari lalu, Dr Wan Azizah ditanya berkenaan ‘betapa terdesaknya untuk berkuasa’ kerana sanggup menjalinkan kerjasama dengan individu yang pernah menyokong pemenjaraan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu menyebut bahawa bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir bukan satu perjanjian dengan syaitan walaupun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan mantan perdana Menteri itu.


Menurut Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap penafian Wan Azizah itu hanyalah penyedap kata sahaja, namun rakyat bukan bodoh untuk menilainya.

“Memang sekarang mereka terdesak apatah lagi bila PAS memutuskan ikatan dengan mereka ini bermakna PKR yang suatu masa dulu mengharapkan PAS untuk undi orang Melayu, kini bergantung dengan PPBM.

“Apapun alasan sekarang ni memang mereka melihat Tun Mahathir adalah antara yang boleh membantu mereka untuk menang PRU kelak,” katanya kepada BNBBC.my portal, Ahad.

Pada Mei tahun lalu, Dr Wan Azizah dilaporkan mengingatkan pemimpin pembangkang untuk berwaspada terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Ini adalah susulan Tun Dr Mahathir meninggalkan UMNO pada tahun lalu dan kini menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan sejak Februari.

Beliau kini mengepalai PPBM yang menjadi salah satu komponen Pakatan Harapan yang ditunjangi oleh Dr Wan Azizah.

Tegas Anuar, beliau melihat pembangkang seperti mudah terkelu kepada kata-kata manis sesiapa sahaja.

“Saya melihat dalam keadaan hari ini, mereka pun dah tak tahu nak percaya siapa dah. Musuh pun kalau boleh tidur sebantal dengan mereka akan diterima,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mendakwa tindakan  Dr Wan Azizah itu gagal menunjukkan pembangkang akan kekal konsisten sebagai satu pakatan.

“Walau terpaksa jilat balik apa yang dah di kata. Sekarang Wan Azizah dah tak kisah, musuh ketat dan semua kata mesti di lupakan untuk menjayakan impian baru.

“Semua itu atas niat peribadi, buang Najib bukan untuk rakyat pun. sumpah seranah lama antara mereka kini jadi nyanyian bersama untuk hancurkan BN,” ujarnya. 

MMI kata Wan Azizah ni tak ada fungsi pun .. Jadi keldai politik ja .. Tengok Permatang Pauh bro apa dia buat ????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels