Followers

Friday, 7 July 2017

REVIEW Fakta Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang


MMI nak kongsikan sekali lagi perkara dan fakta yang menyentuh tentang projek halimunan kerajaan DAP Pulau Pinang yang menjadi antara bukti betapa puak-puak DAP dan suku-sakatnya lebih banyak main politik dan buat rakyat Pulau Pinang termasuk kaum cina sendiri umpama sampah !

Jom kita sama-sama review ...

1.Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.

2.Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.

3.Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan ini terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut).

4.Kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun.Merujuk kepada laporan Bernama bertarikh 19 Mac 2013 pula melaporkan bahawa syarikat konsortium ini boleh menjana untung sebanyak RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol ini.

5.Pembinaan jalan raya adalah sepanjang 27.3 km tetapi hakikatnya 20.8 km daripada jalan raya berkenaan merupakan jalan pintasan biasa dan laluan berkembar. Jika kita membuat andaian mengenai anggaran kasar pembinaan jalan-jalan biasa ini iaitu kita mengandaikan bahawa kos pembinaan setiap kilometer akan menelan sebanyak RM80 juta maka kos totalnya adalah dianggarkan sebanyak RM1.664 bilion. Manakala bakinya sebanyak RM4.63 bilion pula dianggarkan akan digunakan untuk membina 6.5 km terowong dasar laut tersebut.

Maka, diandaikan bahawa anggaran untuk membina setiap kilometer terowong dasar laut ini adalah sebanyak RM713 juta yang sekaligus menjadikan antara projek yang paling termahal di Malaysia. 

Malah, projek pembinaan terowong SMART yang melibatkan 9.7 km laluan terowong air ribut dan 4 km laluan jalan raya pun hanya menelan kos sebanyak RM1.88 bilion sahaja.

Utamakan Rakyat, Bukannya Kapitalis

6.Adalah dianggarkan bahawa harga tanah di Gurney Drive pada masa kini adalah RM1,650 kaki persegi yang menyaksikan peningkatan 25% dalam masa tidak sampai dua tahun. Sekiranya pembinaan terowong dasar laut ini disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2025, dan dianggarkan berlakunya peningkatan kadar 10% harga tanah di Gurney Drive maka 110 ekar tanah yang diberikan kepada syarikat Consortium Zenith BUCG ini akan bernilai kira-kira RM19.77 bilion pada tahun 2025. Ini sememangnya munasabah jika melihat kepada harga hartanah di Pulau Pinang semenjak 12 tahun yang lalu dan pada masa kini.

7.Sebuah kerajaan negeri yang beretika dan memiliki tanggungjawab moral sepatutnya menggunakan tanah tersebut sebagai cagaran untuk menerbitkan bon yang disokong oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan RM6.3 bilion dan pada masa yang sama memberikan projek kepada syarikat pembinaan yang dipilih secara tender terbuka untuk membina terowong dasar laut tersebut. 

Bagi memastikan setiap rakyat Pulau Pinang menikmati keuntungan hasil daripada projek ini, kerajaan negeri yang perlu mengutip tol atau menjual tanah 110 ekar itu pada tahun 2025 yang pastinya akan bernilai lebih tinggi daripada kos untuk menebus bon tersebut.

Dengan cara begini, kerajaan negeri akan dapat memastikan negerinya menjana keuntungan melalui harga tanah pada tahun 2025 dan harga bon serta pada masa yang sama menjana keuntungan daripada hasil kutipan tol. Keuntungan ini akan dapat disalurkan untuk menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk dalam soal pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan dan bukannya memberikan terus hak kutipan tol tersebut kepada syarikat swasta.

RM305 juta hanya untuk kertas kerja?

8.Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Secara logiknya, bukankah kajian ini sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG ini?

Persoalannya kemungkinan untuk pemaju projek ini memberikan laporan kajian yang benar-benar bebas adalah sifar kerana ianya melibatkan keuntungan besar yang bakal diperolehi melalui pampasan 110 ekar tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri serta kebenaran untuk mengutip tol selama 30 tahun.

Malah selain dakwaan bahawa hingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kajian kebolehlaksanaan sedang dan telah dilaksanakan di kawasan melibatkan projek terowong ini, wujud pula persoalan penting yang gagal dijawab oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang iaitu bagaimana sekiranya laporan kajian kebolehlaksanaan serta EIA menunjukkan projek ini sebagai tidak berdaya maju serta mengundang malapetaka alam sekitar?

Misteri Disebalik Tender Terbuka?

9.Memetik tulisan Ong Eu Soon dalam The Ant Daily bertarikh 25 Ogos 2014 yang mendedahkan bahawa tidak wujud tender terbuka dalam pemberian projek terowong dasar laut ini sebaliknya ia adalah apa yang dikenali sebagai Request for Proposal (RFP) sahaja.

Menurutnya, China Railway Construction Ltd (CRCL) bersama IJM Corporation Bhd membida tender terbuka itu tetapi hanya mencadangkan pembinaan jalan raya sepanjang 4.2 km antara Gurney Drive dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Sementara itu, VST Cemerlang bersama-sama dengan China State Corporation turut mengemukakan cadangan empat projek pembinaan dan diikuti oleh kontraktor pembinaan iaitu WCT Berhad bersama syarikat gergasi pembinaan Korea, Daewoo Engineering and Construction membida projek jalan raya berkembar Teluk Bahang dan Tanjung Bungah dan projek pintasan pantai Gurney Drive.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meminta Consortium Zenith BUCG yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain. Maka, ini sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan proses ini bukanlah proses tender terbuka sebaliknya RFP kerana kesemua pembida ini tidak bertanding atas terma dan syarat yang sama.

Malah menurut Ong Eu Soon lagi dalam kenyataannya yang dipetik daripada The Malaysian Insider bertarikh 6 Oktober 2013 yang mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri dalam menganugerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG yang menurutnya hanya didaftarkan pada Julai 2012 sedangkan tarikh tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong ini ialah pada Jun 2012. 

Bagaimana mungkin Consortium Zenith BUCG ini boleh dianugerahkan tender tersebut apabila ketika itu (Jun 2012) syarikat berkenaan tidak berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

10.Sekiranya projek terowong ini telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG melalui tender terbuka maka adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan nama syarikat-syarikat yang telah membida tender tersebut, jumlah pembida dan harga tawaran yang kalah dalam pembidaan projek ini.

Garis panduan “Open Tender” oleh Bank Dunia juga menyeru supaya semua tawaran perlu dibuka untuk penelitian orang awam tetapi memandangkan keseluruhan isu pemberian tender ini dirahsiakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan orang awam terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui siapa pembidanya serta tawarannya maka ini secara langsung menjurus kepada apa yang dipanggil sebagai ‘managed tender’.

NGO vs Lim Guan Eng

11.NGO Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan NGO yang tertua di Pulau Pinang dan sekian lamanya telah merealisasikan prinsip ‘semak dan imbang’ dengan kerajaan negeri sama ada sewaktu pentadbiran Barisan Nasional mahupun ketika ini dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

CAP dan SAM menentang keras projek ini dengan alasan yang kukuh bahawanya keseluruhan projek pembinaan jalan dan terowong dasar laut ini hanya akan mewujudkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk, risiko kemalangan dalam terowong serta kesan alam sekitar yang tidak boleh dibayangkan. Turut dipersoal adalah tahap keselamatan terowong dasar laut berkenaan serta perjanjian untuk membenarkan pemaju menebus-guna laut seluas 44 hektar sebagai bayaran pembinaan terowong dan jalanraya.

SM Mohamed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM ini yang pernah memainkan peranan utama dalam membatalkan projek pembangunan Bukit Bendera pada tahun 1980-an ini menuntut agar Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendengar rintihan rakyat dan membatalkan projek berkenaan.

Namun, Lim Guan Eng dalam satu surat terbuka kepada SM Mohamaed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM yang bertarikh 21 Mac 2013 dan disiarkan dalam Malaysiakini memilih untuk tidak mempedulikan suara NGO ini dan menyatakan dengan jelas bahawa SM Mohamed Idris dan NGO beliau tidak pernah menghadiri sebarang forum mahupun dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas orang awam mengenai projek berkenaan serta menuduh beliau sebagai memilih kasih apabila membuat kritikan.

Surat balasan SM Mohamad Idris kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 26 Mac 2013 yang turut disiarkan di Malaysiakini pula telah mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri memulakan projek mega ini tanpa menjalankan penilaian implikasi jangka panjang kepada negeri serta alam sekitar dan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang juga gagal dalam memberikan bukti yang menyakinkan bahawasanya projek ini akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. 

Malah menurutnya lagi, forum dan dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini bukannya bersifat untuk mendapatkan pandangan awam sebaliknya adalah menjelaskan keputusan kerajaan negeri yang mahu untuk meneruskan projek ini.

Persoalan fundamental kini ialah apakah perlunya sebuah projek berskala besar begini dan apakah kajian kebolehlaksanaan dan keuntungan kos telah dijalankan sebelum keputusan untuk menjalankan projek ini dibuat? 

Hakikatnya, kerajaan negeri menandatangai MOU untuk pembinaan empat jalan utama dengan syarikat daripada China sebelum memulakan kerja perundingan melibatkan Pelan Induk Pengangkutan atau Transport Master Plan. Malah, kerajaan negeri Pulau Pinang jelas gagal dalam menjelaskan atas asas apa keputusan-keputusan ini dibuat.

Bantahan Dari Wakil DAP 

12.Tindakan Lim Guan Eng yang tidak mempedulikan suara NGO-NGO sivil ini turut mendapat bantahan daripada ahli partinya sendiri apabila Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey dalam The Malaysian Insider bertarikh 5 Mac 2014 sebagai berkata bahawa sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini serta tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini dan mungkin hanya akan diperlukan pada tahun 2030 nanti.

Masa Depan Pulau Pinang Di Bawah DAP

13.Jika sebelum ini kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terkenal dengan skandal penjualan tanah negeri semata-mata untuk menguruskan ekonomi negeri maka kini skandal projek terowong dasar laut ini pula memalit integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini. 

Mengandaikan bahawa masalah kesesakan lalu lintas akan berakhir sepenuhnya dengan pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang amat meragukan malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh NGO sivil masyarakat seperti CAP dan SAM adalah petanda betapa projek ini cukup berbahaya dan malapetaka sedang menanti rakyat Pulau Pinang.

Fakta-fakta diatas adalah tulisan Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.

MMI kata ini bukan setakat perancangan nak kurangkan kesesakan jalanraya tapi nak sesakkan poket yang tengah melahap nak rembat duit rakyat Pulau Pinang !

Teropong tengoklah ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels