Followers

Thursday, 6 July 2017

SIAPA YANG NAK KENA , Naib Presiden Atau Ketua Armada ??


Celaru dan keliru itulah yang boleh MMI kata kalau bercerita tentang Syed Saddiq.Ada yang kata (puak-puak PPBM) Syed ni budak baru tapi lincah bukan main sampai tahap main bedal ja dah tak tengok belakang dah.

Sebab itu jugalah si Syed ni kena "trap" dengan RPK .. Baca pautan berikut http://mahamissa.blogspot.my/2017/06/syed-saddiq-jerangkap-ketam-jangan-di.html 

MMI yakin ramai yang punya pandangan tersendiri tentang budak ni tapi pada pandangan MMI dia lupa satu perkara , parti politik yang dia masuk ni sebenarnya terdiri daripada ramai kalangan mereka-mereka yang lebih suka berpolitik daripada memikirkan tentang rakyat.

Kalau ada puak-puak tu sebut berjuang kerana rakyat , MMI boleh kata semua tu "game" jalah sebab puak-puak nilah yang dulunya waktu dalam UMNO jadi ikan PIRANA habis semua digigitnya sampai tahap dah tak boleh gigit maka mulalah maki hamun dan akhirnya tuduh orang itu tak baik orang ini tak baik.

Apa pun MMI bersyukur sebab sekurang-kurangnya ikan-ikan pirana ni dah keluar dan sekarang sedang berenang dalam kolam Pakatan Haprak.

Oleh kerana perubahan tempat dan kolam baru itulah maka akhirnya Syed Saddiq yang mengaku kononnya PPBM ini hanya untuk kalangan mereka yang berjuang dan bukan tempat untuk mereka yang kejar jawatan , projek dan wang ringgit mula jadi haru biru.

Cerita terbaru Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman bukan calang-calang orang kalau berdasarkan hiraki parti sudah pun menggesa tindakan disiplin diambil terhadap Ketua Armada parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana membuat ‘tuduhan tidak berasas’ ke atasnya.

Menurut Hamidah, beliau akan menulis surat rasmi kepada lembaga displin PPBM.

“Syed Saddiq tidak boleh membuat tuduhan liar dan tidak berasas tanpa memberi sedikit pun bukti,” katanya lapor portal FMT.

“Saya harap lembaga displin akan bertindak kerana jika diabaikan, dan ahli parti bebas menyerang satu sama lain secara terbuka, parti akan musnah.

“Lebih-lebih lagi Syed Saddiq seorang ketua Pemuda, jawatan penting parti.”

Well baru setahun jagung dah mula tunjuk pandai , Bagi MMI tak salah cuma cara dan pendekatan tu kena betul selain belajarlah sikit tentang kredibiliti dan integriti parti yang hang masuk ! Bukan main bedal dan bercakap macam parti tu MAKSUM bagai.

Ceritanya yang boleh si Naib Presiden ni marah sangat tu sebab isu ahli-ahli PPBM yang umum keluar parti.

Budak Syed tu kata Hamidah dalang di sebalik tindakan 1,000 ahli PPBM di Perak keluar parti.

Dia juga kata  Hamidah, yang pernah mengetuai Wanita Umno Gopeng, seorang hipokrit dan kecewa dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menamakannya pengerusi negeri Perak.

“Saya tahu dia (Hamidah) punca keadaan ini. Saya akan berkata secara terus terang: Saya mahu Hamidah letak jawatan.

“Dia perlu berhenti jadi pengecut dengan menghantar askarnya ke depan dan mengorbankan orang yang baik bagi tujuan peribadi.

“Jika anda masuk parti untuk jawatan, sila berambus,” kata Syed Saddiq kepada FMT.

Semalam, Syed Saddiq mengulangi tuduhannya dan berkata Hamidah seorang agen Umno.

Tudia tiba-tiba nak kaitkan dengan UMNO pula ????

Agak-agaklah Syed cerita dia pasai puak ampa tak payah main jolok-joloklah kot !!!!

Dalam masa yang sama si Midah kata selama ni dia berdiam diri atas kepentingan parti.

“Tetapi sudah 2 kali dia menyerang saya, dan ini sudah keterlaluan.

“Siapa sebenarnya agen Umno, dia atau saya?” soal Hamidah.

HAPRAK sungguh la puak-puak ni !!! Hahahahaha

Oklah itu senarionya dan MMI terfikir ... Agak-agak ampa lah siapa yang akan kena tindakan dari lembaga disiplin PPBM (kalau adalah) ????

Jangan main-main beb ,, isunya melibatkan Naib Presiden dan Ketua Armada ??

Siapa lagi besaq ????

Apa pun keputusannya nanti pasti akan memberikan kita jawapan yang cukup menarik untuk di ulas !!!!

Tunggu na ....

MMI

1 comment:

  1. Asas penubuhan parti pun boleh dipersoalkan.

    ReplyDelete

Labels