Nah pendedahan kali ini rasanya antara yang perlu kita khususnya warga Pulau Pinang berikan tumpuan sebab ianya sudah pasti melibatkan kepentingan rakyat.
Dalam semua ungkapan dan cakap-cakap manis pimpinan dan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menempis pembongkaran ketidakcekapan mengurus selain pembaziran wang rakyat yang diragui , rasanya perkembangan terbaru ini mampu menjawab persoalan yang selama ini dibangkitkan.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata jika kerajaan negeri terus berdiam diri, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi menyiasat perkara itu.
Beliau sebelum itu turut memberikan tempoh selama seminggu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menjelaskan isu kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut Pulau Pinang, yang didakwa empat kali ganda lebih mahal daripada kadar yang diwartakan.
Berdasarkan Lembaga Jurutera, kos perundingan berkenaan hanya berjumlah kira-kira RM41 juta, namun bayaran yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang adalah RM177.5 juta.
"Ini persoalan yang kita nak tahu. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak boleh bagi jawapan yang tepat, maka kita akan berdepan persepsi salah guna kuasa. SELANJUTNYA
Rafizal Abdul Rahim , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang turut membangkitkan perkara yang sama.Jelas beliau satu demi satu projek kerajaan negeri telah membongkar betapa tidak telusnya pentadbiran Dap dalam membabitkan wang.
“Sebagai Ketua Menteri yang kononnya sentiasa melaungkan telus dan jujur, Guan Eng perlu menjawab mengapa perkara ini terjadi… Jalan yang hanya sepanjang 10.53 kilometer dibayar dengan begitu tinggi iaitu 32 peratus daripada jumlah kos pembinaan keseluruhannya, RM 337.6 juta.
“Pendedahan yang buat oleh Pengarah Strategik Dan Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Rahman Dahlan perlu dijawab segera oleh Guan Eng kerana ia melibatkan kredibiliti kerajaan negeri,” ujarnya,
Tambah Rafizal, sekiranya Guan Eng gagal menjawab persoalan yang dikemukan maka Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
“Apa yang lebih memeranjatkan adalah duit rakyat telah digunakan tetapi projek yang sepatutnya dilaksanakan sehingga hari ini tidak nampak bayang. SELANJUTNYA
Bagi MMI mudah , jika sikap membisu itu terus menjadi amalan kerajaan DAP Pulau Pinang maka kita sebenarnya sudah pun mendapat jawapan betapa mereka sebenarnya lebih banyak berbohong dan memutar belit fakta.
Dan kita seharusnya menyokong saranan kedua-dua pemimpin UMNO diatas untuk membawa perkara ini sehingga ke siasatan pihak SPRM dan pihak Polis.
Bayangkan jika inilah amalan kerajaan DAP Pulau Pinang , duit sebanyak mana pun tak akan cukup dan rasanya kerana tak cukup itulah puak-puak DAP terkinja-kinja nak buat pinjaman dari negara China.
Boleh terima ker gang ???
Samun kemudian buat ikut suka hati mak bapak depa kemudian pinjam , wehhh kata kerajaan negeri duit berlambak-lambak ????
Apa hal !!!!
MMI
No comments:
Post a Comment